KPD YG BERTELAGAH, renunglah hadis Nabi SAW ttg sifat Munafik Tulen, salah-satunya:
إذا خاصم فجر
Maksudnya: "... Apabila bertelagah, dia berbuat dosa..."
Dia berbuat dosa sehingga sanggup berbohong, mereka-reka cerita, menuduh, menghasut, membuat provok, menzalimi org lain... asalkan dia puas dlm bertelagah.
Sedangkan alQuran menyebut:
والصلح خير
Maksudnya: "...dan perdamaian itu adalah lebih baik..."
Kpd yg inginkan perdamaian. Ingatlah pula firman Allah:
وَأُحْضِرَتِ الْأَنْفُسُ الشُّحَّ
Maksudnya: "...dan disertakan bagi jiwa itu sifat kikir..." (kedua2 ayat alQuran di atas dr surah alNisaa': 128)
Kikir hendakkan setiap haknya dipenuhi, tanpa mengendahkan hak org lain ke atasnya. Kikir ini PENGHALANG perdamaian. Kerana hak amat sukar dipenuhi.
Jika setiap org menuntut, haknya mesti dipenuhi, maka akan musnah binasalah kedamaian dan ketenteraman.
Jika anda hendakkan perdamaian... beralahlah dlm banyak perkara, fikirkan kewajipan kita kpd org lain.
WA
0 comments:
Post a Comment