Soalan:
Assalamu'alaikum
Saya melawat seorang tua yang sedang demam. Saya terpandang ada tali hitam seperti tali kasut yang tergantung pada tengkuk dia. Apabila saya bertanya kepada dia, tali hitam tersebut adalah petua orang- orang tua dahulu. Katanya dia baru buat pada cucunya dan didapati sembuh penyakit muntah tersebut. Apakah ia boleh diterima di dalam Islam?
Saya melawat seorang tua yang sedang demam. Saya terpandang ada tali hitam seperti tali kasut yang tergantung pada tengkuk dia. Apabila saya bertanya kepada dia, tali hitam tersebut adalah petua orang- orang tua dahulu. Katanya dia baru buat pada cucunya dan didapati sembuh penyakit muntah tersebut. Apakah ia boleh diterima di dalam Islam?
Jawapan:
1. Berubat menggunakan tali hitam seperti yang
ditanya adalah termasuk di dalam berubat dengan tangkal yang DILARANG di dalam
Islam. Sila rujuk: Hukum Tangkal
2. Tali hitam tidak dapat menyembuhkan sebarang
penyakit, tiada sebarang kaitan perubatan yang boleh difahami antara tali hitam
dengan sesuatu penyakit, melainkan ia dibina di atas kepercayaan yang karut. Akal
yang waras sahaja sudah tentu menolak perkara ini, apatah lagi agama yang
sentiasa memusuhi perkara-perkara karut.
3.
Pengalaman seseorang menggunakan sesuatu kaedah khurafat atau
karut dan didapatinya berhasil tidak boleh dijadikan alasan dalam persoalan
ini. Apatah lagi ia terbuka kepada tipu-daya syaitan yang sentiasa berusaha
menjerat manusia dengan kesyirikan. Sebuah athar yang diriwayatkan daripada
Zainab, isteri kepada ‘Abdullah bin Mas’ud RA ada menyebut:
كَانَ عَبْدُ اللَّهِ إِذَا جَاءَ مِنْ
حَاجَةٍ فَانْتَهَى إِلَى الْبَابِ تَنَحْنَحَ وَبَزَقَ كَرَاهِيَةَ أَنْ يَهْجُمَ
مِنَّا عَلَى شَيْءٍ يَكْرَهُهُ قَالَتْ وَإِنَّهُ جَاءَ ذَاتَ يَوْمٍ
فَتَنَحْنَحَ، قَالَتْ: وَعِنْدِي عَجُوزٌ تَرْقِينِي مِنْ الْحُمْرَةِ
فَأَدْخَلْتُهَا تَحْتَ السَّرِيرِ فَدَخَلَ فَجَلَسَ إِلَى جَنْبِي فَرَأَى فِي
عُنُقِي خَيْطًا قَالَ: مَا هَذَا الْخَيْطُ؟ قَالَتْ: قُلْتُ: خَيْطٌ أُرْقِيَ
لِي فِيهِ قَالَتْ: فَأَخَذَهُ فَقَطَعَهُ ثُمَّ قَالَ: إِنَّ آلَ عَبْدِ اللَّهِ
لَأَغْنِيَاءُ عَنْ الشِّرْكِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ: "إِنَّ
الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ" قَالَتْ: فَقُلْتُ لَهُ: لِمَ تَقُولُ هَذَا وَقَدْ
كَانَتْ عَيْنِي تَقْذِفُ فَكُنْتُ أَخْتَلِفُ إِلَى فُلَانٍ الْيَهُودِيِّ
يَرْقِيهَا وَكَانَ إِذَا رَقَاهَا سَكَنَتْ، قَالَ: إِنَّمَا ذَلِكَ عَمَلُ
الشَّيْطَانِ كَانَ يَنْخُسُهَا بِيَدِهِ فَإِذَا رَقَيْتِهَا كَفَّ عَنْهَا
إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكِ أَنْ تَقُولِي كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أَذْهِبْ
الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ
شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا"
Mafhumnya: Daripada Zainab
isteri ‘Abdullah bin Mas’ud RA katanya: “Dahulunya ‘Abdullah apabila pulang
dari menunaikan hajatnya, apabila sampai di pintu rumah dia akan berdehem dan
meludah (sebagai isyarat) kerana tidak mahu dia mendapati kami dalam keadaan
yang tidak disukainya. Kata Zainab: Suatu hari beliau pulang ke rumah, lalu
berdehem, sedangkan bersamaku ada seorang wanita tua sedang menjampi kerana
bengkak yang ada di badanku. Lalu aku menyembunyikan wanita tersebut di bawah
katil, lalu beliau masuk ke dalam rumah dan duduk di sebelahku. Beliau terlihat
di leherku simpulan benang, lalu bertanya: Benang apakah ini? Zainab menjawab:
Benang yang dijampi untukku. Zainab bercerita: Lalu beliau mengambil dan
memutuskannya dan berkata: Sesungguhnya keluarga ‘Abdullah semestinya bebas
dari kesyirikan, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya tangkal
dan pengasih adalah syirik. Kata Zainab lagi: lalu aku berkata kepadanya:
mengapa kamu kata demikian? Sesungguhnya sebelum ini mata aku pernah mengalami
kesakitan, lalu aku pergi berjumpa dengan seorang Yahudi, lalu dia menjampiku,
setelah itu ia sembuh. Kata Ibn Mas’ud: Sesungguhnya demikian itu adalah
perbuatan syaitan, dia yang menikam matamu dengan tangannya, apabila kamu
menjampinya dia berhenti dari menikam. Sebaliknya hanya memadai, dengan engkau
membaca seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW:
أَذْهِبْ الْبَأسَ
رَبَّ النَّاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا
يُغَادِرُ سَقَمًا
Mafhumnya: “Wahai Tuhan
yang mencipta, yang memiliki dan mengatur urusan sekelian manusia, hilangkan kesakitan dan
sembuhkanlah, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Penyembuh, tiada penyembuhan
melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan kesakitan lain.” (HR Abu
Daud 3883, Ibn Majah 3530, Ibn Hibban 1412, Ahmad 1/381. Dinilah Sahih oleh
al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah 1/584)
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment