Friday, May 23, 2008

Hikmah Mencium Hajar al-Aswad


Nabi S.A.W. menjelaskan di dalam hadith baginda:


إنَّمَا جُعِلَ الطَّوَافُ بِاْلبَيْتِ وَبَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَة وَرَمْيُ الْجِمَار لِإقَامَةِ ذِكْرِ الله


Maksudnya: "Sesungguhnya dijadikan (ibadat) tawaf kaabah, sa'ie antara safa dan marwa, melontar jamrah adalah untuk melaksanakan zikr Allah (mengingati Allah)."

Setiap orang bertawaf mengelilingi kaabah hendaklah ada di dalam hatinya perasaan membesarkan dan mengagungkan Allah S.W.T. dan melakukan sesuatu yang dapat menginagtkannya kepada Allah S.W.T. Maka sayugianya setiap pergerakan, perjalanan, kucupan dan Istilam kepada hajar aswad, rukun al-Yamani atau isyarat kepada hajar al-Aswad mengingatkannya kepada Allah kerana semua perbuatan itu merupakan ibadat kepadaNYA.

Semua ibadah adalah termasuk di dalam mengingati Allah (zikr Allah) dengan maksud yang umum. Maka mencium Hajar Aswad, dimana seseorang mencium seketul batu yang tidak ada sebarang kaitan dengannya melainkan melakukan ibadat kepada Allah S.W.T. dan mengikut perbuatan Nabi S.A.W. yang melakukan perkara tersebut. Perkara ini terkandung di dalam perkataan Amir al-Mukminin 'Umar Ibn al-Khattab R.A. yang diucapkannya ketika mencium hajar aswad:


إنِّيْ أعْلَمُ أنَّكَ حَجَرٌ لَا تََضُرُّ وَلَا تَنْفَع ، وَلَوْلَا أنِّيْ رَأيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمْ يَقبَلُكَ مَا قَبَّلْتُكَ


Maksudnya: "Sesungguhnya aku mengetahui, bahawasanya engkau (hajar aswad), tidak dapat memberi mudharat dan tidak dapat memberi manfaat, kalaulah aku tidak melihat Rasulullah S.A.W. telah menciummu, aku tidak akan menciummu."

Ketahuilah, apa yang disangka sebahagian golongan jahil yang kononnya mencium hajar aswad itu adalah untuk mengambil berkat tidak ada sama sekali asasnya. Sangkaan itu adalah batil.... bs

Ringkasan dari Fatwa al-'Aqidah al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin

0 comments: