ADAB MERAWAT, MELAWAT DAN PENGURUSAN PESAKIT NAZAK
Oleh Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
Jabatan Mufti Negeri Perlis
ADAB MERAWAT PESAKIT
1. Wajib bercakap benar dalam semua keadaan termasuk ketika merawat pesakit. Allah subhanahu wa taalah berfirman:
$pkš‰r'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qà)®?$# ©!$# (#qçRqä.ur yìtB šúüÏ%ω»¢Á9$# ÇÊÊÒÈ
Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan jadilah kamu bersama orang-orang yang benar.” (al-Taubah: 119)
Ayat ini merupakan arahan supaya bercakap benar, dan ia adalah suatu kewajipan, terdapat juga ancaman bagi sesiapa yang tidak bercakap benar seperti hadith Nabi sallallahu ‘alaih wa sallam:
عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ ، فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ ، وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ صِدِّيقًا ، وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا
Mafhumnya: “Hendaklah kamu semua menjadi orang-orang yang benar, kerana sesungguhnya sikap benar itu membawa kepada kebaikan, kebaikan itu pula membawa kepada syurga. Sesungguhnya seorang lelaki yang bercakap benar sehinggalah dia dicatit di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Jauhilah kamu semua dari berbohong, kerana sesungguhnya berbohong itu akan membawa kepada perbuatan jahat, dan perbuatan jahat itu akan membawa kepada neraka. Sesungguhnya seorang lelaki yang berbohong sehinggalah di dicatit di sisi Allah sebagai seorang pembohong.” (Muslim)
Bercakap benar kepada pesakit dalam ertikata pesakit dan keluarganya perlu menerima maklumat dan berita yang benar tentang keadaannya. Sikap benar ini menjadikan pesakit berasa percaya dan berpuas hati dengan maklumat pihak yang merawatinya.
Al-Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti menyebut: “Keumuman semua nas-nas ini, merangkumi juga para doktor dan para pembantunya, mereka dituntut oleh agama untuk bercakap benar dan memberikan maklumat yang benar tentang keadaan orang sakit dan penyakitnya. Haram ke atas mereka memberikan maklumat yang bertentangan dengan keadaan sebenar.” (Ahkam al-Jarahah al-Tibbiyyah (Hukum-hakam Pembedahan Perubatan), hal: 312)
Jika demikian keadaannya, bagaimana pula jika mereka berhadapan dengan situasi dimana sekiranya maklumat benar itu diberikan kepada pesakit ia akan memburukkan lagi keadaannya? Apakah ketika ini diharuskan bercakap bohong?
Dr. Muhammad bin Muhammad Mukhtar al-Syanqiti berkata: “Yang lebih zahir, dan ilmu yang sebenarnya adalah di sisi Allah, bahawa tidak boleh juga kepada para doktor dan para pembantunya untuk bercakap bohong kepada pesakit dalam keadaan seumpama ini kerana perkara-perkara berikut:
i. Keumuman dalil yang mengharamkan bercakap bohong.
ii. Sekiranya pesakit diberikan maklumat yang benar tentang keadaannya, ia akan menatijahkan beberapa kebaikan, dimana dia dapat meninggalkan wasiat seterusnya memperoleh pahala dengan bersedia melakukan amalan-amalan soleh seperti perbanyakkan zikir, sedekah dan seumpamanya dari amalan-amalan baik dan taqwa. Sebaliknya jika berbohong dan berbuat helah kepadanya akan melupuskan kebaikan-kebaikan ini kepadanya, dan akan menyebabkan perkara-perkara buruk yang lain dan terabainya hak orang lain (dengan wasiatnya) yang tidak sepatutnya berlaku.
iii. Sekiranya doktor bimbang kemerbahayaan kepada pesakit dengan maklumat yang diberikannya, maka doktor boleh menyampaikan maklumat benar itu kepada penjaganya dan ahli keluarga yang terdekat, untuk mereka menyampaikan kepadanya dengan cara yang lebih sesuai. Kerana kebiasaannya ahli keluarga terdekat lebih mengetahui keadaan pesakit, perkara ini dapat mengelak dari berlaku kemudharatan yang dijangka kepada pesakit. Namun sekiranya kebimbangan tetap ada (berlakunya kemudharatan kepada pesakit), maka penjaga dan ahli keluarganya tidak perlu memberikan maklumat tersebut kepadanya, sebaliknya mereka yang akan melaksanakan kewajipan pesakit yang telah sampai pada keadaannya, mereka bertanyakan juga hak-hak yang dipikulnya, dan mereka memberi galakan kepadanya untuk banyak melakukan perkara-perkara kebaikan. (mudah-mudahan) dengan cara ini dapat mengelakkan dari kemudharatan lain dan terlaksananya maslahah agama yang dituntut untuk dilakukan, dalam masa yang sama terpeliharanya hukum asal agama supaya menjauhi dari berbohong. Wallahu a’lam.”
2. Menepati temu-janji. Wajib menepati temu-janji yang telah ditetapkan dengan pesakit seperti temu-janji untuk proses pemeriksaan, ujian, analisis dan temu-janji rawatan yang mesti. Ini kerana kesemua temu-janji ini dianggap mulia dan perlu dihormati di sisi agama. Nabi sallallah ‘alaih wa sallam bersabda:
آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاثٌ: إذَا حَدّّثَ كَذَبَ، وَإذَا وَعَدَ أخْلَفَ، وَإذَا ئْتُمِنَ خَانَ
Mafhumnya: “Tanda-tanda munafiq itu ada tiga: apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkirinya dan apabila diberi amanah dia khianati.” (Muslim)
Oleh kerana itu, Menepati temu-janji dengan para pesakit dan melaksanakannya mengikut masa yang telah ditetapkan tidak boleh dianggap ringan dan tidak boleh diabaikan, jika tidak ia dikira berdosa, melainkan jika ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.
3. Menunaikan Janji. Wajib memenuhi janji yang dibuat dengan pesakit untuk sesi perubatan dan seumpamanya. Ini kerana janji seumpama ini termasuk di dalam arahan Allah subhanahu wa taala untuk ditepati. Firman Allah:
$yg•ƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä (#qèù÷rr& ÏŠqà)ãèø9$$Î/
Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah kesemua janji…” (al-Maidah: 1)
Jika janji seumpama ini dimungkiri, maka ia dikira sebagai dosa pada pandangan agama, mereka juga dikira bertanggungjawab ke atas kemudharatan yang dialami oleh pesakit tersebut. Dr Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti menyebut:
“Terdapat sebahagian yang berpandangan bahawa seorang doctor, jika ia telah mengadakan temu-janji dengan pesakitnya, kemudian dia tidak melaksanakan temu-janji rawatan, dan pesakit itu mati, maka doctor itu dikira sebagai telah membunuh pesakitnya itu dengan sengaja sekiranya dia dengan sengaja tidak melaksanakan temujanjinya, atau disebabkan dengan alasan yang tidak kukuh, dan terbukti dia berniat untuk sengaja untuk tidak memenuhi janji tersebut.” (Ibid: 315)
4. Memberi Nasihat Kepada Pesakit. Ini merupakan tanggungjawab di dalam persaudaraan agama. Di dalam hadith Tamim al-Dariy radhiyallah ‘anhu, Nabi sallallah ‘alaih wa sallam bersabda:
الدِّيْنُ النَّصِيْحَة، قلنا: لمن؟ قال: لله، ولكتابه، ولرسوله، ولأئمة المسلمين وعامتهم.
Mafhumnya: Agama itu nasihat, kami bertanya kepada siapa wahai Rasulullah? baginda menjawab: Kepada Allah, kitabnya, rasulnya dan kepada pemimpin dan umat Islam keseluruhannya."
Al-Bukhari dan Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Jarir bin ‘Abdillah radhiyallah ‘anhu yang berkata:
بايعت رسول الله صلى الله عليه وسلم على إقامة الصلاة، وإيتاء الزكاة، والنصح لكل مسلم
Mafhumnya: "Saya berjanji taat setia kepada Rasulullah SAW untuk mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menasihati setiap orang muslim."
Oleh itu mereka yang berhubung terus dengan pesakit bertanggungjawab melaksanakan tugas yang mulia ini. Termasuklah memberi bimbingan kepada pesakit melakukan usaha-usaha yang lebih memberi kebaikan kepada diri mereka sendiri.
Termasuk di dalam perkara ini berterus-terang sekiranya mereka tidak dapat lagi mengubati penyakit yang dialami oleh seseorang pesakit dan mencadangkan tempat rawatan lain yang lebih baik kepada pesakit. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan kekurangan kelengkapan yang mereka ada, atau kemungkinan juga dari sudut kaedah rawatan yang terdapat di tempat lain lebih mengurangkan kemudharatan yang akan ditanggung oleh pesakit.
Demikian juga, termasuk di dalam kategori nasihat kepada pesakit, menerangkan kepada mereka kesan nagetif dari sesuatu rawatan yang diminta oleh pesakit, agar ia jelas kesan yang bakal diterimanya. Kegagalan, cuai dan mengabaikan tanggungjawab ini, kira sebagai seorang yang berlaku zalim kepada pesakit dari kacamata Islam.
5. Memelihara Aurat Pesakit. Terdapat banyak dalil-dalil syarak yang menyebut tentang kewajipan memelihara aurat, menutup keburukan dan larangan dari sengaja melihat tanpa ada keperluan yang mendesak. Allaj subhanahu wa taala berfirman (al-Nur: 30-31):
Abu Hurairah radhiyallah ‘anhu meriwayatkan, Nabi sallallah ‘alaih wa sallam bersabda:
لا ينظر الرجل إلى عورة الرجل، ولا المرأة إلى عورة المرأة
Mafhumnya: "Tidak boleh seorang lelaki melihat aurat seorang lelaki lain, demikian juga tidak boleh seorang wanita melihat aurat seorang wanita yang lain."
Demikian juga para ulama telah bersepakat bahawa wajibnya menutp aurat dari dipandang oleh orang ramai. Oleh kerana itu, orang-orang yang berhubung terus dengan para pesakit mereka dituntut untuk beriltizam dengan adab ini dan menghormati kehormatan aurat saudara semuslim. Maka tidak boleh dibuka aurat pesakit lelaki mahupun wanita, melainkan apabila wujudnya keperluan yang mendesak, seperti proses pemeriksaan atau rawatan mesti merangkumi bahagian aurat tersebut. Dalam keadaan mereka tidak membiarkan aurat pesakit boleh dilihat oleh orang lain yang tidak ada kaitan.
ADAB MELAWAT PESAKIT
Nabi sallallah ‘alaih wasallam bersabda:
أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم بعيادة المريض، واتِّباع الجنازة، وتشميت العاطس، وإِبْرَارِ الْمُقْسِمِ، ونصر المظلوم، وإجابة الداعي، وإفشاءِ السلام
Mafhumnya: Rasulullah SAW mengarahkan kami untuk menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, menjawab orang bersin, memenuhi janji, menolong orang yang dizalimi, memenuhi jemputan dan menyebarkan salam." (al-Bukhari dan Muslim)
Menziarahi orang yang sedang sakit adalah termasuk di dalam sunnah Nabi sallallah ‘alaih wa sallam, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah.[1] memilih pandangan yang mengatakan hukum menziarahi orang yang sedang sakit adalah Fardhu Kifayah[2]. Inilah juga pandangan al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin rahimahullah. Pandangan ini berdasarkan hadith Nabi sallallah ‘alaih wa sallam:
خمس تجب للمسلم على أخيه : رد السلام ، وتشميت العاطس ، وإجابة الدعوة ، وعيادة المريض ، واتباع الجنائز
Maksudnya: “Lima perkara yang merupakan kewajipan seorang muslim terhadap saudara (semuslimnya): menjawab salam, mengucapkan يَرْحَمُكَ الله kepada saudaranya yang bersin, memenuhi jemputan, menziarahi saudaranya yang sakit dan mengiringi janazah.”[3]
Dalam hadith yang lain diriwayatkan Baginda sallallah ‘alaih wa sallam menyebut menziarahi saudara seislam yang sakit ini termasuk di dalam hak seorang muslim terhadap muslim yang lain. Ini membawa al-Imam al-Bukhari meletakkan tajuk di dalam kitab sahih beliau sebagai “Bab Kewajipan Menziarahi Orang Yang Sakit” lalu beliau meriwayatkan hadith Nabi sallallah ‘alaih wa sallam:
أطْعِمُوْا الْجَائِع، وَعُوْدُوا الْمَرِيْض، وَفَكُّوا العَانِي
Maksudnya: “Berilah makan kepada orang yang lapar, ziarahilah orang yang sakit dan bebaskanlah tawanan.”[4]
Oleh itu jika tidak ada sesiapa yang menunaikan tanggungjawab persaudaraan ini, semua umat di kira berdosa, dan wajib ke atas orang yang mengetahuinya menunaikan tanggungjawab ini. amat tidak wajar seorang muslim yang mengetahui saudara semuslimnya sakit, sebaliknya dia hanya mendiamkan diri dan tidak menghiraukannya langsung. Tindakan ini mengundang kepada terputusnya hubungan Silah al-Rahim sedangkan Nabi sallallah ‘alai wa sallam bersadbda:
مَا مِنْ ذَنْبٍ أَجْدَرَ أَنْ يُعَجِّلَ اللَّهُ الْعُقُوبَةَ لِصَاحِبِهِ فِي الدُّنْيَا مَعَ مَا يَدَّخِرُ لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْبَغْيِ وَقَطِيعَةِ الرَّحِمِ
Mafhumnya: “Tidak ada satu dosa yang lebih berhak disegerakan hukumannya oleh Allah (subhanahu wa taala) kepada pelakunya di dunia, bersama hukuman lain yang di tangguhkan hingga ke hari kiamat berbanding orang yang melampaui batas dan memutuskan Silah al-Rahim.” (al-Bukhari di dalam al-Abad al-Mufrad. Dinilai Sahih oleh al-Albani)
Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata: “Menziarahi pesakit adalah Fardhu Kifayah, kebiasaannya orang sakit akan diziarahi oleh ahli keluarga dan sahabat-handainya, ia memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah. Akan tetapi sekiranya kita ketahui ada seorang asing di tempat kita, dan ia ditimpa sakit, dia pula tidak dikenali oleh sesiapa, kita juga tahu bahawa tidak ada sesiapapun yang menziarahinya, maka menjadi kewajipan kepada anda untuk menziarahinya, kerana ia termasuk di dalam hak-hak persaudaraan Islam sesama mereka.” (Syarh Riyadh al-Solihin)
Kelebihan Menziarahi Orang Sakit
Terdapat banyak kelebihan menziari orang yang sedang sakit sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith-hadith Nabi sallallah ‘alaih wa sallam antaranya:
1. Sesiapa yang menziarahi orang yang sedang sakit dia memperolehi kelebihan seperti mengutip buahan yang berada di dalam syurga. Ini berdasarkan hadith Nabi sallallah ‘alaih wa sallam:
إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang muslim apabila dia menziarahi saudara muslimnya (yang sakit), sentiasalah dia berada dalam keadaan sedang mengutip buahan di dalam kebun syurga sehinggalah dia pulang.”[5]
2. Malaikat berselawat ke atas orang yang menziarahi saudara semuslimnya yang sedang sakit. Perkara ini berdasarkan hadith Nabi sallallah ‘alaih wa sallam yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada ‘Ali radhiyallah ‘anhu:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَعُودُ مُسْلِمًا غُدْوَةً إلا صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِيَ، وَإِنْ عَادَهُ عَشِيَّةً إلا صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ، وَكَانَ لَهُ خَرِيفٌ فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya: “Tiada seorang muslim yang menziarahi seorang muslim lain (yang sedang sakit) pada waktu pagi, melainkan 70 ribu malaikat berselawat ke atasnya sehingga ke petang, jika dia menziarahi saudaranya itu pada waktu petang, 70 ribu malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga ke subuh, dan untuk dia sebuah kebun di dalam syurga.”[6]
3. Memperolehi rahmat daripada Allah S.W.T. berdasarkan hadith:
مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَزَلْ يَخُوضُ فِي الرَّحْمَةِ حَتَّى يَجْلِسَ , فَإِذَا جَلَسَ اغْتَمَسَ فِيهَا
Maksudnya: “Sesiapa yang menziarahi saudaranya yang sedang sakit, dia sentiasa sedang menuju ke dalam rahmat (Allah) sehinggalah dia duduk, apabila dia duduk, dia berada di dalam rahmat tersebut.”[7]
4. Malaikat mendoakan kebaikan untuknya berdasarkan hadith:
مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِي اللَّهِ نَادَاهُ مُنَادٍ : أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنْ الْجَنَّةِ مَنْزِلاً
Maksudnya: “Sesiapa yang menziarahi orang yang sedang sakit atau saudara semuslimnya kerana mengharapkan balasan daripada Allah, ada malaikat yang akan menyeru: “semoga kamu memperoleh dan berada dalam kebaikan di dunia dan akhirat, dan kamu telah menempah satu tempat di dalam syurga.”[8]
Ini semua berupa sebahagian galakan daripada Nabi sallallah ‘alaih wa sallam kepada umat baginda agar kita teruja untuk menghidupkan sunnah menziarahi saudara semuslim kita yang sedang sakit. Sunnah ini bukanlah terhad dalam menziarahi orang sakit yang kita kenali sahaja, bahkan yang disyariatkan juga ialah kita menziarahi orang yang kita kenal mahupun tidak.
Sebahagian ulama mengatakan orang sakit yang wajib diziarahi itu ialah orang yang sakitnya itu menyebabkan dia tidak dapat berjumpa dengan orang lain. Adapun orang sakit yang masih boleh keluar dari rumahnya dan boleh berjumpa dengan orang lain, maka hukum menziarahinya bukanlah suatu kewajipan. Ini menunjukkan samaada orang sakit itu kita kenali ataupun tidak, kita disyariatkan untuk menziarahinya.
Sama halnya jika pesakit itu tidak ada hubungan mahram (ajnabi atau yang boleh berkahwin) dengan kita. Kita tetap dibenarkan untuk menziarahinya dengan kita menjaga tiga syarat di bawah ini:
i. Menutup aurat
ii. Tidak mungkin menimbulkan fitnah
iii. Tidak berduaan dengan pesakit
al-Imam al-Bukhari meletakkan satu bab di dalam sahihnya iaitulah “Bab orang perempuan menziarahi orang lelaki, dan Ummu Darda’ pernah menziarahi seorang lelaki ahli masjid dari golongan Ansar”. Di bawah bab ini al-Imam al-Bukhari meletakkan hadith yang diriwayatkan daripada ‘Urwah, dimana ‘Aisyah R.A. berkata:
Maksudnya: “Ketika Rasulullah S.A.W. baru sampai di Madinah (dalam peristiwa hijrah), Abu Bakr dan Bilal R.A. ditimpa sakit. Lalu ‘Aisyah berkata: Aku menziarahi mereka berdua, lalu aku berkata, wahai bapa (Abu Bakr) bagaimana keadaanmu, dan wahai Bilal bagaimana keadaanmu…?”
Hadith ini menunjukkan ‘Aisyah R.A. menziarahi bapanya dan Bilal yang sedang sakit, sedangkan Bilal bukan mahram kepada ‘Aisyah R.A., Namun pada ketika itu Abu Bakar (Bapa ‘Aisyah) ada bersama Bilal.
Imam Muslim pula di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A. yang menceritakan:
أَنَّ أَبَا بَكْرٍ قَالَ لِعُمَرَ رضي الله عنهم بَعْدَ وَفَاةِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم: انْطَلِقْ بِنَا إلَى أُمِّ أَيْمَنَ نَزُورُهَا، كَمَا كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَزُورُهَا، وَذَهَبَا إلَيْهَا
Maksudnya: “Abu Bakr pernah berkata kepada ‘Umar R.A. setelah kewafatan Nabi S.A.W.: Mari kita pergi menziarahi Ummu Aiman, sebagaimana baginda dahulunya menziarahi beliau, lalu mereka berdua pergi menziarahi Ummu Aiman.”
Hadith ini juga menunjukkan Abu Bakr tidak bersendirian pergi menziarahi Ummu Aiman sebaliknya beliau ditemani oleh Umar R.A.
Ibn al-Jauzi berkata:
وَالأَوْلَى حَمْلُ ذَلِكَ عَلَى مَنْ لا يُخَافُ مِنْهَا فِتْنَةٌ كَالْعَجُوزِ
Maksudnya: “Dan yang utama adalah memahami perkara ini (lelaki menziarahi perempuan ajnabi) bagi sesiapa yang tidak memungkinkan berlakunya fitnah, seperti menziarahi orang yang sudah tua.”
Di dalam Sunan Ibn Majah, Anas menyambung ceritanya dengan berkata:
فَلَمَّا انْتَهَيْنَا إِلَيْهَا بَكَتْ فَقَالَا لَهَا مَا يُبْكِيكِ فَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِرَسُولِهِ قَالَتْ إِنِّي لَأَعْلَمُ أَنَّ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِرَسُولِهِ وَلَكِنْ أَبْكِي أَنَّ الْوَحْيَ قَدْ انْقَطَعَ مِنْ السَّمَاءِ قَالَ فَهَيَّجَتْهُمَا عَلَى الْبُكَاءِ فَجَعَلَا يَبْكِيَانِ مَعَهَا
Maksudnya: “Apabila kami sampai kepada Ummu Aiman, tiba-tiba beliau menangis, lalu Abu Bakr dan Umar bertanya kepadanya: Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Ummu Aiman?, sesunggnya apa yang ada di sisi Allah itu adalah kebaikan untuk RasulNya. Lalu Ummu Aiman menjawab: Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui apa yang ada di sisi Allah itu adalah kebaikan untuk RasulNya, akan tetapi aku menangis kerana wahyu telah berhenti dari diturunkan. Anas berkata: Perkara itu menyebabkan Abu Bakr dan Umar juga mengangis bersamanya.”[9]
“Ya Allah jadikan kami mencintai KalamMu (al-Quran) sama sepertimana cintanya Abu Bakr, Umar dan Ummu Aiman kepada KalamMu.”
Hukum Menziarahi Orang Kafir
Tidak ada halangan untuk menziarahi seorang kafir atau musyrik jika ada maslahah. Ini kerana Nabi S.A.W. pernah menziarahi seorang budak Yahudi yang sedang menderita sakit yang membawa kepada kematiannya. Baginda S.A.W. menyeru budak tersebut kepada Islam, lalu dia menerima dakwah Nabi S.A.W.: al-Imam al-Bukhari meriwayatkan di dalam sahihnya daripada Anas bin Malik R.A.:
كَانَ غُلَامٌ يَهُودِيٌّ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَرِضَ فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَقَالَ لَهُ أَسْلِمْ فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهُوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ أَطِعْ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمَ فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنْ النَّارِ
Maksudnya: “Dahulunya ada seorang budak Yahudi yang pernah berkhidmat kepada Nabi S.A.W., suatu hari dia ditimpa sakit, lalu Nabi S.A.W. pergi menziarahinya, dan baginda duduk berhampiran dengan kepala budak tersebut sambil berkata: “Peluklah Islam.” Lalu budak itu melihat bapanya yang berhampiran di situ. Bapanya berkata: “Turutilah Abu al-Qasim[10] (S.A.W).” Budak itupun memeluk Islam, apabila Nabi S.A.W. keluar dari rumah budak itu baginda bersabda: “Segala pujian kepada Allah yang telah menyelamatkannya daripada neraka.”
Demikian juga seperti kisah yang masyhur, menceritakan Nabi S.A.W. juga menziarahi bapa saudara baginda Abu Talib yang kafir sebelum kematiannya dan baginda menyerunya kepada Islam, namun Abu Talib enggan.
Termasuk dalam maslahah menziarahi orang bukan Islam yang sedang sakit ialah untuk menyerunya kepada Islam, atau untuk melembutkan hati keluarganya kepada Islam atau apa-apa maslahah yang seumpamanya.
Adab Menziarahi Pesakit
1. Mengharapkan ganjaran daripada Allah subhanahu wa taala.
2. Niat mencontohi Nabi sallallah ‘alaih wa sallam.
3. Berniat berbuat baik kepada saudara semuslim dengan menziarahinya.
4. Memenuhkan masa menziarahi pesakit dengan perkara-perkara yang dapat memberi manfaat kepadanya seperti dengan memberi nasihat, mengingatkannya kepada keperluan bertaubat, beristighfar dan melunaskan hak-hak orang lain.
5. Membantu menyelesaikan kemusykilan agama yang menjadi tanda-tanya kepadanya.
6. Mengulangi Ziarah: Sebahagian ulama berpandangan tidak perlu menziarahi seorang yang sedang sakit setiap hari, kerana perbuatan itu boleh mengganggunya atau memberatkan sipesakit dengan kehadiran kita. Sebahagian yang lain pula berpandangan perkara ini bergantung kepada seseorang individu, ini kerana ada sebahagian orang, dengan kehadirannya dapat menggembirakan pesakit dan pesakit akan berasa terkilan jika dia tidak datang menziarah. Orang sebegini disunatkan kepadanya untuk mengulangi ziarah selagi kehadirannya diterima oleh pesakit.[11]
7. Tidak memanjangkan masa ketika menziarahi pesakit: Tidak sepatutnya berada lama di rumah pesakit, kerana perbuatan ini boleh memberatkan pesakit dan keluarganya. Tambahan pula pada kebiasaannya ada beberapa keadaan yang pesakit tidak suka ia diperhatikan melainkan orang orang-orang yang dekat kepadanya. Maka duduk lama menziarahi orang sakit akan member kesukaran atau akan menimbulkan rasa tidak selesa pesakit. Melainkan bagi orang yang diminta oleh pesakit.[12]
8. Waktu Ziarah: Dalam persoalan ini al-Imam Ibn al-Qayyim berkata:
لم يخص صلى الله عليه وسلم يوماً من الأيام , ولا وقتاً من الأوقات بعيادة , بل شرع لأمته ذلك ليلاً ونهاراً , وفي سائر الأوقات
Maksudnya: “Nabi S.A.W. tidak pernah mengkhususkan sebarang hari , tidak juga sebarang waktu untuk menziarahi pesakit, bahkan ia terbuka samada pada waktu malam mahupun siang tanpa mengira waktu.”[13]
Sebahagian ulama suka menziarahi pesakit ketika awal pagi ataupun di awal petang sebagai mempraktik dan untuk memperoleh kelebihan yang disebut di dalam hadith Nabi S.A.W.:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَعُودُ مُسْلِمًا غُدْوَةً إلا صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِيَ، وَإِنْ عَادَهُ عَشِيَّةً إلا صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ، وَكَانَ لَهُ خَرِيفٌ فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya: “Tiada seorang muslim yang menziarahi seorang muslim lain (yang sedang sakit) pada waktu pagi, melainkan 70 ribu malaikat berselawat ke atasnya sehingga ke petang, jika dia menziarahi saudaranya itu pada waktu petang, 70 ribu malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga ke subuh, dan untuk dia sebuah kebun di dalam syurga.”[14]
Apapun urusan menziarahi pesakit ini bergantung kepada kesesuaian, asalkan ia tidak membebankan pesakit dan dapat menggembirakannya dengan kehadiran kita.
9. Doa untuk pesakit: Wajar mendoakan kepada pesakit dengan doa yang thabit dari Nabi sallallah ‘alaih wa sallam ketika menziarahi pesakit:
i. Dengan mengucapkan:
لَا بَأْسَ، طَهُوْرٌ إنْ شَاءَ الله
Maksudnya: “Tidak mengapa, ia (sakit itu) berperanan mensucikan kita dari salah dan silap insyaallah.”[15]
ii. Mendoakan kesembuhan untuk pesakit dengan doa yang dibaca oleh Nabi sallallah ‘alaih wa sallam ketika menziarahi Sa’ad bin Abi Waqqas yang sedang sakit, baginda meletakkan telapak tangan baginda di atas dahi, dada dan perut Sa’ad, kemudian membaca:
اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْداً
Maksudnya: “Ya Allah sembuhkan Sa’ad”[16] (3x)
iii. Nabi S.A.W. apabila menziarahi orang sakit, baginda menyapu tangan kanannya ke atas orang sakit (di tempat sakitnya) sambil berdoa:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ اِشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Maksudnya: “Ya Allah, tuhan kepada manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkanlah ia, dan sesungguhnya Engkaulah maha penyembuh, tidak ada penyembuhan melainkan dengan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan sebarang kesakitan.”[17]
iv. Berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Nabi S.A.W. seperti hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud:
أن النَّبِيًّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَحْضُرْ أَجَلُهُ فَقَالَ عِنْدَهُ سَبْعَ مِرَارٍ : أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ إِلاَّ عَافَاهُ اللَّهُ مِنْ ذَلِكَ الْمَرَضِ
Maksudnya: “Nabi S.A.W. bersabda: Sesiapa yang menziarahi seorang pesakit yang belum tiba ajalnya, lalu dia membaca 7 kali di sisi pesakit:
أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ
Maksudnya: “Aku memohon kepada Allah yang maha agung, Tuhan yang menguasai Arasy yang agung untuk menyembuhkan mu” melainkan Allah akan menyembuhkannya.”[18]
10. Mengingati kurniaan kesihatan yang Allah berikan kepada kita
Amalan Sunnah Ketika Menziarahi Orang Nazak
Sebelum ini telah dinyatakan beberapa adab ketika menziarahi orang sakit. Di bawah ini dinyatakan pula beberapa perkara yang berkaitan dengan menziarahi orang yang sedang nazak.
1- Men’talkin’kan orang yang sedang nazak.
Dituntut untuk Talkinkan orang yang sedang nazak dengan kalimah tauhid لا إله إلا الله ke telinganya. Perkara ini berdasarkan hadith Nabi saw :
لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إلَهَ إلَّا الله
Maksudnya: "Talkinkanlah orang-orang yang hampir mati dari kalangan kamu dengan Lailahaillallah."[19]
Kalimat Talkin (التلقين) adalah membawa maksud al-Ta'lim (التعليم) iaitu mengajarkan dan al-Tafhim (التفهيم) iaitu memberi faham. Yang dimaksudkan dengan menalkinkan mayat ialah mengingatkannya dengan kalimah Tauhid (لا إله إلا الله). Yang di maksudkan dengan mayat di sini ialah orang yang sakit berdepan dengan kematian (nazak). Menalkinkan orang yang hampir mati dengan kalimah tauhid, bertujuan membantunya supaya mengakhirkan hidupnya dengan kalimah tersebut.
Mu'az bin Jabal (مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ) R.A. berkata: "Aku mendengar Nabi saw bersabda:
مَنْ كَانَ آخِرُ كَلامِهِ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
Maksudnya: “Sesiapa yag akhir kalamnya dengan Lailahaillallah, wajib untuknya syurga."[20]
Maka sesiapa yang menziarahi orang yang sedang nazak hendaklah mengambil berat persoalan ini. mereka dituntut untuk mengingatkan orang yang dalam nazak mengucapkan kalimah tauhid.
Namun perlu diberi perhatian, jika dia telah mengucapkannya, atau telah diajarkan kepadanya, maka tidak perlu diulangi lagi, kerana perbuatan ini boleh menganggu orang yang sedang nazak. Al-Imam al-Nawawi berkata :
وَكَرِهُوا الإِكْثَارَ عَلَيْهِ وَالْمُوَالاةَ لِئَلا يَضْجُر بِضِيقِ حَالِهِ وَشِدَّةِ كُرْبِهِ ، فَيَكْرَهُ ذَلِكَ بِقَلْبِهِ , وَيَتَكَلَّمُ بِمَا لا يَلِيق . قَالُوا: وَإِذَا قَالَهُ مَرَّةً لا يُكَرِّرُ عَلَيْهِ إِلا أَنْ يَتَكَلَّمَ بَعْدَهُ بِكَلامٍ آخَر , فَيُعَادُ التَّعْرِيْضُ بِهِ لِيَكُونَ آخِرُ كَلَامِهِ
Maksudnya: "dan para ulama menganggap makruh memperbanyakkan dan berterusan (mengajarkan talkin kepada orang yang sedang nazak), agar ia tidak merasa gelisah ditambah dengan keadaannya yang amat sukar, sehingga timbul perasaan tidak suka di dalam hatinya, yang boleh menyebabkan dia mengucapkan sesuatu yang tidak wajar. Oleh itu para ulama berkata: Jika dia (orang yang sedang nazak) telah menyebut (kalimah tauhid) sekali, tidak perlu mengulanginya lagi, melainkan jika dia bercakap sesuatu yang lain. Maka diulangi talkin kepadanya, untuk menjadikan akhir kalamnya dengan kalimah tauhid)."
Al-Imam al-Zahabi di dalam kitabnya Siyar al-A’lam al-Nubala menyebut kisah Abdullah bin al-Mubarak ketika sakitnya. Dimana datang seorang lelaki mengajarkan kalimah tauhid kepada beliau secara berterusan. Lalu Ibn al-Mubarak berkata kepada orang itu:
لَسْتَ تُحْسِنُ ! وَأَخَافُ أَنْ تُؤْذِيَ مُسْلِماً بَعْدِي ، إِذَا لَقَّنْتَنِي ، فَقُلْتُ : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ، ثُمَّ لَمْ أُحْدِثْ كَلاَماً بَعْدَهَا ، فَدَعْنِي ، فَإِذَا أَحْدَثْتُ كَلاَماً ، فَلَقِّنِّي حَتَّى تَكُوْنَ آخِرَ كَلاَمِي
Maksudnya: “Kamu bukan melakukan sesuatu yang baik, aku bimbang kamu akan menyakitkan/menyukarkan seorang muslim yang lain selepas daripadaku. Jika kamu talkinkan aku, dan aku telah menyebut lailahaillallah kemudian aku tidak memperkatakan perkara lain selepasnya, maka tinggalkanlah aku, tetapi jika aku berkata sesuatu perkataan (yang lain), maka talkinkan aku semula sehingga kalimah tauhid itu menjadi ungkapan akhir yang aku ucapkan.”[21]
Sesuatu yang perlu diberi perhatian bahawasanya talkin kepada orang yang hampir mati adalah dengan kalimat tauhid لا إله إلا الله sahaja tidak perlu mengajarnya dengan محمد رسول الله dan tidak perlu juga mengajarkannya dua kalimah syahadah أشهد أن لا إله إلا الله, kerana yang disuruh oleh Nabi saw di dalam hadith baginda ialah mengajarkan لا إله إلا الله sahaja, seperti hadith yang telah disebut di atas.[22]
Demikian juga talkin adalah mengajar orang yang sedang nazak untuk mengucapkan kalimah tauhid, bukan sekadar menengarkan dia dengan kalimah tersebut.
2- Bacaan Yasin kepada orang yang nazak.
Terdapat beberapa hadith dalam persoalan ini, salah satunya:
اقْرَءُوا يس عَلَى مَوْتَاكُمْ
Maksudnya: “Bacakanlah Yasin ke atas orang yang hampir mati di kalangan kamu.”[23]
Para ulama berbeza pendapat tentang hadith yang menyuruh dibacakan surah Yasin kepada orang yang sedang Nazak. Hadith ini telah dilemahkan oleh sebahagian ulama, antara mereka al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Azkar, demikian juga Ibn Hajar di dalam kitabnya al-Talkhis (2/104) dan berkata:
أعله ابن القطان بالاضطراب وبالوقف وبجهالة حال روايه أبي عثمان وأبيه . ونقل ابن العربي عن الدارقطني أنه حديث ضعيف الإسناد مجهول المتن ، ولا يصح في الباب حديث
Maksudnya: “Ibn al-Qattan menganggapnya ber‘illah’ dengan ‘al-Idhtirab’, mauquf dan rawinya Abu Uthman dan bapanya adalah majhul. Ibn al-‘Arabiy pula menukilkan daripada al-Daraqutniy, hadith itu adalah hadith yang lemah sanadnya dan majhul matannya, tidak ada satu hadithpun yang sahih dalam bab ini.”
Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata :
قراءة (يس) عند المحتضر سنة عند كثير من العلماء، لقوله صلى الله عليه وسلم : (اقرأوا على موتاكم يس)، لكن هذا الحديث تكلم فيه بعضهم وضعفه، فعند من صححه تكون قراءة هذه السورة سنة، وعند من ضعفه لا تكون سنة، والله أعلم
Maksudnya: “Bacaan Yasin kepada orang yang hampir mati adalah sunnah di sisi kebanyakan ulama berdasarkan hadith Nabi S.A.W. (bermaksud): “Bacakanlah ke atas orang-oarng yang hampir mati dengan surah Yasin.” Akan tetapi hadith ini telah dilemahkan oleh sebahagian ulama. Maka bagi ulama yang mensahihkan hadith ini, jadilah bacaan surah Yasin kepada orang yang hampir mati adalah sunnah dan bagi ulama yang melemahkannya ia bukan merupakan suatu sunnah, Wallahu a’lam.”[24]
Dikesempatan lain beliau menyebut:
( اقرأوا على موتاكم يس ) هذا الحديث ضعيف، فيه شيء من الضعف، ومحل القراءة إذا صح الحديث عند الموت إذا أخذه النزع، فإنه يقرأ عليه سورة يس، قال أهل العلم: وفيها فائدة وهو تسهيل خروج الروح، لأن فيها قوله تعالى: (قِيلَ ٱدْخُلِ ٱلْجَنَّةَ قَالَ يٰلَيْتَ قَوْمِى يَعْلَمُونَ * بِمَا غَفَرَ لِى رَبِّى وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلْمُكْرَمِينَ) فيقرأها عند المحتضر هذا إن صح الحديث، وأما قراءتها على القبر فلا أصل له
Maksudnya: "(Hadith) "Bacalah Yasin kepada orang yang hampir mati di kalangan kamu): hadith ini adalah hadith lemah, padanya ada kelemahan. Tempat bacaan (surah Yasin) jika sahih hadith tersebut ialah untuk orang yang sedang nazak, dibacakan untuknya surah Yasin. Sebahagian ulama berkata: Padanya (surah Yasin) ada faedah, iaitu memudahkan ruh keluar, kerana di dalam surah Yasin Allah berfirman (maksudnya): "Dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga, lalu dia berkata alangkah baik kaum aku mengetahuinya, dengan pengampunan tuhanku kepadaku dan Dia menjadikan aku dari kalangan orang-orang dimuliakan." Maka surah Yasin dibaca kepada orang yang sakit hampir mati, jika sahih hadith ini. Adapun baca (surah Yasin) di kuburan maka tidak ada asal baginya."[25]
Bagi al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz pula ia berpandangan:
قراءة سورة (يس) عند الاحتضار جاءت في حديث معقل بن يسار أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( اقرأوا على موتاكم يس ) صححه جماعة وظنوا أن إسناده جيد ، وأنه من رواية أبي عثمان النهدي عن معقل بن يسار ، وضعفه آخرون ، وقالوا : إن الراوي له ليس هو أبا عثمان النهدي ولكنه شخص آخر مجهول . فالحديث المعروف فيه أنه ضعيف لجهالة أبي عثمان ، فلا يستحب قراءتها على الموتى . والذي استحبها ظن أن الحديث صحيح فاستحبها ، لكن قراءة القرآن عند المريض أمر طيب ، ولعل الله ينفعه بذلك ، أما تخصيص سورة (يس) فالأصل أن الحديث ضعيف فتخصيصها ليس له وجه
Maksudnya: “Bacaan surah Yasin kepada orang yang sedang nazak disebut di dalam hadith daripada Mu’aqqal bin Yasar, yang Nabi S.A.W. bersabda: Bacalah ke atas orang yang hampir mati dengan surah Yasin. Hadith ini telah disahihkan oleh sekumpulan ulama, kerana mereka menyangka sanadnya bagus, sanadnya dari riwayat Abi Uthman al-Nahdiy daripada Muaqqal bin Yasar. Sedang sebahagian ulama lain melemahkan hadith ini dan mengatakan: periwayat hadith ini sebenarnya bukan Abi Uthman al-Nahdiy , akan tetapi orang lain yang tidak dikenali. Oleh itu hadith ini diketahui (di sisi sebahagian ulama) sebagai hadith lemah, disebabkan tidak diketahui siapakah Abi Uthman, oleh itu tidak digalakkan membaca surah Yasin kepada orang yang hampir mati. Ulama yang menggalakkan menyangka hadith ini sahih, lalu mereka menggalakkannya. Akan tetapi membaca mana-mana ayat al-Quran kepada orang yang sedang sakit adalah satu perkara yang baik, mudah-mudahan Allah memberi kebaikan kepadanya dengan bacaan tersebut. Adapun mengkhususkan surah Yasin, asalnya dibina dari hadith yang lemah, dan tidak ada jalan untuk mengkhususkannya.”[26]
Namun terdapat athar dari sahabat Nabi saw yang meminta dibacakan surah Yasin kepadanya ketika hampir mati. Imam Ahmad (4/105/16521) meriwayatkan daripada Sofwan katanya:
حَدَّثَنِي الْمَشْيَخَةُ أَنَّهُمْ حَضَرُوا غُضَيْفَ بْنَ الْحَارِثِ الثُّمَالِيَّ حِينَ اشْتَدَّ سَوْقُهُ ، فَقَالَ : هَلْ مِنْكُمْ أَحَدٌ يَقْرَأُ يس ؟ قَالَ : فَقَرَأَهَا صَالِحُ بْنُ شُرَيْحٍ السَّكُونِيُّ ، فَلَمَّا بَلَغَ أَرْبَعِينَ مِنْهَا قُبِضَ . قَالَ : فَكَانَ الْمَشْيَخَةُ يَقُولُونَ : إِذَا قُرِئَتْ عِنْدَ الْمَيِّتِ خُفِّفَ عَنْهُ بِهَا . قَالَ صَفْوَانُ : وَقَرَأَهَا عِيسَى بْنُ الْمُعْتَمِرِ عِنْدَ ابْنِ مَعْبَدٍ
Maksudnya: “Menceritakan kepadaku guru-guruku bahawasanya mereka menziarahi Ghudaif bin al-Haarith al-Thumali (seorang sahabat Nabi S.A.W.) ketika hamir meninggal dunia, dia berkata :
"Adakah dari kalangan kamu seseorang untuk membaca surah Yasin? Maka Soleh bin Syuraih al-Sakuni membacanya, ketikamana sampai hingga ayat yang ke 40, beliau meninggal dunia. Dia (Sofwan) berkata: guru-guruku memberitahu : "Jika dibacakan (surah Yasin) di sisi mayat, diringankan (sakaratul maut) ke atasnya. Berkata Sofwan lagi: dan Isa bin al-Mu'tamir membaca surah Yasin kepada Ibn Ma'bad (ketika sakitnya)."
Tentang hadith ini, Al-Hafidz Ibn Hajar di dalam al-Isobah (5/324) berkata: “Isnad hadith ini hasan”[27]. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah juga memilih pendapat ini, di dalam al-Ikhtiyaraat (hal. 91) beliau berkata :
والْقِرَاءَةُ عَلى الْمَيِّتِ بَعْدَ مَوْتِهِ بِدْعَةٌ، بِخِلَافِ الْقِرَاءَةِ عَلى الْمُحْتَضَرِ، فَإنَّهَا تُسْتَحَبُّ بِيَاسِيْن
Maksudnya: "Adapun membaca (Yasin) selepas kematian adalah bid'ah, berbeza dengan membaca (Yasin) kepada orang yang hampir mati, kerana sesungguhnya ia digalakkan dengan Yasin."
Oleh kerana itu, sebahagian ulama berpendapat sunat membaca surah Yasin ini kepada orang yang hampir mati kerana ia mengandungi al-Tauhid, al-Mi'aad (janji) dan khabar gembira dengan syurga bagi sesiapa yang mati dalam tauhid. Iaitulah pada ayat (maksudnya):
قِيلَ ٱدْخُلِ ٱلْجَنَّةَ قَالَ يٰلَيْتَ قَوْمِى يَعْلَمُونَ، بِمَا غَفَرَ لِى رَبِّى وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلْمُكْرَمِينَ
Maksudnya: "Dikatakan kepadanya, masuklah kepada syurga, lalu dia berkata: Mudah-mudahan kaumku mengetahui, dengan pengampunan terhadapku oleh tuhanku, dan Dia menjadikan aku di kalangan orang-orang yang dimuliakan"[28]
Maka ruh mendapat khabar gembira dengan ayat ini, dan ia memudahkan keluarnya dari jasad.
Namun perlu diberi perhatian, bagi sesiapa yang hendak membaca surah Yasih kepada orang yang hampir mati, maka hendaklah dia meraikan adab-adab di bawah:
i. Bacaan Yasin itu tidak mengganggu Talkin Syahadah. Kerana mentalkinkan orang yang hampir mati lebih utama dari membaca surah Yasin atau apa-apa surah kepadanya.
ii. Tidak dilakukan berjamaah. Ini kerana bacaan secara berjemaah kebiasaannya akan mengeluarkan suara yang hiruk-pikuk, ditambah dengan sebahagiannya tidak boleh membaca dengan betul. Keadaan ini sudah tentu akan menganggu orang yang sedang berhadapan dengan sakaratul maut. Selain itu hadith daripada Sofwan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad menunjukkan yang membaca surah Yasin kepada Ghudaif bin al-Harith al-Thumaliy adalah seorang sahaja iaitulah Soleh bin Syuraih al-Sakuuni.
Maksudnya : “Menceritakan kepadaku guru-guruku, bahawasanya mereka telah menziarahi Ghudaif bin al-Harith al-Thumali (seorang sahabat) ketika bersangatan nazaknya. Lalu dia berkata : “Apakah di kalangan kamu ada seseorang yang boleh bacakan surah Yasin ? Katanya : Maka Soleh bin Syuraih al-Sakuuni membacanya, apabila sampai 40 ayat, dia meningga dunia. Katanya : adalah guru-guruku berkata : Jika dibacakan (surah Yasin) di sisi mayat, diringankan kepadanya. Sofwan berkata : Isa bin al-Mu’tamir juga membaca surah Yasin kepada Ibn Ma’bad.”
iii. Hendaklah dibaca dengan Tartil, dan menjaga hukum hakam tajwid. Ini kerana membaca al-Quran beserta dengan tajwid adalah fardu atau wajib. Sesiapa yang membaca al-Quran tanpa meraikan hukum-hakam tajwid akan terdedah kepada kesalahan yang akan merosakkan maksud dan isi kandungan al-Quran. Maka bagaimana hendak diharapkan kebaikan dari bacaan yang salah dan tidak beroleh pahala di sisi Allah S.W.T.
Amalan Sunnah Sebaik Sahaja Kematian
Antara perkara yang diajarkan kepada kita oleh Nabi S.A.W. terhadap saudara kita yang baru meninggal dunia ialah:
1- Menututp mata mayat dan mendoakannya. Berdasarkan hadith dari Ummu Salamah katanya:
دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرُهُ فَأَغْمَضَهُ ثُمَّ قَالَ إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ فَضَجَّ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ فَقَالَ لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ ثُمَّ قَالَ
Maksudnya: "Rasulullah S.A.W. masuk kepada Abu Salamah yang telah meninggal dunia, dan kedua matanya terbuka, lalu baginda memejamkan kedua mata Abu Salamah sambil berkata: "Sesungguhnya ruh apabila diambil, diikuti dengan mata.” Lalu ahli keluarganya riuh memperkatakannya, baginda bersabda: “Jangan kamu semua memperkatakan kecuali kebaikan, kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu semua katakana,” Kamudian baginda membaca (doa):
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ
Maksudnya: “Ya Allah ampunlah Abu Salamah, tinggikanlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk, dan jadilah penggantinya ke atas keluarga yang ditinggalkannya, ampunkanlah kami dan dia wahai tuhan sekelian alam. Dan lapangkanlah kuburnya serta berilah cahaya kepadanya ketika di dalam kubur."[29]
2- Membuat ikatan dari bawah dagu ke kepala bertujuan menutupkan mulat yang terbuka. Ibn Qudamah berkata:
ويستحب شدُّ لحييه بعصابة عريضة يربطها من فوق رأسه؛ لأن الميت إذا كان مفتوح العينين والفم فلم يغمض حتى يبرد، بقي مفتوحاً فيقبح منظره، ولا يؤمن دخول الهوام فيه، والماء في وقت غسله
Maksudnya: “Digalakkan menahan dua rahangnya dengan ikatan memanjang dari atas kepala. Ini kerana mayat jika dibiarkan terbuka dua mata dan mulutnya tanpa ditutup sehingga ia menjadi sejuk, dia akan terus berada dalam keadaan terbuka dan ini akan memburukkan keadaannya. Keadaan ini juga membolehkan ia dimasuki serangga, dan dimasuki air ketika memandikannya.”[30]
3- Melembutkan sendi-sendi anggota mayat dengan cara melipat-lipatkan siku dan bahu tangan, lutut dan peha kaki. Ini bertujuan agar ia tidak terus keras dan akan menyukarkan proses menanggalkan pakaiannya dan memandikannya. Namun jika mayat telah menjadi sejuk dan anggotanya menjadi keras, tidak perlu melakukan proses ini kerana dibimbangi akan mematahkan anggota mayat.
4- Menyelimuti mayat. Menyelimut keseluruh badannya, berdasarkan hadith ‘A-isyah R.A. katanya:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ تُوُفِّيَ سُجِّيَ بِبُرْدٍ حِبَرَةٍ
Maksudnya: “Bahawa Rasulullah S.A.W. ketika wafat baginda ditutup dengan selimut Hibarah (sejenas kain buatan Yaman)”[31]
Ini bagi mayat yang bukan dalam keadaan Muhrim (orang yang berihram Haji atau Umrah). Jika mayat dalam keadaan muhrim, tidak ditutup kepala dan wajahnya berdasarkan hadith Ibn ‘Abbas R.A.:
Maksudnya : “Ketikamana seorang lelaki wukuf di ‘Arafah, kemudian dia terjatuh dari tunggangannya, lalu patah lehernya. Lalu Nabi saw bersabda:
اغْسِلُوهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوهُ فِي ثَوْبَيْنِ وَلَا تُحَنِّطُوهُ وَلَا تُخَمِّرُوا رَأْسَهُ فَإِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مُلَبِّيًا
Maksudnya: “Mandikan dia dengan air dan daun Bidara, dan kafankan dia dengan dua pakaian ihramnya, jangan kamu semua wangikan dia, dan jangan tutup kepalanya, kerana Allah akan bangunkannya pada hari kiamat dalam keadaan bertalbiah (berihram).”[32]
5- Meletakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut jenazah untuk menghalangnya dari membuncit, terutama bagi jenazah yang tidak dapat disegerakan pengurusannya disebabkan ada keperluan yang dibenarkan oleh Syara’. Ibn Qudamah berkata:
ويُجعل على بطنه شيء من الحديد كمرآة أو غيرها؛ لئلا ينتفخ بطنه...
Maksudnya: “Dan diadakan (diletak) di atas perut jenazah itu sesuatu besi seperti cermin (cermin daripada besi) atau seumpamanya, agar perutnya tidak membuncit / membengkak.”[33]
Perkara ini terdapat dari athar sebagian sahabat Nabi S.A.W. seperti Anas bin Malik R.A. al-Imam al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra daripada ‘Abdullah bin Adam katanya: “Maula Anas bin Malik meninggal dunia ketika telah tenggelamnya matahari. Lalu Anas bin Malik berkata:
ضعوا على بطنه حديدة
Maksudnya: “Letakkanlah di atas perutnya sesuatu besi.”
Dan diriwayatkan daripada al-Sya’biy, dimana beliau pernah ditanya tentang pedang yang diletakkan di atas perut jenazah. Lalu beliau menjawab:
إنما يوضع ذلك مخافة أن ينتفخ
Maksudnya: “Hanyasanya diletakkan seperti itu kerana bimbang perutnya membuncit/membengkak.”[34]
Ibn Abi Syaibah pula meriwayatkan daripada ‘Amir al-Sya’biy (عامر الشعبي) katanya:
كان يستحب أن يوضع السيف على بطن الميت
Maksudnya: “Digalakkan untuk diletakkan pedang di atas perut mayat.”[35]
Al-Syeikh Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani di dalam risalah beliau Ahkam al-Janaiz fi Dhau al-Kitab wa al-Sunnah berkata:
ولكن إذا أُسرع بالجنازة في تجهيزها، أو وُضعت في ثلاجة وأُمِنَ من انتفاخ البطن فلا داعي لذلك
Maksudnya: “Akan tetapi jika disegerakan pengurusan jenazah itu, atau diletakkan jenazah itu di dalam peti ais (untuk mayat) dan perutnya tidak akan kembung, maka tidak perlu untuk meletakkan sesuatu di atas perutnya.”[36]
6- Meletakkan mayat di atas katil atau sesuatu dalam keadaan direndahkan bahagian kakinya[37]. Al-Imam al-Baihaqi R.H. berkata daripada Abdullah bin ‘Abbas R.A. katanya:
لمَاَّ فُرغَ مِنْ جِهَازِ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الثُلَاثَاء وُضِعَ عَلى سَرِيْرِهِ فِيْ بَيْتِهِ صلى الله عليه وسلم
Maksudnya: “Apabila selesai dari persediaan jenazah Rasulullah S.A.W. pada hari selasa, baginda diletakkan di atas katil di rumah baginda S.A.W.”[38]
7- Menyegerakan pengurusan pengkebumian apabila telah nyata kematian. Ini berdasarkan hadith daripada Abu Hurairah R.A., Nabi S.A.W. bersabda:
أَسْرِعُوا بِالْجِنَازَةِ فَإِنْ تَكُ صَالِحَةً فَخَيْرٌ تُقَدِّمُونَهَا وَإِنْ يَكُ سِوَى ذَلِكَ فَشَرٌّ تَضَعُونَهُ عَنْ رِقَابِكُمْ
Maksudnya: "Segerakanlah pengurusan Jenazah, kerana sekiranya ia jenazah yang baik, ia berupa kebaikan yang kamu semua segerakan kepadanya, jika jenazah itu sebaliknya, ia berupa keburukan yang dilepas oleh kamu semua."[39]
Juga hadih daripada Sa’id al-Khudriy R.A, Nabi S.A.W. bersabda:
إذَا وُضِعَتِ الْجَنَازَةُ فَاحْتَمَلَهَا الرِّجَالُ عَلَى أعْنَاقِهِمْ، فَإنْ كَانَتْ صَالِحَةً قَالَتْ: قَدِّمُوْنِيْ قَدِّمُوْنِيْ، وَإنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَة قَالَتْ:يَا وَيْلَهَا أيْنَ تَذْهَبُوْنَ بِهَا؟ يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ إلَّا الْإْنْسَان، وَلَوْ سَمِعَهَا الْإنْسَانُ لَصَعِقَ
Maksudnya: “Apabila janazah diangkat dan dibawah oleh pembawanya, jika jenazah itu baik, ia akan berkata: Segerakanlah aku, segerakanlah aku. Jika ia jenazah yang tidak baik, dia akan berkata: alangkah binasanya, kemana kamu semua hendak membawa aku? Suaranya itu didengari oleh setiap makhluk melainkan manusia, sekiranya manusia mendengari teriakannya, pasti mereka akan jatuh pengsan.”[40]
Hukum menyegerakan pengurusan jenazah ini adalah sunat. Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini di dalam Fath al-Bari menukilkan pandangan Ibn Qudamah yang mengatakan arahan Nabi S.A.W. menyegerakan pengurusan jenazah adalah arahan yang membawa kepada hukum sunat dan bukannya wajib, hukum sunat ini telah disepakati oleh kesemua para ulama, melainkan pandangan syaz (ganjil) Ibn Hazm yang mengatakan ia wajib.
Dibenarkan menangguhkan pengebumian jenazah selama-mana ada maslahah dan tidak menimbulkan keburukan yang lain. Sepertimana para sahabat menangguhkan pengebumian jenazah Nabi S.A.W. disebabkan ada maslahah yang tidak dapat dielak.
8- Mengetahui kelebihan dan pahala bagi orang yang menguruskan pemandian jenazah, merahsiakan aib jenazah dan mengikhlaskan niat melakukannya kerana Allah S.W.T. Abu Rafi’ R.A. berkata, Nabi S.A.W. bersabda:
مَنْ غَسَلَ مُسْلِماً فَكَتَمَ عَلَيْهِ، غَفَرَ اللهُ لَهُ أرْبَعِيْنَ مَرَّةً، وَمَنْ حَفَرَ لَهُ فَأَجَنَّهُ أُجْرِيَ عَلَيْهِ كَأَجْرِ مَسْكَنٍ أَسْكَنَهُ إيَّاهُ إلى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ كَفَّنَهُ كَسَاهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ سُنْدُسٍ وَإسْتَبْرَقِ الْجَنَّةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang memandikan (jenazah) seorang muslim dan merahsiakan keaiban yang dilihatnya, Allah mengampunkannya sebanyak empat puluh kali, dan sesiapa yang menggalikan kubur (untuk jenazah seorang muslim) kemudian mengebumikannya, diberikan pahala kepadanya seperti dia membuatkan rumah dan diberikan kepada (jenazah tersebut) sehingga ke hari kiamat. Sesiapa yang mengkafankan (jenazah seorang muslim), Allah akan memakaikan ia dengan pakaian sutera yang halus dan tebal dari syurga.”[41]
Hadith ini menunjukkan kelebihan yang amat besar untuk mereka yang ikhlas menguruskan pengurusan jenazah saudara semuslim. Mereka antara orang yang akan diberikan pakaian diakhirat pada saat semua orang bertelanjang menantikan saat pembalasan daripada Allah S.W.T.
Al-Imam Ibn Qudamah ketika mengulas tentang merahsiakan keaiban mayat berkata:
وإن رأى حسَناً مثل: أمارات الخير:من وضاءة الوجه، والتبسم، ونحو ذلك استحب إظهاره؛ ليكثر الترحُّم عليه، ويحصل الحث على مثل طريقته والتشبه بجميل سيرته...
Maksudnya: “Jika ia melihat sesuatu yang baik (pada jenazah) seperti tanda-tanda baik, muka yang bercahaya, wajah yang dalam keadaan senyum dan seumpamanya, disunatkan dia menceritakannya agar memperbanyakkan orang memohon rahmat untuknya, dan agar adanya galakan untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh jenazah (ketika hidupnya)…”[42]
9- menyedari akan kemuliaan jenazah muslim. Kedudukannya adalah sama seperti ketika hidupnya. Daripada ‘Aisyah R.H. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda:
إنَّ كَسْرَ عَظْمِ الْمُؤْمِنِ مَيِّتاً مِثْلُ كَسْرِهِ حَيّاً
Maksudnya: “Sesungguhnya mematahkan tulang mayat seorang mukmin, sama seperti mematahkannya ketika hidupnya.”[43]
10- Dibenarkan mencium mayat, berdasarkan hadith daripada ‘A-isyah R.A.:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ عُثْمَانَ بْنَ مَظْعُونٍ وَهُوَ مَيِّتٌ وَهُوَ يَبْكِي
Maksudnya: “Rasulullah saw mencium Uthman bun Maz’uun yang telah meninggal dunia, dan baginda menangis.”[44]
Demikian juga Abu Bakar R.A. mencium jenazah Nabi S.A.W. ketika baginda wafat seperti hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari R.H. daripada ‘Aisyah dan Ibn ‘Abbas R.A.:
أَنَّ أَبَا بَكْرٍ قَبَّلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ مَوْتِهِ
Maksudnya: “Bahawa Abu Bakar mencium Nabi S.A.W. selepas ketika baginda wafat.”
11- Bersabar dan dibenarkan menangis yang tidak dalam bentuk meratap. Kerana Nabi saw menangis dengan kematian anak baginda Ibrahim. Lalu Abdul Rahman bin Auf bertanya kepada Rasulullah S.A.W. apabila melihat baginda menangis:
وَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ
Maksudnya: “Dan engkau (menangis) wahai rasulullah?”
Sabda Nabi S.A.W.:
يَا ابْنَ عَوْفٍ إِنَّهَا رَحْمَةٌ ثُمَّ أَتْبَعَهَا بِأُخْرَى
Maksudnya: “Wahai Ibn ‘Auf, sesungguhnya ia adalah rahmah (kasih sayang) yang kemudiannya akan diikuti dengan yang lainnya” Baginda menyambung :
إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ
Maksudnya: "Sesungguhnya mata mengalirkan air mata, dan hati bersedih. Dan kita tidak mengatakan melainkan apa-apa yang diredai oleh tuhan kita sahaja, dan kami dengan pemergian engkau wahai Ibrahim benar-benar bersedih hati."[45]
12- Dikebumikan mayatnya di bandar dia meninggal dunia. Jangan memindahkannya ke tempat lain. Kerana perbuatan memindahkannya ke tempat lain menyalahi arahan Nabi saw untuk menyegerakan pengkebumian mayat berdasarkan hadith riwayat Abu Hurairah dan hadith Jabir Bin Abdillah : (maksudnya)
"Setelah berlaku peperangan Uhud, semua yang syahid diangkat untuk ditanam di Baqi', tiba-tiba seorang menyeru bagi pihak Rasulullah saw, bahawasanya baginda menyuruh kamu semua mengebumikan orang yang terbunuh syahid ditempat mereka terbunuh (Uhud), selepas Ibuku telah membawa jenazah Bapa dan bapa saudaraku untuk dikebumikan di Baqi', kemudian diperintahkan untuk dikembalikan." Dalam riwayat lain: "Kamipun mengembalikan dua mayat itu untuk dikembalikan ke Uhud." (Tirmizi mengatakan riwayat ini Hasan dan sahih)
Al-Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar berkata: (Maksudnya) “Jika dia telah mewasiatkan untuk dipindahkan (mayatnya) ke tempat lain, jangan laksanakan Wasiatnya. Jika dipindahkan juga ianya adalah haram berdasarkan mazhab yang benar dan terpilih yang telah disebut oleh ramai ulama dan yang telah dijelaskan oleh ramai para pentahkik.”
13- Warisnya segera menunaikan hutangnya dari hartanya, walau terpaksa menggunakan kesemuanya. Jika ada yang ingin membantu membayarnya tidak mengapa.
نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ, حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
Maksdunya : “Diri seorang mukmin itu bergantung dengan hutangnya, hingga diselesaikan darinya.”[46] (Ibn Majah dan al-Tirmizi dan beliau berkata hadith ini Hasan)
14- Harus memberitahu kematian, dengan syarat tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.
15- Bagi yang mendengar berita kematian, hendaklah mendoakan orang yang ditimba musibah. Dan harus mengucapkan al-Istirja' (الاسترجاع) iaitu:
إنَّا للهِ وَ إنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن
Sunat menyambung: اللَّهُمَّ أْجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاْخْلُفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا berdasarkan hadith Ummu Salamah di dalam sahih Muslim.
[1] Al-Ikhtiayarat, hal. 85
[2] Fardhu Kifayah adalah suatu yang apabila telah dilakukan oleh sebahagian umat Islam, maka gugurlah kewajipan ke atas sebahagian yang lain. Sila lihat al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, hal. 36.
[3] H.R. Imam Muslim, bil. 2162
[4] H.R. al-Bukhari, bil. 5373
[5] H.R. Muslim, bil 2568
[6] H.R. al-Tirmizi, bil 969. Al-Albani mensahihkan hadith ini di dalam Sahih al-Tirmizi.
[7] H.R. Imam Ahmad. Al-Albani mensahihkan hadith ini di dalam al-Silsilah al-Sahihah, bil. 2504
[8] H.R. al-Tirmizi, bil. 2008 dan Ibn Majah. Al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih al-Tirmizi
[9] Al-Sindiy ketika mensyarahkan hadith ini berkata: “Di dalam al-Zawaid sanadnya sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim, dan mereka berdua telah berhujjah dengan kesemua perawi hadith ini.”
[10] Abu al-Qasim adalah salah satu gelaran kepada Nabi S.A.W.
[11] Sila lihat Hasyiah Ibn Qasim (3/12)
[12] Silal ihat Hasiah Ibn Qasim (3/12), al-Syarh al-Mumti’ (5/174)
[13] Zaad al-Ma’ad (1/497)
[14] H.R. al-Tirmizi, bil 969. Al-Albani mensahihkan hadith ini di dalam Sahih al-Tirmizi.
[15] H.R. al-Bukhari
[16] H.R. al-Bukhari (5659) dan Muslim (1628). Ditukar nama berdasarkan nama pesakit
[17] H.R. al-Bukhari
[18] Al-Albani mensahihkan hadith ini di dalam Sahih Abi Daud
[19] H.R. Muslim, bil 916
[20] H.R. Ahmad (21529) dan Abu Daud (3116). Dihasankan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil, hal. 687
[21] Siyar al-A’lam al-Nubala, 8/418
[22] Sila lihat al-Syarh al-Mumti’ (5/177)
[23] H.R. Ahmad (19789), Abu Daud (3121)
[24] Fatwa Ibn Uthaimin 17/27
[25] Ibid. 17/74
[26] Fatwa Ibn Baz 13/93
[27] Lihat juga al-Majmu’ (5/105), Syarh Muntaha al-Iradat (1/341), Hasyiah Ibn ‘Abidin (2/191)
[28] Surah Yasin: 26 - 27
[29] H.R. Muslim
[30] Al-Mughniy 3/336
[31] H.R. al-Bukhari dan Muslim.
[32] H.R. Muslim
[33] Lihat al-Syarh al-Kabir ‘ala al-Muqni’ 3/366
[34] Al-Sunan al-Kubra, oleh al-Baihaqi 3/385. Namun Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata tentang athar ini:” فيه نظر Padanya ada masaalah”, sila lihat al-Syarh al-Mumti’ 5/327
[35] Al-Musannaf 3/241
[36] Risalah Ahkam al-Janaiz fi Dhau al-Kitab al-Sunnah. Hal: 221
[37] Lihat al-Mughniy, 3/368
[38] Al-Sunan al-Kubra. 3/385
[39] H.R. al-Bukhari dan Muslim
[40] H.R. al-Bukhari
[41] H.R. al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra 3/395. Al-Hakim 1/354, dan beliau berkata: “Sahih berdasarkan syarat Muslim,” dan pentashihannya disepakati oleh al-Zahabi. Al-Albani pula berkata di dalam al-Janaiz, hal 69: “ هو كما قالا (Hadith itu) seperti yang dinyatakan oleh al-Hakim dan al-Zahabi.”
[42] Al-Mughniy, 3/371
[43] H.R. Ahmad
[44] H.R. Ahmad, Ibn Majah dan al-Tirmizi, beliau berkata: Hadith riawayat ‘Aisyah ini adalah hadith Hasan Sahih
[45] H.R. al-Bukhari dan Muslim
[46] H.R. Ibn Majah dan al-Tirmizi dan beliau berkata: Hadith ini Hasan
0 comments:
Post a Comment