Saya ingin bertanya ustaz beberapa soalan.
1. Saya telah meletakkan batu nisan dari batu sungai untuk kubur suami. Bahagian bawah batu sungai tersebut disimen sedikit supaya ia dapat diletakkan dengan baik. Galang dapur pula saya gunakan kayu cengal. Kayu tersebut dilapik dengan simen supaya ia tidak tertanam ke dalam tanah agar ia lebih tahan. Adakah semua tindakan saya itu dibolehkan?
2. Adakah arwah suami saya dapat mengetahui perkembangan saya dan anak-anak setelah meninggal dunia?
3. Apakah amalan yang patut dibuat semasa melawat kubur suami?
Saya minta maaf jika soalan saya ini remeh. Saya berharap ustaz sudi menjawabnya jika lapang. Sekian, terima kasih.
Jawapan:
1. Saya tak faham apa yang dimaksudkan dengan Galang Dapur dan apa pula rupanya. Jadi jawapan saya secaara umum adalah seperti berikut:
- Harus meletakkan sesuatu sebagai tanda utk mengenali si mayat seperti batu. Ini thabit di dalam hadith yang diriwayatkan drpd Kathir bin Zaid al-Madaniy daripada al-Mutallib katanya:

عن كثير بن زيد المدني عن المطلب قال : لما مات عثمان بن مظعون أخرج بجنازته فدُفن ؛ أَمَر النبي صلى الله عليه وسلم رجلا أن يأتيه بحجَرٍ فلم يستطع حملَه ، فقام إليها رسول الله صلى الله عليه وسلم وحسر عن ذراعيه – قال كثير : قال المطلب : قال الذي يخبرني ذلك عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : - كأني أنظر إلى بياض ذراعي رسول الله صلى الله عليه وسلم حين حسر عنهما ثم حملها فوضعها عند رأسه ، وقال : أَتَعَلَّمُ بها قبر أخي ، وأدفن إليه من مات من أهلي
Maksudnya: "Ketikamana meninggalnya Uthman bin Maz'uun (عثمان بن مظعون), dan setelah dia dikebumikan, Nabi S.A.W. mengarahkan seorang lelaki untuk mengambil seketul batu, akan tetapi lelaki itu tidak mampu mengangkat batu tersebut, lalu Rasulullah S.A.W. bangun sambil menyinsing lengan baju baginda - berkata Kathir, al-Mutallib memberitahu: "Orang yang menceritakan kepada aku memberitahu dari Nabi S.A.W. katanya: "Aku melihat putih dua lengan Rasulullah S.A.W. ketika baginda menyinsing lengan baju baginda, kemudian mengangkat batu tersebut dan meletakkannya di bahagian kepada (kubur), kemudian baginda bersabda: "Aku menjadikan ia sebagai tanda saudara (sesusu) ku, dan aku akan mengebumikan berhampirannya sesiapa di kalangan keluargaku." (HR Abu Daud, al-Hafidz Ibn Hajar mengHASANkan sanad hadith ini di dalam "al-Talkhis al-Habir 2/133)
Berdasarkan hadith ini, Ibn Qudamah berkata:
ولا بأس بتعليم القبر بحجر أو خشبة ، قال أحمد : لا بأس أن يعلِّم الرجل القبرَ علامةً يعرفه بها ، وقد علَّم النبي صلى الله عليه وسلم قبرَ عثمان بن مظعون .
"Tidak mengapa menjadikan tanda kubur dengan batu ataupun kayu, telah berkata Imam Ahmad: '"Tidak mengapa seorang menjadikan tanda kepada sesuatu kubur dengan satu tanda yang dia boleh kenal kubur itu dengan tanda tersebut, sesungguhnya Nabi S.A.W. telah menandakan kubur Uthman bin Maz'uun (dengan batu)" (al-Mughniy 2/191)
2. Terdapat fatwa daripada al-Syeikh Abdul Rahman al-Barrak di dalam laman islam-qa.com yang ada menyebut:
"...Dan demikian juga dengan mayat, ia tidak mengetahui sesuatupun daripada hal-ehwal keluarganya, kerana dia telah tiada dari mereka, dan dia samaada menerima nikmat atau azab (di alam lain iaitu alam kubur). Akan tetapi (tidak mustahil) kadang-kadang Allah memperlihatkan kepada orang-orang yang telah mati sebahagian daripada hal-ehwal keluarganya, akan tetapi tanpa penentuan (bergantung kepada sesiapa dan bila yang dikehendaki oleh Allah)..."
3. i- Memberi salam kepada ahli kubur dari kalangan orang-orang yang beriman:
"السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أهْلَ الدِّيَارِ مِنَ اْلمُؤْمِنِيْنَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، وَإنَّا إنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لَاحِقُوْنَ، أسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ اْلعَافِيَة"
Maksudnya lebih kurang: "Salam sejahtera ke atas kamu semua penghuni kubur dari kalangan orang-orang yang beriman dan muslim, kami insyaallah akan menuruti kalian, saya memohon kepada Allah keafiatan untuk kami dan kalian semua." (HR Muslim)
ii- Tidak duduk di atas kubur berdasarkan larangan yang ada di dalam hadith, antaranya hadith riwayat Muslim.
iii- Sunat untuk membuka kasut ketika memasuki kawasan tanah perkuburan.
iv- Boleh berdiri bersebelahan kubur dan menghadap kepadanya sambil berdoa untuknya.
v- Membersihkan kawasan kubur.
wallahu a'lam.
0 comments:
Post a Comment