Samahah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah Aali al-Syeikh
Mufti Umum Kerajaan Arab Saudi merangkap Pengerusi Badan Pembesar Ulama dan
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa (Saudi) memperingatkan
para penuntut ilmu dari terjebak menjatuhkan maruah para ulama dengan
menjadikan majlis-majlis mereka sebagai medan untuk mencela, mencerca,
memperkecil dan memburukkan nama (para ulama). Beliau juga menyeru kepada mempersatukan
barisan dan slogan umat Islam, agar apa yang kita perkatakan adalah kebaikan
dan mengharapkan keredhaan Allah SWT. Beliau juga memperingatkan mereka dari
menghina dan mempermainkan para ulama dengan perkara yang tidak wajar demikian
juga selain mereka.
Beliau juga mengisyaratkan kepada sebahagian orang yang
dinisbahkan kepada ilmu, majlis-majlis mereka dipenuhi dengan ghibah, namimah,
penyaksian palsu, perkataan-perkataan batil yang direka-reka dalam melontarkan
celaan di sana sini. Mereka mendakwa (kononnya) perkara seumpama ini termasuk
di dalam bab al-Jarh wa al-Ta’dil, kita menghina orang alim ini, mencela
dan mengkritiknya kerana dia telah tersilap dan bersalahan dengan manhaj kita,
maka kita mesti mengatakan dia salah dan menisbahkannya kepada apa yang tidak
ada padanya.
Beliau menambah adapun bab al-Jarh wa al-Ta’dil adalah suatu yang sedia dimaklumi, akan tetapi
perlu diketahui juga bagaimana kita mengkritik saudara kita, sedangkan dia dekat
dengan kita, saudara yang kita kritik itu masih belum meninggal dunia, kita
boleh berhubung dengannya, berbincang dengannya tentang pandangan-pandangannya,
barangkali pandangannya itu dinukilkan kepada kita dalam bentuk yang tidak
seperti yang sebenarnya, beliau berhujjah dengan firman Allah (bermaksud):
Wahai orang-orang yang beriman, jika seorang fasik membawa satu berita kepada
kamu, maka hendaklah kamu semua
menyelidikinya agar kamu semua tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum
tanpa pengetahuan yang sebenarnya.” (al-Hujurat: 6)
Samahah al-Syeikh mensifatkan perbuatan ini sebagai satu
kesalahan, sambil menjelaskan akan kewajipan untuk seseorang muslim berbincang dengan
saudaranya jika sampai kepadanya kesalahan saudaranya, seterusnya menjelaskan
kepada saudaranya perkara yang benar, dia akan memperolehi pahala dari
perbuatannya seperti itu. Adapun mencemarkan maruahnya, mencela dan memburukkan
namanya kepada orang ramai, menyebarkan pembohongan-pembohongan dan
khabar-khabar angin tentangnya, maka perbuatan ini adalah satu kesalahan,
dimana ia dikira sebagai berdosa bukan berpahala.
Beliau juga menjelaskan: sekiranya para ulama sentiasa saling
berhubung, bantu-membantu sesama mereka, dan menutup pintu-pintu hasutan syaitan yang menyibukkan
sebahagian mereka dengan keburukan sebahagian lain sehingga terputusnya
hubungan. Sesungguhnya syaitan telah berputus asa dari menyesatkan orang-orang
yang menunaikan solat di jazirah Arab untuk menyembahnya, akan tetapi dia akan
sentiasa menyemaikan permusuhan diantara mereka, iaitulah menyemarakkan
permusuhan dan persengketaan. Perkara ini sudah tentu tidak wajar terjadi kepada
sekelian umat Islam terutamanya kepada ahli ilmu. - tamat terjemahan -
teks asal:
سماحة المفتي يحذر طلبة العلم من الوقوع في أعراض العلماء |
حذر سماحة الشيخ عبد العزيز بن عبد الله آل الشيخ مفتي عام المملكة العربية السعودية ورئيس هيئة كبار العلماء ورئيس اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء، طلبة العلم من الوقوع في أعراض بعضهم وجعل مجالسهم مكاناً للسب والشتيمة والتنقص وتشويه السمعة، مطالباً بتوحيد الصف والكلمة وأن يكون ما نقوله خيراً نقصد به وجه الله، والحذر من المشينات والترهات التي لا تليق بأهل العلم فضلاً عن غيرهم.
مشيراً سماحته إلى أن بعض المنتسبين للعلم مجالسهم غيبة ونميمة وشهادة زور وأقوال باطلة ملفقة وترويج إشاعات ملفقة في الطعن في هذا وذاك، يقولون هذا باب الجرح والتعديل، نطعن في هذا العالم ونجرحه وننقده لأنه أخطأ وخالف منهجنا فلابد أن نخطئه ونسبه وننسبه لما لا يكون منه.
وأضاف: سماحته «أما باب الجرح والتعديل معروف لكن كيف أجرح أخي هو قريب مني وليس بميت أتصل به وأناقشه في آرائه فلعله نقل لي عنه شيء خلاف الواقع». واستشهد بقوله تعالى: {يا أيها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة}.
ووصف سماحته هذه التصرفات بالخطأ، مبيناً أنه يجب أن يناقش المسلم أخاه إذا بلغه خطأ منه، ويبين له الصواب ليكون مأجوراً في عمله أما انتهاك عرضه وسبه وتشويه سمعته عند الآخرين ونشر الأكاذيب والإشاعات عنه فهذا خطأ وحينها يكون مأزورا لا مأجورا.
وأوضح «لو تواصل العلماء بينهم وتعاونوا وأغلقوا منافذ الشيطان في أن يشغل بعضهم بعيوب بعض ويحدث القطيعة بينهم، فإن الشيطان أيس أن يعبده المصلون في جزيرة العرب ولكن رضي بالتحريش بينهم، أي في إيقاد العداوة والبغضاء، وذلك غير لائق بعموم المسلمين لاسيما بأهل العلم»
0 comments:
Post a Comment