Ahli sejarah tidak mendapati adanya seseorang yang menyambut hari maulid Nabi saw sebelum (kerajaan) al-Fatimiyyin di Mesir yang menyambutnya dengan sambutan yang besar, mereka banyak membuat manisan dan mengedarkannya seperti yang dinyatakan oleh Abu al-‘Abbas al-Qalqasyandi (أبو العباس القلقشندي) di dalam bukunya Subhu al-A’sya (صبح الأعشى).
Al-Fatimiyyun juga menyambut beberapa hari maulid (kelahiran) Aali al-Bait, dan mereka juga menyambut hari kelahiran al-Masih (seperti penganut kristian) seperti yang dinyatakan oleh al-Maqriziy. Kemudian sambutan maulid Nabi tersebut terhenti pada tahun 488 H, demikian juga dengan maulid-maulid yang lain, kerana khalifah al-Musta’li billah melantik menteri al-Afdhal Syahinsyah bin Amir al-Juyush Badr al-Jamaliy. Beliau adalah seorang lelaki yang kuat, dan dia tidak menentang Ahl al-Sunnah sepertimana yang disebut oleh Ibn al-Athir di dalam kitabnya al-Kamil (Jzk 8, ms 302), keadaan ini berterusan sehingga naiknya al-Makmun al-Bato-ihiy (المأمون البطائحي).
Ketika daulah al-Ayubiyyah semua kesan-kesan dari daulah al-Fatimiyyah dihapuskan, akan tetapi majlis-majlis maulid Nabi tetap diteruskan oleh beberapa keluarga, dan dia menjadi rasmi pada awal kurun ke-7 di Bandar Arbel (إربل), dibawah pemimpinnya Muzaffar al-Din Abi Said Kuukubuuriy (كُوكُبُوري) bin Zainuddin ‘Ali bin Tabaktakin (تبكتكين), beliau adalah seorang yang bermazhab ahli sunnah yang berminat dengan hari maulid, lalu beliau membina satu kubah bermula awal bulan Safar dan menghiasinya dengan perhiasan yang tercantik, diadakan juga nyanyian dan tarian. Beliau juga memberi cuti kepada orang ramai sebagai keluasan kepada mereka sempena sambutan ini. Kubah yang dibinanya itu adalah kubah kayu yang ditegakkan dari istananya hingga ke pintu al-Khaniqah (الخانقاه), dia (Muzaffaruddin) akan turun dari istananya keluar ke kubah tersebut setiap hari selepas solat Asar, untuk mendengar nyanyian dan menonton apa yang ada disitu. Beliau merayakan maulid ini setahun dalam bulan ke-8, dan setahun dalam bulan 12. Dua hari sebelum perayaan tersebut beliau mengeluarkan unta, lembu dan kambing, mereka berarak dengan gendang untuk disembelih di kawasan lapang dan dimasak oleh orang ramai. Ibn al-Hajj Abu ‘Abdullah al-‘Abdariy (ابن الحاج أبو عبد الله العبدري) berkata: “Sesungguhnya sambutan maulid tersebar di Mesir pada zamannya (Muzafaruddin) dan dia burukkannya dengan perkara-perkara bid’ah.” (al-Madkhal 2/11-12)
Kitab-kitab tentang maulid Nabi saw telah ditulis dengan banyak pada kurun ke-7, seperti Qissah Ibn Dihyah yang meninggal dunia di Mesir pada tahun 633 H, Mahyuddin bin al-‘Arabiy yang meninggal dunia di Damsyik tahun 638 H, (طغربك) yang meninggal dunia di Mesir pada tahun 670 H, Ahmad al-‘Azli bersama anaknya Muhammad yang meninggal dunia pada tahun 677 H.
Disebabkan tersebarnya bid’ah dalam perayaan maulid, para ulama telah mengingkari perayaan tersebut sehingga mereka (para ulama) mengingkari sambutan maulid itu sendiri. Antara para ulama yang mengingkari perayaan maulid ini ialah al-Faqih al-Malikiy Taj al-Din Umar bin ‘Aliy al-Lukhmiy al-Iskandariy yang lebih dikenali sebagai al-Fakihaniy (الفاكهاني), meninggal dunia tahun pada 731 H, beliau telah menulis sebagai mengingkari perayaan maulid di dalam risalahnya yang bertajuk “al-Maurid fi al-Kalam ‘Ala al-Maulid”, dan al-Suyuthi telah menyertakan perkataannya di dalam kitabnya “Husn al-Maqsad (حسن المقصد)”. Kemudian al-Syeikh Muhammad al-Fadhil bin ‘Asyur (محمد الفاضل بن عاشور) berkata: “Datang kurun ke-9, dimana manusia terbahagi kepada yang mengharuskan dan melarang (sambutan maulid), al-Suyuthi dan Ibn Hajar al-‘Asqalani menganggapnya sebagai baik. Manakala Ibn Hajar al-Haitamiy mengangkarinya jika disertakan dengan perkara-perkara bid’ah. Pandangan mereka bersandarkan kepada firman Allah swt:

{ وذكِّرهم بأيام الله }
Maksudnya: “Dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah.” (Ibrahim: 5)
Al-Nasa-ie dan Abdullah bin Ahmad di dalam Zawa-id al-Musnad, demikian juga al-Baihaqiy di dalam Syu’b al-Iman daripada Ubai bin Ka’ab daripada Nabi saw yang mana baginda telah menafsirkan “hari-hari (Allah)” dengan nikmat-nikmat dan pemberian-pemberian Allah (بنعم الله وآلائه). (Ruh al-Ma’aniy oleh al-Aalusiy (الآلوسي), maka kelahiran nabi saw adalah satu nikmat yang besar kepada manusia. (Sumber:islamonline.net)

0 comments:
Post a Comment