Wednesday, February 15, 2012

Kebimbangan Seorang Mukmin Dari Terbatal Amalan Salihnya

al-Imam al-Bukhari berkata di dalam kitab Sahihnya:


بَاب خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لَا يَشْعُرُ، وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ التَّيْمِيُّ مَا عَرَضْتُ قَوْلِي عَلَى عَمَلِي إِلَّا خَشِيتُ أَنْ أَكُونَ مُكَذِّبًا


Maksudnya: Bab membicarakan tentang kebimbangan seorang mukmin dari terbatal amalan (salehnya) sedang dia tidak menyedarinya. Berkata Ibrahim al-Taimiy: “Tidak pernah aku bandingkan perkataanku dengan amalanku, melainkan aku bimbang aku termasuk orang yang berdusta.”


وَقَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ: أَدْرَكْتُ ثَلَاثِينَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّهُمْ يَخَافُ النِّفَاقَ عَلَى نَفْسِهِ مَا مِنْهُمْ أَحَدٌ يَقُولُ إِنَّهُ عَلَى إِيمَانِ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَيُذْكَرُ عَنِ الْحَسَنِ مَا خَافَهُ إِلَّا مُؤْمِنٌ وَلَا أَمِنَهُ إِلَّا مُنَافِقٌ وَمَا يُحْذَرُ مِنْ الْإِصْرَارِ عَلَى النِّفَاقِ وَالْعِصْيَانِ مِنْ غَيْرِ تَوْبَةٍ لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى:


Maksudnya: “Kata Ibn Abi Mulaikah: “Aku sempat bersama tiga puluh orang Sahabat Nabi SAW, semua mereka bimbang adanya kemunafikan dalam diri mereka, tidak ada seorangpun dari kalangan mereka yang berkata: Bahawa dia memiliki iman seperti iman Jibrail dan Mikail.” Diriwayatkan dari al-Hasan: “Tidak ada yang bimbang akan kemunafikan (jika ada di dalam dirinya) melainkan orang itu orang yang beriman, dan tidak ada yang rasa aman (selamat dan bebas dari kemunafikan) melainkan dia seorang munafik, dan tidak ada (seorang beriman melainkan dia) bimbang dari berterusan berada dalam kemunafikan dan penderhakaan tanpa bertaubat, kerana firman Allah SWT:


وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ


Mafhumnya: “Dan mereka (orang-orang yang beriman) tidak berterusan dalam perbuatan keji yang dilakukannya, sedangkan mereka mengetahuinya.” (Ali Imran: 135)


وعَنْ عَبْدُ اللَّهِ بْنِ مَسْعُود رَضِيَ الله عَنْهُ قال: حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ: "إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَبْعَثُ اللَّهُ إِلَيْهِ مَلَكًا بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ فَيُكْتَبُ عَمَلُهُ وَأَجَلُهُ وَرِزْقُهُ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ ثُمَّ يُنْفَخُ فِيهِ الرُّوحُ فَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُ الْجَنَّةَ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُ النَّارَ


Mafhumnya: Daripada Abdullah bin Mas’ud RA katanya: “Menceritakan kepada kami Rasulullah SAW, dan baginda adalah yang benar lagi dibenarkan: Sesungguhnya setiap orang dari kalangan kamu dihimpunkan penciptaannya di dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian ia menjadi ‘alaqah dalam tempoh itu juga, kemudian dia menjadi Mudhghah dalam tempoh itu juga, kemudian diutuskan malaikat dengan empat perkara: lalu ditetapkan amalan dan kesudahannya, rezekinya, sengsara atau bahagia. Kemudian ditiupkan ruh. Maka sesungguhnya seseorang itu melakukan amalan ahli neraka, sehingga ia hampir memasuki neraka, namun ketetapan mendahuluinya, maka dia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu dia dimasukkan ke dalam syurga. Dan sesungguhnya seseorang itu melakukan amalan ahli syurga, sehinggalah dia benar-benar menghampiri syurga, namun ketetapan mendahuluinya, maka dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu dia dimasukkan ke dalam neraka.” (Ahmad 1/382, bil: 3624. Al-Bukhari 3/1174, bil: 3036. Muslim 4/2036, bil: 2643. Abu Daud 4/228, bil:4708. Al-Tirmizi 4/446, bil: 2137, kata beliau: Hasan Sahih. Ibn Majah 1/29, bil: 76)


وعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ الله عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى شَابٍّ وَهُوَ فِي الْمَوْتِ فَقَالَ: "كَيْفَ تَجِدُكَ؟" قَالَ وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنِّي أَرْجُو اللَّهَ وَإِنِّي أَخَافُ ذُنُوبِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "لَا يَجْتَمِعَانِ فِي قَلْبِ عَبْدٍ فِي مِثْلِ هَذَا الْمَوْطِنِ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا يَرْجُو وَآمَنَهُ مِمَّا يَخَافُ


Mafhumnya: “Daripada Anas bin Malik RA, bahasa Nabi SAW pernah menemui seorang pemuda yang hampir meninggal dunia, lalu baginda bertanya: “Apa yang kamu rasai?” Pemuda itu berkata: “Demi Allah wahai Rasulullah, sesungguhnya daku mengharapkan (rahmat dan keampunan) Allah, dan daku takut (balasan dari) dosa-dosaku.” Sabda Rasulullah SAW: “Tidak berhimpun dua perasaan ini dalam jantung seseorang hamba yang berada dalam keadaan ini, melainkan Allah akan memberikan kepadanya apa yang diharapkannya dan menyelamatkannya dari apa yang ditakutinya.” (Abd bin Hamid, hal: 404, bil: 1370. Al-Tirmizi 3/311, bil: 983, katanya: Hasan Gharib. Al-Nasa’ie di dalam al-Kubra 6/262, bil: 10901. Ibn Majah 2/1423, bil: 4261. Abu Ya’la 6/57, bil: 3303. Al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman 2/4, bil: 1002. Al-Dhiya’ 4/413, bil: 1587. Kata al-Albani: Hasan Sahih di dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, bil: 3383)

0 comments: