Monday, September 7, 2015

SDI 8: Pasangan Couple Bersetuju Nak Kahwin Dikira Bertunang?

Soalan dr inbox 8:
Salam ust.. nk taw btul ka bila dua2 pihak setuju nk brkahwin automatik di kira brtunang?? x perlu melalui wali perempuan tu?? kira mcm org yg couple2 tnpa pengetahuan mak ayah tu boleh jadi bila depa kata setuju nak kawen..kiranya depa dh brtunang??

Jawapan:

Islam tidak menetapkan proses tertentu dlm urusan pertunangan. Maka urusan ini kembli kpd 'uruf yg memandang seorg Lelaki hendaklah meminang seorg wanita melalui walinya. Pada saya 'Uruf setempat mengingkari anggapan terikatnya pertunangan dgn hanya persetujuan pasangan couple. Bahkan hal ini sudah pasti mengundangan masalah yang lebih besar.

Justeru pasangan ber"couple" BELUM dikira sbgai bertunang. Pertunangan ialah perjanjian untuk berkahwin. Ia mesti memenuhi dua syarat utama iaitulah:
1) wanita itu bebas dr halangan2 dikahwini. 
2) Bukan tunang org.

Syarat2 ini tidak dapat dipenuhi melainkan dgn persetujuan atau pengetahuan wali. Kerana brgkali shj wali telah mengikat pertunangan dgn org lain tanpa pengetahuan sigadis.
wallahu a'lam.

0 comments: