Friday, September 11, 2015

SDI 10: Gambar Kartun Sebagai Bahan Bantuan Mengajar

Soalan: 

Salam. Mohon penerangan berkaitan masalah menggunakan gambar kartun dan dilekatkan didalam kelas atau surau untuk bahan bantu mengajar. Contoh, meletakkan gambar upin n ipin sambil memegang nama2 malaikat. Adakah perkara ini menghalang malaikat dari memasuki kawasan itu. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan:

1) Ada perbezaan pendapat dlm kalangan ulama semasa ttg hukum menggantung gambar. Sebahagian berpandangan jika perbuatan itu bebas dr bentuk pengagungan, menyaingi ciptaan Allah dan menyerupai org2 kafir, maka ia diharuskan. Keharusan ini lebih luas bagi tujuan pembelajaran kanak2. Ia juga tidak menghalang malaikat masuk ke tempat tersebut, insyaallah.

Sekalipun demikian, jika ada cara lain selain menggunakan gambar makhluk hidup, itu adalah lebih baik bg keluar dr perbezaan pendapat d kalangan ulama.

2) jauhkan sbrg bentuk gambar makhluk hidup dr tempat ibadat spt surau dan masjid.

Soalan: 

Ustaz adakah ini trmasuk gmbr2 keluarga yg diletak di dinding

Jawapan: 

Menggantung gambar keluarga blh mmbawa unsur pengagungan kpd ibu dan bapa dlm bentuk yg salah Dibimbangi masuk d dlm larangan

Soalan: 

Kalau gambar sendiri yg digantung sekadar hiasan tanpa ada niat pengagungan selain dr Allah bgaimana ustaz

Jawapan: 

Bimbg termasuk dlm 'abath atau peekara yg tiada tujuan, blh terjebak dlm tasyabbuh dgn bukan Islam

Soalan: 

Kalau gambar ilmuan agama cne ustaz.mcm gambar tuan guru hj hadi

Jawapan:

Lagi tak boleh... Ia lebih hampir kpd pengagungan dan boleh mmbawa kpd pemujaan dlm jangka masa panjang sptmana berlaku penyembahan berhala

Soalan:

kalu dgn tjuan mengingatkan tentang agama x boleh gak ea ustaz?tgk wajah ulamak,tringat akan islam

Jawapan:

itulah salah satu punca berlakunya kesyirikan dlm umat terdahulu spt yg di dlm hadis yg sahih

Wallahu a'lam

0 comments: