Monday, November 21, 2011

Hukum Kebumikan Jenazah Guna Keranda Kayu


Soalan:


Apakah hukum mengebumikan jenazah di dalam keranda kayu?


Jawapan:


Sebagai menjawab soalan penanya, saya terjemahkan di bawah ini fatwa dari Jawatankuasa Fekah Islami yang ada persamaan. Terjemahan fatwa tersebut adalah seperti berikut:


“Segala pujian adalah milik Allah yang Esa, Selawat dan Salam ke atas Penghulu dan Nabi kita Muhammad SAW, amma ba’d:


Majlis Jawatankuasa Fekah Islami telah memerhatikan persoalan yang diajukan dari Penyelia Umum Pemuda Islam dan Presiden Komuniti Islam, Victoria, Australia, tentang hukum mengebumikan jenazah umat Islam di dalam keranda kayu seperti yang diamalkan penganut Kristian, dinyatakan juga di dalam soalan tersebut bahawa umat Islam di sana masih menganggap baik dan berterusan melakukannya, sekalipun pihak pemerintah membenarkan umat Islam mengebumikan jenazah mereka mengikut tatacara Islami, iaitulah sesuatu jenazah dikafan (dan dikebumikan) tanpa memerlukan keranda. Setelah perbincangan dilakukan, pihak Majis Jawatankuasa Fekah mengeluarkan keputusan seperti berikut:


1. Setiap amalan dan tindakan yang dilakukan oleh seseorang muslim dengan niat menyerupai dan menuruti contoh orang bukan muslim, perkara ini adalah ditegah dan di larang di dalam Syarak berdasarkan keterangan yang jelas dari beberapa hadis Nabi (SAW).

2. Pengebumian jenazah di dalam keranda, jika dilakukan bertujuan menyerupai orang bukan Islam, perbuatan itu adalah Haram. Jika bukan bertujuan menyerupai mereka maka hukumnya adalah Makruh, selama mana tidak ada keperluaan melakukannya, jika ada keperluan maka ketika itu tidak mengapa.


Selawat dan Salam Allah ke atas Penghulu kita Muhammad, Ahli keluarga dan para sahabat baginda dengan ucapan salam yang banyak, dan segala pujian milik Allah Tuhan sekelian alam.”


-Tamat Terjemahan Fatwa -

Friday, November 18, 2011

Darjat Hadis Nabi Daud Seorang Petani

Soalan:


Ibnu Abbas berkata, "Daud adalah seorang pembuat perisai, Adam seorang petani, Nuh seorang tukang kayu, Idris seorang penjahit dan Musa adalah penggembala." (dari al-Hakim) minta penjelasan yg lebih arif tentang darjat hadith ni?


Jawapan:


Lafaz hadis tersebut ialah:


كَانَ دَاوُدُ زَرَّادًا ، وَكَانَ آدَمُ حَرَّاثًا ، وَكَانَ نُوحٌ نَجَّارًا ، وَكَانَ إِدْرِيسُ خَيَّاطًا ، وَكَانَ مُوسَى رَاعِيًا


Mafhumnya: “Dahulunya Daud adalah seorang pembuat perisai, Adam seorang petani, Nuh seorang tukang kayu, Idris seorang tukang jahit dan Musa seorang pengembala.”


Darjat Hadis: Lemah/Daif.


Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari berkata:


ووقع في " المستدرك " عن ابن عباس بسند واه...


Maksudnya: “Terhadap di dalam al-Mustadrak (al-Hakim) hadis dari Ibn ‘Abbas dengan sanad yang Wahin (tidak kukuh)…” Lalu beliau menyebut hadis di atas.

Wallahu a’lam.

Permulaan Kalendar Islam

PERMULAAN KALENDAR ISLAM


Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab tidak memiliki kalendar yang khusus untuk digunakan bersama. Walaubagaimanapun semua mereka mengira setahun itu dengan 12 bulan. Disamping tidak memiliki kalendar yang khusus, mereka juga menamakan 12 bulan itu dengan nama-nama yang berbeza antara satu kabilah dengan kabilah yang lain.


Selain itu, mereka juga menghitung bulan-bulan dalam setahun berdasarkan peristiwa-peristiwa masyhur yang berlaku di dalam sejarah mereka seperti Tahun Gajah (عام الفيل), Peperangan al-Fijar (وحرب الفجار), tarikh pembinaan semula kaabah dan sebagainya.


Keadaan ini berlaku disebabkan tabiat Arab dahulu yang sentiasa mengembara dan tidak menetap disesuatu tempat, demikian juga disebabkan banyak berlaku peperangan dan perbalahan antara kabilah-kabilah yang berbagai. Disamping mereka tidak pernah berhimpun untuk sesuatu peristiwa yang sama sebagai memulakan satu tarikh yang sama untuk mereka.


Namun begitu kesemua mereka bersepakat memuliakan 4 bulan yang sama dalam setahun. Bulan-bulan tersebut ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Mereka mengharamkan peperang dan pencerobohan dilakukan di dalamnya. Dalam masa yang sama, mereka juga melakukan tipudaya dan muslihat yang dikenali sebagai Nizom al-Nasi’ (نظام النسيء) iaitulah mengawal dan melewatkan bulan-bulan yang haram ini sesuka hati mereka berdasarkan kepentingan masing-masing. Mereka berterusan dalam keadaan sedemikian sehingga datangnya Islam dan mengharamkannya, firman Allah swt:


Mafhumnya: ”Sesungguhnya (al-Nasi’ – النسيء ) mengundur-ngundurkan bulan haram itu adalah menambah kekafiran, disesatkan orang-orang yang kafir dengan mengundur-ngundurkan itu, mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, agar mereka dapat menyesuaikan dengan bilangan yang Allah mengharamkannya maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah…” (al-Taubah:37)


Selepas kedatangan Islam, orang-orang Arab dan Umat Islam kekal selama beberapa tempoh dalam keadaan sedemikian (tidak ada kalendar yang khusus). Mereka menetapkan tarikh dengan peristiwa-peristiwa yang penting. Selepas berlakunya peristiwa hijrah al-Rasul saw ke Madinah al-Nabawiah, umat Islam menamakan setiap tahun berdasarkan nama-nama peristiwa penting yang berlaku. Nama tahun-tahun tersebut adalah seperti berikut:


1. Tahun pertama (hijrah) dikenali sebagai al-Izn (الإذن)

2. Tahun kedua (hijrah) dikenali sebagai al-Amr (الأمر)

3. Tahun ketiga dikenali sebagai al-Tamhish (التمحيص)

4. Tahun keempat dikenali sebagai al-Turfiah (الترفئة)

5. Tahun kelima dikenali sebagai al-Zilzal (الزلزال)

6. Tahun keenam dikenali sebagai al-Isti’nas (الاستئناس)

7. Tahun ketujuh sebagai al-Istighlab (الاستغلاب)

8. Tahun kelapan sebagai al-Istiwa’ (الاستواء)

9. Tahun kesembilan sebagai al-Bara-ah (البراءة)

10. Tahun kesepuluh sebagai al-Wada’ (الوداع)


Keadaan ini juga berterusan sehinggalah di zaman pemerintahan ‘Umar Ibn al-Khattab r.a. Ketika itu timbul keperluan bagi sebuah negara Islam yang luas empayarnya untuk memiliki kalendar yang tersendiri. Selepas perbincangan dan musyawarah bersama pembesar-pembesar sahabat, para sahabat Nabi saw bersepakat untuk menjadikan hijrah Nabi saw sebagai permulaan bagi kalendar islam. Ini kerana peristiwa hijrah itu berperanan besar memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan, ia juga merupakan permulaan bagi daulah islamiyyah.


Mereka juga bersepakat menjadikan awal muharram tahun hijrahnya Rasulullah saw sebagai permulaan kalendar islam, kerana bulan muharram merupakan bulan yang paling masyhur dalam bulan-bulan yang haram dan dalam bulan itu juga umat Islam selesai daripada menunaikan ibadat haji.


Perlu diberi penekanan bahawa hijrah bukanlah berlaku pada hari pertama dalam bulan muaharram, sebaliknya hijrah bermula di penghujung bulan Safar dan Nabi saw sampai di Madinah pada 12 Rabi’ulawwal. Bulan Muharram adalah waktu bermula keazaman untuk melakukan hijrah, dimana bai’ah (janji taat setia) berlaku di dalam bulan Zulhijjah dan ia dikira sebagai muqaddimah hijrah, dan anak bulan yang berikutnya selepas Zulhijjah ialah anak bulan Muharram dan ketika itulah bermulanya azam untuk melakukan hijrah. Inilah kesesuaian atau kemunasabah menjadikan Muharram itu sebagai titik permulaan hijrah dan pengiraan kalendar Islam oleh para sahabat.


Kalendar hijrah dimulakan pada tahun ke-16 hijrah, dkatakan juga mula digunakan pada tahun 17 hijrah di zaman pemerintahan ‘Umar ibn al-Khattab r.a.


Terdapat beberapa sebab yang mendorong ‘Umar r.a. mewujudkan kalendar umat Islam, antaranya riwayat daripada al-Sya’bi tentang peristiwa Abu Musa menulis surat kepada ‘Umar, setelah beliau menerima beberapa pucuk surat daripada ‘Umar yang tidak mempunyai tarikh. Keadaan itu menyebabkan beliau tidak mengetahui manakah diantara surat-surat itu yang diutus terlebih dahulu dan yang mana pula yang kemudian. Perkara itu diajukan kepada Khalifah ‘Umar RA, Lalu ‘Umar RA menghimpunkan para sahabat Nabi saw untuk membincangan tentang permulaan kalendar Islam. Sebahagian mereka mencadangkan dimulakan pengiraan kalender Islam sempena pengutusan Nabi saw. Sebahagian yang lain mengatakan kita mulakan dengan (tahun) hijrah. Lalu Umar r.a. berkata: “Hijrah itu memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan, maka kiralah darinya.” Peristiwa ini berlaku pada tahun ke 17 hijrah. (fath al-Bari, 7/376)


Setelah mereka bersetuju untuk memulakan pengiraan kalender Islam pada tahun hijrah, sebahagian mereka mencadangkan dimulakan pengiraan kalendar dengan bulan Ramadhan, lalu ‘Umar r.a. berkata: “Bahkan mulakan dengan Muharram, kerana ketika itu manusia baru selesai dari menunaikan haji.” lalu mereka semua bersetuju. Di dalam riwayat yang lain menyatakan yang mencadangkan perkara tersebut adalah ‘Ali r.a. lalu dipersetujui oleh ‘Umar RA.


Terdapat juga riwayat daripada daripada Ibn Sirin yang menyebut suatu hari seorang lelaki dari Yaman sampai di Madinah menceritakan dia melihat di Yaman sesuatu yang dinamakan al-Tarikh, mereka menulisnya daripada tahun demikian dan bulan demikian, lalu ‘Umar menghimpunkan manusia untuk membuat perkara yang sama. Kata sebahagian orang, mulakan dengan hari maulid Nabi saw, berkata yang lain: mulakan dengan pengutusan baginda saw, berkata yang lain mulakan daripada hijrah, berkata yang lain lagi mulakan dengan kewafatan baginda saw. Lalu ‘Umar berkata: “Kita mulakan mengira dari keluarnya baginda dari Mekah ke Madinah.” Kemudian dikatakan kepada ‘Umar: “Bulan apa kita hendak mulakan?” Sebahagian orang berpendapat dimulakan dengan bulan Rejab, sebahagian yang lain bulan Ramadhan, lalu Uthman berkata: “Kita mulakan dengan bulan Muharram, kerana ianya bulan haram, ianya juga awal tahun dan pulangnya orang ramai dari menunakan haji.” Kata Ibn Sirin peristiwa itu berlaku pada tahun 17 hijrah – dikatakan juga pada 16 hijrah – dalam bulan Rabiulawwal. (Sila rujuk Fath al-Bari, 7/376-377)


Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun


Berdasarkan sejarah permulaan kalendar Islam, jelas menunjukkan permulaan tahun hijrah bukanlah dimulakan oleh Nabi saw. Sebaliknya ia hasil dari perbincangan para sahabat selepas kewafatan baginda saw di zaman ‘Umar r.a. Ini menunjukkan doa akhir dan awal tahun yang didakwa memiliki kelebihan diampunkan dosa dan syaitan berputus asa dari menggoda orang-orang yang membacanya dan Allah mewakilkan 2 malaikat untuk menjaganya, adalah sesuatu yang tidak ada asalnya sama sekali dari Sunnah Nabi saw.


wallahu a’lam.

Thursday, November 17, 2011

DNA Dan Ruang Manfaatnya

FATWA JAWATANKUASA ISLAM TENTANG DNA (البَصْمَةُ الوَرَاثِيَّةُ) DAN RUANG MANFAATNYA


أولاً: لا مانع شرعاً من الاعتماد على البصمة الوراثية في التحقيق الجنائي، واعتبارها وسيلة إثبــات في الجرائم التي ليس فيها حد شرعي ولا قصاص؛ لخبر ( ادرؤوا الحدود بالشبهات ) ، وذلك يحقق العدالة والأمن للمجتمع ، ويؤدي إلى نيل المجرم عقابه وتبرئة المتهم ، وهذا مقصد مهم من مقاصد الشريعة.
ثانياً: إن استعمال البصمة الوراثية في مجال النسب لابد أن يحاط بمنتهى الحذر والحيطة والسرية ، ولذلك لابد أن تقدم النصوص والقواعد الشرعية على البصمة الوراثية 0
ثالثاً: لا يجوز شرعاً الاعتماد على البصمة الوراثية في نفي النسب، ولا يجوز تقديمها على اللعان.
رابعاً: لا يجوز استخدام البصمة الوراثية بقصد التأكد من صحة الأنساب الثابتة شرعاً ، ويجب على الجهات المختصة منعه وفرض العقوبات الزاجرة؛ لأن في ذلك المنع حماية لأعراض الناس وصوناً لأنسابهم.
خامساً: يجوز الاعتماد على البصمة الوراثية في مجال إثبات النسب في الحالات الآتية :
أ- حالات التنازع على مجهول النسب بمختلف صور التنازع التي ذكرها الفقهاء سواء أكان التنازع على مجهول النسب بسبب انتفاء الأدلة أو تساويها، أم كان بسبب الاشتراك في وطء الشبهة ونحوه.
ب- حالات الاشتباه في المواليد في المستشفيات، ومراكز رعاية الأطفــال ونحوها ، وكذا الاشتباه في أطفال الأنابيب.
ج- حالات ضياع الأطفال واختلاطهم ، بسبب الحوادث أو الكوارث أو الحروب ، وتعذر معرفة أهلهم ، أو وجود جثث لم يمكن التعرف علـى هويتها ، أو بقصد التحقق من هويات أسرى الحروب والمــفقـوديـن.
سادساً: لا يجوز بيع الجينوم البشري لجنس ، أو لشعب ، أو لفرد ، لأي غرض، كما لا تجوز هبتها لأي جهة، لما يترتب على بيعها أو هبتها من مفاسد.

سابعاً: يوصي المجمع بما يأتي :

أ - أن تمنع الدولة إجراء الفحص الخاص بالبصمة الوراثية إلا بطلب من القضاء؛ وأن يكون في مختبرات للجهات المختصة ، وأن تمنع القطاع الخاص الهادف للربح من مزاولة هذا الفحص ، لما يترتب على ذلك من المخاطر الكبرى.

ب - تكوين لجنة خاصة بالبصمة الوراثية في كل دولة ، يشترك فيها المتخصصون الشرعيون ، والأطباء ، والإداريون ، وتكون مهمتها الإشراف على نتائج البصمة الوراثية ، واعتماد نتائجها 0
ج- أن توضع آلية دقيقة لمنع الانتحال والغش ، ومنع التلوث وكل ما يتعلق بالجهد البشري في حقل مختبرات البصمة الوراثية ، حتى تكون النتائج مطابقة للواقع ، وأن يتم التأكد من دقة المختبرات ، وأن يكون عدد المورثات ( الجينات المستعملة للفحص ) بالقدر الذي يـراه المختصون ضرورياً دفعاً للشك0
والله ولي التوفيق ، وصلى الله على نبينا محمد.


TERJEMAHAN: (Terima kasih kepada Y.Bhg Dr. Basit Abdul Rahman |http://www.abuanasmadani.com/|, Y.Bhg Ustaz Lokmanul Hakim |http://abuumair1.wordpress.com/| dan Y.Bhg Dr. Azwira Abdul Aziz (UKM) kerana sudi menyemak dan mengesahkan terjemahan Bin Sahak)


PERKARA PERTAMA: Tiada larangan agama untuk bergantung kepada DNA dalam siasatan kesalahan jenayah, dan mengambilnya sebagai satu jalan untuk mengthabitkan kesalahan yang tidak termasuk di dalam bab Hukum Had dan Qisas, berdasarkan hadis: ادْرَؤُوْا الْحُدُوْدَ بِالشُّبَهَاتِ|bermaksud: “Tolaklah hukuman hudud dengan syubhat”|. Demikian juga bertujuan memastikan keadilan dan keamanan di dalam masyarakat, dan membawa kepada penghukuman terhadap orang yang sememangnya bersalah dan pembebasan orang yang tidak bersalah daripada hukuman. Ini merupakan salah satu objektif utama dalam Syariat Islam.


PERKARA KEDUA: Penggunaan kaedah DNA dalam bidang penetapan nasab mesti ditangani dengan penuh berhati-hati, cermat dan kerahsiaan. Oleh yang demikian mestilah didahulukan nas-nas agama dan kaedah-kaedah syarak berbanding DNA.


PERKARA KETIGA: Tidak dibenarkan agama bergantung kepada DNA untuk menafikan nasab, dan tidak boleh juga mendahulukan DNA berbanding al-Li’an.


PERKARA KEEMPAT: Tidak boleh menggunakan DNA bagi tujuan memastikan kesahihan nasab yang telah thabit dari sudut agama. Pihak-pihak berkuasa wajib menghalang perkara ini berlaku dan mengenakan beberapa hukuman yang dapat menghalangnya. Larangan ini bertujuan menjaga dan memelihara maruah dan nasab orang ramai.


PERKARA KELIMA: Harus bergantung kepada DNA dalam persoalan menetapkan nasab untuk keadaan-keadaan di bawah:

1. Bagi beberapa keadaan yang berlaku pertikaian ke atas anak yang tidak diketahui/diragui nasab (Majhul al-Nasab) dalam bentuk-bentuk pertikaian yang berbagai seperti yang disebut oleh para fuqaha, sama ada pertikaian tersebut disebabkan ketiadaan bukti-bukti (dari pihak yang berebut anak) atau bukti-bukti yang ada saling menyamai, ataupun disebabkan berlaku percampuran bagi kes persetubuhan syubhah dan seumpamanya.

2. Ketika terjadi keraguan terhadap bayi-bayi (seiras) yang dilahirkan di hospital–hospital atau di pusat-pusat pemeliharaan kanak-kanak atau seumpamanya. Demikian juga ketika berlaku keraguan terhadap anak-anak (yang melalui proses) tabung uji.

3. Ketika berlaku kehilangan atau percampuran bayi yang tidak dapat dibezakan disebabkan berlaku kemalangan, bencana atau peperangan yang menyebabkan tidak dapat dikenal-pasti ibu-bapa mereka, atau disebabkan kewujudan mayat yang tidak dapat dikenalpasti identitinya, atau bertujuan mengenal pasti identiti tawanan perang yang hilang.

PERKARA KEENAM: Tidak boleh menjual Human Genome (Gen Manusia) kepada mana-mana kumpulan, bangsa dan individu untuk sebarang tujuan, dan tidak boleh juga menghadiahkannya kepada mana-mana pihak kerana perkara ini akan mendatangkan keburukan.

PERKARA KETUJUH: Pihak Jawatankuasa menasihati:

1. Kerajaan hendaklah menghalang sebarang perlaksanaan ujikaji khas DNA melainkan atas permintaan dari pihak penghakiman. Ia juga hendaklah dilakukan di makmal-makmal pihak berkuasa, dan kerajaan hendaklah menghalang pihak swasta yang bermatlamatkan keuntungan daripada melakukan ujikaji ini, kerana ia akan membawa risiko yang besar.

2. Membentuk badan khas DNA di setiap negara yang dianggotai oleh pakar agama, pakar perubatan, dan pentadbiran, yang berperanan menyelia serta memantau keputusan-keputusan DNA, dan juga untuk menerima keputusan-keputusannya.

3. Mewujudkan mekanisma yang teliti untuk menghalang sebarang penyelewengan, penipuan, cubaan untuk melakukan pencemaran terhadap DNA, dan segala usaha lain, di lokasi makmal-makmal DNA, agar keputusan-keputusan yang dikeluarkan adalah bertepatan dengan realiti, dan ketepatan ujikaji makmal dapat diyakini. Demikian juga gen yang digunakan dalam ujikaji hendaklah pada kadar yang diperlukan berdasarkan pandangan pakar bagi menghilangkan keraguan. (Lamanweb rasmi: http:// http://www.themwl.org)

Wednesday, November 16, 2011

Ujian DNA Untuk Pengesahan Status Anak

Soalan:

Salam ustaz, minta pendapat ustaz: Anak yang lahir kurang dari 6 bulan selepas ibunya berkahwin, tidak boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika suaminya itu mengaku. Bagaimana pula kalau kita melakukan ujian DNA ke atas suami itu dan ujian itu disahkan positif tetapi suami itu tetap tidak mahu mengaku. Mengapa perlu pengakuan suami jika DNA mengesahkan perkara tersebut.

Jawapan:

Sebagai maklumat kepada penanya, Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis Bil. 1/2009, berdasarkan keputusan majoriti memutuskan bahawa:

“Anak yang lahir kurang dari enam bulan selepas ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami.”

Keputusan ini bertajuk “HUKUM MENASAB ANAK ZINA KEPADA BAPA ZINA”. (sila semak di lamanweb rasmi Mufti Perlis: http://mufti.perlis.gov.my/) Hukum ini memaksudkan kepada pasangan yang telah terlanjur dan berzina, setelah itu mereka menyesal dengan perbuatan mereka dan ingin kembali menjalani hubungan yang dihalalkan oleh agama sebagai pasangan suami isteri yang sah. Dalam situasi sebegini, anak yang lahir kurang dari tempoh enam bulan perkahwinan ibu-bapanya yang telahpun terlanjur, boleh dibinkan kepada si suami, kecuali jika dinafikan oleh si suami.

Persoalan yang ditimbulkan: MENGAPA PERLU PENGAKUAN SUAMI?

Pengakuan si suami diperlukan bagi mengelak berlakunya kes menasab anak kepada bukan ayah sebenarnya. Seperti seorang wanita yang telah berzina dengan seorang lelaki, setelah itu dia berkahwin dengan lelaki lain. Sebelum cukup tempoh enam bulan, wanita ini melahirkan anak. Maka si suami wanita ini berhak menafikan anak tersebut bukan anaknya, ini merupakan hak seorang suami yang diperakui di dalam Islam, bertujuan memelihara nasab.

Pemeliharaan nasab merupakan perkara yang diberi penekanan di dalam agama. Perbuatan mencampur adukkan nasab mengundang ancaman besar dari Nabi SAW. Demikian juga terhadap lelaki yang menafikan anaknya yang sah. Abu Hurairah RA menceritakan, ketika turunnya ayat tentang al-Li’an, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَدْخَلَتْ عَلَى قَوْمٍ مَنْ لَيْسَ مِنْهُمْ فَلَيْسَتْ مِنْ اللَّهِ فِي شَيْءٍ وَلَنْ يُدْخِلَهَا اللَّهُ جَنَّتَهُ وَأَيُّمَا رَجُلٍ جَحَدَ وَلَدَهُ وَهُوَ يَنْظُرُ إِلَيْهِ احْتَجَبَ اللَّهُ مِنْهُ وَفَضَحَهُ عَلَى رُءُوسِ الْأَوَّلِينَ وَالْآخِرِينَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Mafhumnya: “Mana-mana wanita yang memasukkan (nasab secara dusta) sesiapa yang bukan dari kaum mereka (bukan sebenarnya salah seorang dari ahli keluarga mereka), maka tiada bagi wanita itu sesuatupun dari agama dan rahmat Allah, dan Allah sama sekali tidak akan memasukkannya ke dalam syurga. Dan mana-mana lelaki yang mengingkari anaknya (tidak mengaku anak itu anaknya), sedangkan dia melihat anak tersebut[1], Allah akan menghalang dan menjauhkannya dari rahmatNya (Rahmat Allah), dan Allah akan menghinakannya di hadapan manusia keseluruhannya pada hari kiamat.” (al-Nasa’ie, Abu Daud dan Ibn Majah. Hadis ini memiliki jalan periwayatan yang banyak, namun kebanyakannya Lemah |Dhoief|, dan sebahagiannya Sahih. Sila lihat: al-Arna’uth: Tahkik beliau terhadap al-Ihsan. Melalui: Majallah al-Jami’ah al-Islamiah, jilid: 16, bil: ke-2)

Sebagai melengkapkan jawapan ini, kami sertakan fatwa dari al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami |Jawatankuasa Fikah Islam| yang dilihat mempunyai kaitan dengan persoalan yang diajukan.

FATWA JAWATAN KUASA ISLAM TENTANG DNA (البَصْمَةُ الوَرَاثِيَّةُ) DAN RUANG MANFAATNYA

أولاً: لا مانع شرعاً من الاعتماد على البصمة الوراثية في التحقيق الجنائي، واعتبارها وسيلة إثبــات في الجرائم التي ليس فيها حد شرعي ولا قصاص؛ لخبر ( ادرؤوا الحدود بالشبهات ) ، وذلك يحقق العدالة والأمن للمجتمع ، ويؤدي إلى نيل المجرم عقابه وتبرئة المتهم ، وهذا مقصد مهم من مقاصد الشريعة. ثانياً: إن استعمال البصمة الوراثية في مجال النسب لابد أن يحاط بمنتهى الحذر والحيطة والسرية ، ولذلك لابد أن تقدم النصوص والقواعد الشرعية على البصمة الوراثية 0 ثالثاً: لا يجوز شرعاً الاعتماد على البصمة الوراثية في نفي النسب، ولا يجوز تقديمها على اللعان. رابعاً: لا يجوز استخدام البصمة الوراثية بقصد التأكد من صحة الأنساب الثابتة شرعاً ، ويجب على الجهات المختصة منعه وفرض العقوبات الزاجرة؛ لأن في ذلك المنع حماية لأعراض الناس وصوناً لأنسابهم. خامساً: يجوز الاعتماد على البصمة الوراثية في مجال إثبات النسب في الحالات الآتية : أ- حالات التنازع على مجهول النسب بمختلف صور التنازع التي ذكرها الفقهاء سواء أكان التنازع على مجهول النسب بسبب انتفاء الأدلة أو تساويها، أم كان بسبب الاشتراك في وطء الشبهة ونحوه. ب- حالات الاشتباه في المواليد في المستشفيات، ومراكز رعاية الأطفــال ونحوها ، وكذا الاشتباه في أطفال الأنابيب. ج- حالات ضياع الأطفال واختلاطهم ، بسبب الحوادث أو الكوارث أو الحروب ، وتعذر معرفة أهلهم ، أو وجود جثث لم يمكن التعرف علـى هويتها ، أو بقصد التحقق من هويات أسرى الحروب والمــفقـوديـن. سادساً: لا يجوز بيع الجينوم البشري لجنس ، أو لشعب ، أو لفرد ، لأي غرض، كما لا تجوز هبتها لأي جهة، لما يترتب على بيعها أو هبتها من مفاسد.

سابعاً: يوصي المجمع بما يأتي :

أ - أن تمنع الدولة إجراء الفحص الخاص بالبصمة الوراثية إلا بطلب من القضاء؛ وأن يكون في مختبرات للجهات المختصة ، وأن تمنع القطاع الخاص الهادف للربح من مزاولة هذا الفحص ، لما يترتب على ذلك من المخاطر الكبرى.

ب - تكوين لجنة خاصة بالبصمة الوراثية في كل دولة ، يشترك فيها المتخصصون الشرعيون ، والأطباء ، والإداريون ، وتكون مهمتها الإشراف على نتائج البصمة الوراثية ، واعتماد نتائجها 0 ج- أن توضع آلية دقيقة لمنع الانتحال والغش ، ومنع التلوث وكل ما يتعلق بالجهد البشري في حقل مختبرات البصمة الوراثية ، حتى تكون النتائج مطابقة للواقع ، وأن يتم التأكد من دقة المختبرات ، وأن يكون عدد المورثات ( الجينات المستعملة للفحص ) بالقدر الذي يـراه المختصون ضرورياً دفعاً للشك0 والله ولي التوفيق ، وصلى الله على نبينا محمد.

TERJEMAHAN: (Terima kasih kepada Y.Bhg Dr. Basit Abdul Rahman |http://www.abuanasmadani.com/| dan Y.Bhg Ustaz Lokmanul Hakim |http://abuumair1.wordpress.com/| kerana sudi menyemak dan mengesahkan terjemahan Bin Sahak)

PERKARA PERTAMA: Tiada larangan agama untuk bergantung kepada DNA dalam siasatan kesalahan jenayah, dan mengambilnya sebagai satu jalan untuk mengthabitkan kesalahan yang tidak termasuk di dalam bab Hukum Had dan Qisas, berdasarkan hadis: ادْرَؤُوْا الْحُدُوْدَ بِالشُّبَهَاتِ |bermaksud: “Tolaklah hukuman hudud dengan syubhat”|. Demikian juga bertujuan memastikan keadilan dan keamanan di dalam masyarakat, dan membawa kepada penghukuman terhadap orang yang sememangnya bersalah dan pembebasan orang yang tidak bersalah daripada hukuman. Ini merupakan salah satu objektif utama dalam Syariat Islam.

PERKARA KEDUA: Penggunaan kaedah DNA dalam bidang penetapan nasab mesti ditangani dengan penuh berhati-hati, cermat dan kerahsiaan. Oleh yang demikian mestilah didahulukan nas-nas agama dan kaedah-kaedah syarak berbanding DNA.

PERKARA KETIGA: Tidak dibenarkan agama bergantung kepada DNA untuk menafikan nasab, dan tidak boleh juga mendahulukan DNA berbanding al-Li’an.

PERKARA KEEMPAT: Tidak boleh menggunakan DNA bagi tujuan memastikan kesahihan nasab yang telah thabit dari sudut agama. Pihak-pihak berkuasa wajib menghalang perkara ini berlaku dan mengenakan beberapa hukuman yang dapat menghalangnya. Larangan ini bertujuan menjaga dan memelihara maruah dan nasab orang ramai.

PERKARA KELIMA: Harus bergantung kepada DNA dalam persoalan menetapkan nasab untuk keadaan-keadaan di bawah:

1. Bagi beberapa keadaan yang berlaku pertikaian ke atas anak yang tidak diketahui/diragui nasab (Majhul al-Nasab) dalam bentuk-bentuk pertikaian yang berbagai seperti yang disebut oleh para fuqaha, sama ada pertikaian tersebut disebabkan ketiadaan bukti-bukti (dari pihak yang berebut anak) atau bukti-bukti yang ada saling menyamai, ataupun disebabkan berlaku percampuran bagi kes persetubuhan syubhah dan seumpamanya.

2. Ketika terjadi keraguan terhadap bayi-bayi (seiras) yang dilahirkan di hospital–hospital atau di pusat-pusat pemeliharaan kanak-kanak atau seumpamanya. Demikian juga ketika berlaku keraguan terhadap anak-anak (yang melalui proses) tabung uji.

3. Ketika berlaku kehilangan atau percampuran bayi yang tidak dapat dibezakan disebabkan berlaku kemalangan, bencana atau peperangan yang menyebabkan tidak dapat dikenal-pasti ibu-bapa mereka, atau disebabkan kewujudan mayat yang tidak dapat dikenalpasti identitinya, atau bertujuan mengenal pasti identiti tawanan perang yang hilang.

PERKARA KEENAM: Tidak boleh menjual Human Genome (Gen Manusia) kepada mana-mana kumpulan, bangsa dan individu untuk sebarang tujuan, dan tidak boleh juga menghadiahkannya kepada mana-mana pihak kerana perkara ini akan mendatangkan keburukan.

PERKARA KETUJUH: Pihak Jawatankuasa menasihati:

1. Kerajaan hendaklah menghalang sebarang perlaksanaan ujikaji khas DNA melainkan atas permintaan dari pihak penghakiman. Ia juga hendaklah dilakukan di makmal-makmal pihak berkuasa, dan kerajaan hendaklah menghalang pihak swasta yang bermatlamatkan keuntungan daripada melakukan ujikaji ini, kerana ia akan membawa risiko yang besar.

2. Membentuk badan khas DNA di setiap negara yang dianggotai oleh pakar agama, pakar perubatan, dan pentadbiran, yang berperanan menyelia serta memantau keputusan-keputusan DNA, dan juga untuk menerima keputusan-keputusannya.

3. Mewujudkan mekanisma yang teliti untuk menghalang sebarang penyelewengan, penipuan, cubaan untuk melakukan pencemaran terhadap DNA, dan segala usaha lain, di lokasi makmal-makmal DNA, agar keputusan-keputusan yang dikeluarkan adalah bertepatan dengan realiti, dan ketepatan ujikaji makmal dapat diyakini. Demikian juga gen yang digunakan dalam ujikaji hendaklah pada kadar yang diperlukan berdasarkan pandangan pakar bagi menghilangkan keraguan. (Lamanweb rasmi: http:// http://www.themwl.org)


[1] Kiasan dia mengetahui anak itu adalah anaknya

Wednesday, November 9, 2011

Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah

Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:


قَالَ إِبْلِيسُ: أَيْ رَبِّ لَا أَزَالُ أُغْوِي بَنِي آدَمَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ". قَالَ: "فَقَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ: لَا أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي


Mafhumnya: “Iblis berkata: Wahai tuhan, aku akan berterusan memesongkan anak Adam selagi roh mereka berada di dalam jasad mereka.” Baginda bersabda lagi: Lalu Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: Senantiasalah daku akan mengampunkan mereka selagi mereka memohon keampunan kepada daku.” |HR Ahmad (3/29, bil: 11255), Abu Ya’la (2/530, bil: 1399), al-Hakim (4/290, bil: 7672, dan berkata: “Sahih al-Isnad”). Al-Tabrani di dalam al-Awsath (8/333, bil: 8788). Hadis ini dinilai sebagai Sahih juga oleh al-Albani di dalam al-SIlsilah al-Sahihah (1/163)|

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, Nabi SAW bersabda:


إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا


Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla akan sentiasa membuka tangannya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan pada siang harinya, dan Dia akan sentiasa membukan tangannya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan pada malam harinya, sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat (berlaku kiamat).” |Ahmad (4/395, bil: 19547), Muslim (4/2113, bil: 2759). Al-Daraqutni di dalam al-Sifaat (1/20, bil: 18) dan al-Baihaqi (8/136, bil: 16281)|

Daripada Abu Zarr RA, katanya saya pernah bertanya:


قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَوْصِنِي, قَالَ: "إِذَا عَمِلْتَ سَيِّئَةً فَأَتْبِعْهَا حَسَنةً تَمْحُهَا" قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ أَمِنَ الْحَسَنَاتِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ؟ قَالَ: "هِيَ أَفْضَلُ الْحَسَنَاتِ


Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, berilah wasiat kepada saya.” Baginda bersabda: “Apabila kamu melakukan kesalahan (dosa), turutilah ia dengan melakukan kebaikan, kerana kebaikan akan menghapuskan kesalahan tadi.” Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah apakah kalimah لاإله إلا الله termasuk di dalam al-Hasanat (perkara-perkara kebaikan).” Baginda bersabda: “Ia merupakan perkara-perkara kebaikan yang paling afdhal.” |Ahmad (5/169, bil: 21525), dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam al-SIlsilah al-Sahihah (3/361)|

Daripada Abu Umamah RA, Nabi SAW bersabda:


إِنَّ صَاحِبَ الشِّمَالِ لِيَرْفَعُ الْقَلَمَ سِتَّ سَاعَاتٍ عَنِ الْعَبْدِ الْمُسْلِمِ الْمُخْطِئِ أَوِ الْمُسِيءِ، فَإِنْ نَدِمَ وَاسْتَغْفَرَ اللَّهَ مِنْهَا أَلْقَاهَا، وَإِلا كُتِبَتْ وَاحِدَةً


Mafhumnya: “Sesungguhnya malaikat pencatit dosa tidak akan mencatit kesalahan yang dilakukan selama enam tempoh masa dari seorang muslim yang melakukan sesuatu kesalahan atau dosa, jika seseorang itu menyesal dari perbuatannya tersebut, kemudian beristighfar (memohon keampunan) kepada Allah dari kesalahan tadi, malaikat tadi tidak akan mencatitnya terus, jika tidak (tidak menyesal dan beristighfar) dia akan mencatit sebagai satu kesalahan.” |al-Tabrani (8/185, bil: 7765), Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah (6/124). Al-Baihaqi di dalam Sa’ab al-Iman (5/391, bil: 7051). Hadis ini dinilai sebagai Hasan oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah (3/210)|


Sumber: www.balligho.com. Terjemahan Mohamad Abdul Kadir bin Sahak