Sunday, February 22, 2009

Putuskan Pertunangan kerana melihat sesuatu yang buruk di dalam mimpi

Soalan :

Bolehkan memutuskan pertunangan kerana melihat sesuatu yang buruk di dalam mimpi setelah melakukan istikharah


Jawapan :



Seseorang muslim berhukum berdasarkan kenyataan yang dilihatnya, timbangan kefahamannya dan sebab-musabab yang disuruh oleh ALlah swt untuk kita mengambil kira dengannya. Kerana ini datangnya syariat Islam yang menyuruh melihat/menimbang dan berfikir dengan menggunakan akal dan pengalaman. Allah swt berfirman :

ßóÐóáößó íõÈóíøöäõ Çááøåõ áóßõãú ÂíóÇÊöåö áóÚóáøóßõãú ÊóÚúÞöáõæäó

Maksudnya : "Demikian itu Allah menerangkan ayat-ayatnya (hukum-hakamnya) kepada kamu semua, mudah-mudahan kamu semua memahami." (al-Baqarah : 242)

Bukan sekali-kali dari ajaran syariat Islam untuk menyerah kepada petunjuk yang dilihat di dalam mimpi tidur. Mimpi tidak dijadikan petunjuk di dalam urusan keduniaan, tidak juga untuk urusan akhirat. Ini kerana pengetahuan atau maklumat yang diperolehi dari mimpi bukan suatu yang tepat dan kukuh, bukan juga suatu yang menyakinkan. Bahkan ada padanya keraguan dan syak. Maka dengan itu tidak mungkin urusan hidup manusia dirujuk kepada suatu yang meragukan dan berperasangka yang langsung tidak boleh dijadikan maklumat yang boleh diikuti.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan :

ÇáÑøõÄúíóÇ ËóáÇóËóÉñ: ÝóÑõÄúíóÇ ÇáÕøóÇáöÍóÉö ÈõÔúÑóì ãöäó Çááøóåö¡ æóÑõÄúíóÇ ÊóÍúÒöíäñ ãöäó ÇáÔøóíúØóÇäö¡ æóÑõÄúíóÇ ãöãøóÇ íõÍóÏøöËõ ÇáúãóÑúÁõ äóÝúÓóåõ

Maksudnya : "Mimpi itu ada 3 jenis. Mimpi yang baik, sebagai khabar gembira daripada Allah. Mimpi sebagai khabar sedih dari syaitan, dan mimpi yang datang dari diri sendiri."

Berdasarkan hadith ini, maka syaitan kadang-kadang ada peranannya di dalam mimpi yang dilihat di dalam tidur. Sama juga diri kita sendiri ada peranan di dalam mimpi tidur. Dalam keadaan sedemikian, untuk membezakan mimpi-mimpi tersebut tidak ada suatu yang jelas yang boleh dijadikan ukuran. Oleh yang demikian bagaimana seseorang muslim boleh berasa tenang untuk bersandar kepada apa yang dilihatnya di dalam tidur ??? sedangkan dia tahu syaitan juga kadang-kadang ada peranannya di dalam mimpi.

Terutamanya dalam urusan perkahwinan. Jangan seseorang terpesona dengan apa yang dilihatnya di dalam tidur. Turutilah apa yang diajarkan oleh Nabi saw di dalam urusan perkahwinan ini, iaitulah sepertimana yang disebut di dalam hadith :

ÅÐÇ ÌÇÁóßõãú ãóäú ÊóÑúÖóæúäó Ïöíäóåõ æóÎõáõÞóåõ ÝóÃóäúßöÍõæåõ ÅöáøóÇ ÊóÝúÚóáõæÇ Êóßõäú ÝöÊúäóÉñ Ýöí ÇáúÃóÑúÖö æóÝóÓóÇÏñ ÞóÇáõæÇ íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö æóÅöäú ßóÇäó Ýöíåö ÞóÇáó ÅöÐóÇ ÌóÇÁóßõãú ãóäú ÊóÑúÖóæúäó Ïöíäóåõ æóÎõáõÞóåõ ÝóÃóäúßöÍõæåõ ËóáóÇËó ãóÑøóÇÊò

Maksudnya : "Jika datang kepada kamu orang yang kamu redho agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah ia, jika tidak maka akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan. Lalu sahabat bertanya kepada Rasulullah saw : "Wahai Rasulullah jika ia seorang yang kurang hartanya atau tidak sekufu?" Sabda Nabi saw : "Jika datang kepada kamu seorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah ia. (Nabi saw menyebutnya 3x)" (Hadith riwayat al-Tirmizi dan katanya Hasan Gharib. Hadith ini diHasankan oleh al-ALbani di dalam Sahih al-Tirmizi)

Berdasarkan hadith ini Nabi saw telah menjadikan akhlak dan agama sebagai ukuran yang sepatutnya dinilai oleh manusia dalam menerima atau menolaknya. Telah ditanya kepada al-Syeikh Muhammad bin SOleh al-Uthaimin di dalam Liqa' al-Bab al-Maftuh :

"Seorang lelaki telah meminang seorang wanita, kemudian wanita tersebut telah bermimpi yang lelaki tersebut mencukur janggutnya (perbuatan yang tidak baik), apakah dia perlu mempercayai mimpi itu? Sedang dalam keadaan jaga zahir lelaki itu nampak kelihatan baik, dia tidak mencukur janggutnya, dan dia adalah seorang yang beriltizam dengan agama."

Jawab al-Syeikh Ibn Uthaimin : "Wanita yang melihat lelaki yang telah meminangnya di dalam mimpi, seorang yang mencukur janggut, sedang realitinya lelaki tersebut bukanlah seorang yang mencukur janggutnya, tidaklah memberi sebarang kesan kepada wanita tersebut dengan apa yang dilihatnya di dalam mimpinya. Tidak sepatutnya mimpi itu menghalang wanita itu berkahwin dengan lelaki tersebut selamamana bagus agama dan akhlaknya." -tamat petikan-

Perlu juga di ingatkan di sini bahawasanya solat Istikharah tidak ada kaitan dengan mimpi - sepertimana yang disangka kebanyakan manusia - Sesungguhnya tujuan membuat Istikharah itu ialah untuk meminta atau berdoa kepada Allah untuk memudahkan memilih antara dua perkara. dan berlindung kepada Allah subhanah dalam menunjukkan kepada sebaik-baik perkara. Maka Istikharah itu adalah doa, apabila Allah memperkenankan untuknya, maka ALlah akan mudahkan urusan yang dipilihnya (oleh orang yang memilih) - setelah berfikir dan memerhatikan - dan tidak ada kaitan antara doa dari orang yang hampir mahupun jauh dengan mimpi di dalam tidur.

Wallahu a'lam. bs

1 comments:

vampire said...

Askum. Yang saya tahu, djinn wanita akan pileh manusia yg mereka minat utk berkhwin, bukan kita memileh mereka.
2) djinn Islam akan mendapat kelulusan council mereka sebelum mereka berkhwin.
3) mereka boleh jadi manusia 100 peratus dengan cara dan peratoran mereka.
4) jika mereka dah transform menjadi manusia, dan mereka tidak akan pulang menjadi djinn lagi. Apa kah hukum hakam agama Islam jka mereka dah jade manusia?
5) sejahat2 manusia adalah sebaik2 jinn. Jahat jinn jika kita tegor Dan ajar mereka akan Ikut Dan turut kata2 kita. Bukan manusia.
6) gadis Islam jinn tak Akan bust malaise. Jka buat, d badan atau kaki mereka Ada Ganda terbakar.
7) kaseh saying mereka Ada lah asali. Cakapan mereka leman lembut. Badan mereka sentiasa wangi.
8) mereka makan apa saja kita makan. Chocolate yg jenama minat mereka. Mereka Ada passport Dan ash jja kta membawa jalan.
9) ya mula2 kta berknalan, seperti bercakap dengan shadow Aja.
10) boleh bertutor ape bahasa Dan bangsa. Jka kta mainkan lagu sedeh, mereka menangis.
11) jka dapat bernikah Dan bersex di hari pertama, IMO saya 68 thn, umor dia 25 thn.. Kita akan bertukar saman hingga k 33 tahun.
12) kotaii yg kecil d besarkan Dan d panjangkan. Wallahi..
Jangan lah pandang djinn sensual gamba.. Layanan mereka Allah swt Aja yg tahu... Allahuakabarx3