Thursday, October 27, 2011

Rekaan Sepatutnya Berlaku Dalam Urusan Dunia (7)

REKAAN SEPATUTNYA BERLAKU DALAM URUSAN DUNIA

Al-Bid’ah seperti yang telah kami jelaskan: “(Iaitulah) Satu jalan yang direka-cipta di dalam agama…” Lantaran itu, Islam mahukan dari penganut dan pemeluknya berpada dalam urusan agama dengan apa yang ada (dari nas-nasnya), dan meningkatkan keupayaan reka-cipta mereka untuk melakukan ciptaan dalam perkara-perkara dunia. Inilah yang dilakukan oleh generasi al-Salaf, keredhaan Allah untuk mereka semua.

Generasi al-Salaf, mereka berpada dengan batas yang ada di dalam urusan agama… iaitulah berdasarkan yang ma’thur di dalam al-Sunan (hadith-hadith). Sebaliknya mereka memberikan tumpuan keupayaan dan kesungguhan mereka dalam mereka-cipta untuk memperbaiki urusan kehidupan.

Anda akan dapati di dalam sejarah ‘Umar bin al-Khattab Radhiallahu ‘anh, banyak perkara yang dinamakan sebagai Awwaliyyat al-‘Umar (Perkara-perkara yang dimulakan oleh ‘Umar). Beliaulah orang pertama yang mula menubuhkan beberapa jabatan, orang pertama yang mula membuka beberapa kota, orang pertama yang mengadakan rondaan pada waktu malam melihat keadaan rakyatnya, orang pertama melakukan itu dan ini (dalam urusan keduniaan).

Sehingga ada beberapa buku yang dinamakan sebagai al-Awa-il (Perkara-perkara awal) iaitulah perkara-perkara awal yang mula direka-cipta oleh generasi al-Salaf.

Jesteru, para sahabat melakukan reka-cipta dalam banyak perkara (dalam urusan keduniaan) untuk maslahah umat Islam.

Maksud membuat reka-cipta di sini ialah suatu yang tidak ada asal di dalam agama. Dan asal kalimah Bid’ah diambil dari بدع dan ابتدع yang bermaksud mereka-cipta sesuatu tanpa ada contoh terdahulu. Kerana itu al-Quran menyebut tentang sifat Allah Jalla Jalaluh sebagai:

ßìƒÏt/ ÅVºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur ( ÇÊÊÐÈ

Maksudnya: “Allah jualah Yang menciptakan langit dan bumi;” (al-Baqarah: 117)

Iaitulah Allah Subhanahu wa Taala yang mula menciptakan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumnya.[1]

Maka melakukan Bid’ah (الابتداع) iailah mereka-cipta apa yang bukan dilakukan oleh Rasul Sallallahu ‘alaihi wasallam, para Khulafa’ baginda al-Rasyidin al-Mahdiyyin yang kita disuruh untuk mengikut sunnah mereka.



[1] al-‘I’tisom oleh al-Syatibi. Jilid 1, hal:36, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut.

0 comments: