Thursday, March 3, 2011

Apakah Ada Perbezaan Antara Taubat dan Istighfar

Soalan:

Apakah Ada Perbezaan Antara Taubat dan Istighfar?

Jawapan:

Ya, terdapat perbezaan antara taubat dan Istighfar, dimana taubat berhubungkait dengan perkara yang lalu, sekarang dan akan datang. Kebanyakan ulama menyebutnya sebagai syarat-syarat taubat. Iaitulah seseorang yang bertaubat perlulah menyesal terhadap kesalahan yang pernah dilakukannya dahulu, perlulah segera bebas dari dosa tersebut atau meninggalkannya serta-merta dan perlu berazam tidak mengulanginya pada masa akan datang.

Adapun Istighfar membawa maksud permohonan ampun atau permohonan maaf. Asal maksudnya iaitulah seseorang yang ditutup (kesalahannya) dan tidak dizahirkan, dilindungi dari kesan kejahatan dosa dan tidak dikenakan balasan. Oleh itu keampunan Allah (Maghfirah Allah) kepada hambaNya merangkumi dua perkara. Pertama: Allah menutup kesalahan hambanya. Kedua: Allah melindungi hambanya yang beristighfar dari kesan buruk dosa yang dilakukannya dan dia tidak dikenakan hukuman.

Oleh itu, istighfar belum merangkumi taubat, manakala taubat merangkumi istighfar.

Wallahu a’lam.

1 comments:

jiwa kacau said...

assalamualaikum ustaz,

sy ada pertanyaan.sy telah mlakukn kslpn tbesar dlm hdup sy yg tak mungkin dpat sy undur kmbali..

sy ad bknalan ng seorg llki..hmpir sthun n kmi hmpir bkhwin..dia mdakwa driny mngalami shir mkhluq halus y mnyerang d orgn2 dlmn n kmaluanny..bisa i2 perlu dkluarkn lalu mminta sy u mbantuny..akbt kjhiln dr sndri, sy tlah mberikn byk gmbr sy tnpa seurt bnang kpdny..stlah dia smbuh, dia tlah bsumpah ats nm Allah y dia tlah memadam sume gmbr tsbut..hal ini tlah dkthui ahli kuargany nmun mrk x bkta ap2 mngnainy...nmun, apbla kmi tlah ptus 2nang ats khndak sy sndri,kuargany mngamuk n mngugut utk mmcahkan rhsia ini kpd ibubapa sy..smp skang mrk msh mggu sy..n bru sy tau y dia xpnah mmadam gmbr2 tsbut..mrk tau y sy xkn hdp bhgia jk rhsia ini pcah..sy tkut jk hal ini pcah n kmgknan bsar ibubpa sy akn mbuang sy n smstiny mrk mdpt malu bsr..sy ign bkwen xlm lg n sy bmbg jk phak llki mbatalkn pkwenn ini..prlukh sy btrus trg kpd ahli kuarga sy n phak llki? krn stau sy,stlh btaubt,kt xptut buka aib sndr..sy bnr2 btaubt n ign mmulakn hdp bru n mlupakn sgla ksh silam..dia mngatakn y sy xjjur pd ibubp sy n bkal suami sy..ap y ptut sy lkukn ustaz?