Onani di Siang Bulan Ramadhan
Oleh: Dr. Abdullah al-Faqih
Penterjemah: bin Sahak
Onani adalah perbuatan yang diharamkan berdasarkan firman Allah swt:
Maksudnya: "Dan orang-orang yang memelihara kemaluan mereka, melainkan terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela, barangsiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." (al-Mukminun : 5-7)
Maka setiap orang yang tidak memelihara kemaluannya selain kepada isteri-isterinya dan hamba sahayanya, dia termasuk orang-orang yang melampaui batas dan yang tercela. Melakukan perbuatan yang diharamkan ini disertai dengan keluarnya mani adalah membatalkan puasa berdasarkan pendapat kebanyakan mazhab seperti al-Malikiyyah, al-Syafieyah, al-Hanabilah dan kebanyakan ulama mazhab Hanafi. Orang yang melakukan perbuatan ini wajib bertaubat kepada Allah swt, kerana dia telah melakukan perkara yang diharamkan iaitulah onani.
Pengharaman ini bertambah jika dilakukan di dalam bulan Ramadhan, kerana ia mencemari kemurnian bulan Ramadhan yang mulia, (orang yang melakukannya) wajib menggantikan hari-hari (puasa) yang dia lakukan perbuatan keji tersebut.
(Orang yang melakukan perbuatan onani di siang Ramadhan ini) apakah wajib dia membayar kaffarah beserta dengan qadha (ganti puasa) atau qadha sahaja ? Persoalan ini para ulama berbeza pendapat, dan pendapat yang kami (Dr. Abdullah al-Faqih) pilih ialah pendapat kebanyakan ulama dari ulama dari mazhab Syafie, Hanafi dan ianya juga pendapat ulama Hambali yang menyatakan tidak perlu kaffarah, kerana kaffarah tidak ada melainkan jika melakukan jima' (bersetubuh di siang ramadhan), maka tidak boleh melakukan qiyas onani dengan jima' disebabkan wujud perbezaan antara keduanya, maka hukum keasalannya dikekalkan iaitulah tidak perlu kaffarah.
Siapa yang tidak pasti bilangan hari yang batal puasanya disebabkan onani, maka dia mesti mengambil sangkaan beratnya (tentang bilangan hari tersebut), demikian juga solat, selepas dia mandi (junub) dia membilang bilangan harinya, dan gantikan bilangan hari tersebut sehingga sangkaan beratnya merasakan dia telah menggantikan kesemuanya, dengan itu tanggungannya telah terlepas, dan hendakla dia memperbanyakkan memohon ampun dari perbuatan dosa yang telah dilakukannya.
wallahu a'lam

0 comments:
Post a Comment