Soalan:
Bagaimana membahagikan daging korban?
Jawapan:
Orang yang melakukan korban disyariatlan untuk memakan daging korban, menghadiahkan dan mensedekahkannya berdasarkan firman Allah SWT:
(#qè=ä3sù $pk÷]ÏB (#qßJÏèôÛr&ur }§Í¬!$t6ø9$# uÉ)xÿø9$# ÇËÑÈ
Mafhumnya: “Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.”
Firman Allah SWT lagi:
(#qè=ä3sù $pk÷]ÏB (#qßJÏèôÛr&ur yìÏR$s)ø9$# §tI÷èßJø9$#ur 4 y7Ï9ºxx. $yg»tRö¤y öNä3s9 öNä3ª=yès9 tbrãä3ô±s? ÇÌÏÈ
Mafhumnya: “Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, Mudah-mudahan kamu bersyukur.” (al-Hajj: 36)
Salamah bin al-Akwa’ RA pula berkata, Nabi SAW bersabda:
كُلُوْا وَأَطْعِمُوْا وَادَّخِرُوْا
Mafhumnya: “Makanlah daging korban tersebut, berikanlah orang lalin makan juga dan simpanlah.” (HR al-Bukhari)
Arahan Nabi SAW agar memberikan orang lain makan daging korban di dalam hadis di atas merangkumi hadiah dan sedekah. ‘Aisyah RA berkata, Nabi SAW pernah bersabda:
كُلُوْا وَادَّخِرُوْا وَتَصَدَّقُوا
Mafhumnya: “Makanlah daging korban, simpanlah ia dan bersedekahlah.” (HR Muslim)
Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan kadar daging korban yang dimakan, disedekah dan dibuat hadiah. Baginda SAW tidak pernah menghadkan kadarnya secara terperinci, dan ini menunjukkan perkara ini diberi keluasan di agama. Namun yang terpilih ialah daging korban itu dibahagi kepada tiga bahagian, iaitulah satu pertiga untuk dimakan, satu pertiga lagi untuk dibuat sedekah dan baki satu pertiga lagi dibuat hadiah.
Di dalam kitab Zad al-Mustaqni’ dinyatakan:
ويسن أن يأكل ويهدي ويتصدق أثلاثا
Mafhumnya: “Disunatkan (daging korban itu) untuk dimakan, diberi hadiah dan dibuat sedekah satu pertiga, satu pertiga dan satu pertiga.”
Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata: “Disunatkan (daging korban itu) untuk dimakan, diberi hadiah dan dibuat sedekah satu pertiga, satu pertiga dan satu pertiga.” Iaitulah dalam bentuk ia disyariatkan bukan satu kewajipan, bahkan adalah sunat dibahagikan kepada tiga bahagian, dimakan satu pertiga daripadanya, dihadiahkan satu pertiga yang lain dan dibuat sedekah baki satu pertiga lagi. Perbezaan diantara hadian dan sedekah ialah, apa yang bertujuankan menjinak atau memesrakan (hubungan dengan seseorang, ia termasuk dalam menghubungkan silatur rahim), maka ia adalah hadiah, seperti hadis Nabi SAW: “Saling memberi hadiahlah kamu semua, pasti kamu semua akan saling sayang-menyayangi.” Adapun apa yang bertujuannya mendekatkan diri kepada Allah ia dinamakan sebagai sedekah. Oleh yang demikian sedekah itu untuk orang yang memerlukan, manakala hadiah pula untuk orang yang berkemampuan atau kaya.
Perkataan Penulis kitab: “satu pertiga-satu pertiga dan satu pertiga.” Iaitulah satu pertiga untuk dimakan, satu pertiga untuk dihadiahkan dan satu pertiga lagi untuk disedekahkan. Ia bertujuan agar daging itu dapat dimanfaatkan oleh kumpulan orang ramai yang berlainan. Dan penulis mendahulukan bahagian yang dimakan kerana Allah SWT mendahulukannya di dalam firmannya:
( (#qè=ä3sù $pk÷]ÏB (#qßJÏèôÛr&ur }§Í¬!$t6ø9$# uÉ)xÿø9$# ÇËÑÈ
Mafhumnya: “Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” (al-Hajj: 28).
Perkataan penulis: Disunatkan (daging korban itu) untuk dimakan.” Secara zahirnya membawa maksud jika disedekahkan kesemuanya tidak mengapa dan tidak berdosa. Ini berdasarkan (pandangan) memakan daging korban itu (oleh sipembuat korban) adalah sunat seperti pandangan kebanyakan ulama. Namun sebahagian ulama lain ada yang berpandangan sipelaku korban wajib memakan dagigng korbannya dan berdosa jika tidak memakannya, kerana Allah SWT telah mengarahkannya (di dalam Surah al-Hajj: 28) , dan mendahulukan arahannya berbanding sedekah… berdasarkan kenyataan ini, maka tidak sewajarnya bagi seseorang untuk dia tidak memakan daging korban yang dilakukannya sendiri.” (al-Syarh al-Mumti’: 7/481)
0 comments:
Post a Comment