Monday, August 18, 2008

Hadith Potongan Pokok Tamar Menangis

Soalan


Assalamu'alaikum warahmatullah Ustaz bin sahak. Mintak Ustaz dapat terangkan cerita tentang pokok yang menangis kerana dia tidak digunakan lagi oleh Nabi saw untuk berkhutbah. Benarkan cerita ini ?

Jawapan :

Cerita yang saudara maksudkan terdapat di dalam sebuah hadith yang sahih seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab sahihnya. Ia merupakan antara hadith yang menceritakan tentang mukjizat Nabi saw. Hadith tersebut ialah:

Maksudnya : Jabir bin Abdillah r.a. berkata : "Adalah diperingkan awal masjid Nabi saw dibuat daripada potongan-potongan tamar yang dibuat tiang. Adalah Nabi saw apabila berkhutbah baginda berdiri di atas salah satu potongan tamar yang ada. Apabila dibuat mimbar, Nabi saw berdiri di atas mimbar (tidak lagi berdiri di atas potongan pohon tamar tersebut). Lalu kami mendengar dari potongan pohon tamar tadi suara teriakan seperti suara unta betina yang hampir beranak. Lalu Nabi saw datang kepadanya dan meletakkan tangan baginda di atasnya, lalu iapun senyap."

Di dalam riwayat daripada Abdul Wahid bin Aiman dinyatakan : "Maka potongan pokok tamar itu teriak seperti teriakan budak kecil"

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam islam-online menyatakan riwayat ini adalah riwayat yang mutawatir. Iaitu satu riwayat yang datang dari jalan yang banyak yang memustahilkan untuk berlakunya pembohongan. al-'Allamah Taaj al-Dien al-Subki berkata:
"Hadith tentang Hanin al-Jaz'ie (حنين الجذع) adalah mutawatir, kerana ia datang dari sekumpulan sahabat, yang hampir dua puluh orang yang menceritakannya. Ianya dari jalan sahih yang banyak yang menatijahkan kepastian berlakunya." Demikianlah juga berkataan al-Qadhi 'Iyadh di dalam al-Syifaa': "Sesungguhnya riwayat ini mutawatir."

wallahu a'lam

1 comments:

Unknown said...

INGIN PETIK DAN MAKAN BUAH KURMA SEGAR DARI POKOK...???
INGIN MENGAMALKAN SUNNAH NABI...???
JOM TANAM POKOK KURMA DI KEBUN ATAU DI LAMAN RUMAH ANDA...!!!
80% POKOK YANG DITANAM DARIPADA BIJI KURMA TIDAK AKAN
BERBUAH DAN JIKA BERBUAH ITU PUN SETELAH LEBIH 10 TAHUN DITANAM...!!!
TETAPI DENGAN ANAK POKOK KURMA KLON YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
PERTANIAN DARI CHIANG MAI (THAILAND) INI 80% POKOK AKAN
MENGHASILKAN BUAH PADA TAHUN KE 3 SEHINGGA KE 100 TAHUN...!!!
TEL/WHATSAPP: 013 2071229 ATAU 012 7606921