Thursday, March 13, 2008

hukum onani ketika haji

Soalan:

Assalamualaikum, saya adalah pelajar di salah sebuah universiti di luar negara. saya ingin bertanyakan masalah haji. kita sedia maklum bahawa ketika menunaikan haji, kita dilarang bersetubuh. Tapi bagaimana pula sekiranya seseorang lelaki melakukan onani/melancap dgn tangannya, adakah dia dikenakan sebarang dam/hukuman? apakah dam/denda/hukuman sekiranya : 1) dia melakukan perbuatan tersebut sblm tahallul awwal 2) dia melakukan perbuatan tersebut slps tahallul awwal dan sebelum tahallul thani

Jawapan:

Melakukan maksiat ketika haji mengurangkan pahala haji. Para ulama mengatakan, yang dikatakan sebagai haji mabrur itu ialah haji yang tidak dicampuradukkan dengan perbuatan dosa, ini berdasarkan hadith Nabi saw:

مَنْ حَجَّ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan haji, dan dia tidak berkata kotor dan tidak melakukan maksiat, dia kembali seperti dia dilahirkan oleh ibunya.” (HR al-Bukhrari dan Muslim)

Kesalahan melakukan maksiat akan menjadi bertambah besar jika dilakukan di tempat atau pada masa yang dimuliakan. Orang yang melakukan onani ketika menunaikan haji, hendaklah dia bertaubat kepada Allah swt dan berisighfar kepadaNya, menyesal dengan penyesalan yang benar terhadap perbuatannya tersebut, berazam tidak mengulanginya dan memperbanyakkan amalan kebaikan, berdoa supaya Allah meneriman taubatnya.

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata: “Maksiat secara mutlak mengurangkan pahala haji berdasarkan firman Allah swt:

فمن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلا رَفَثَ وَلا فُسُوقَ وَلا جِدَالَ فِي الْحَجِّ 197.
(
Oleh yang demikian) sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) Ibadat Haji, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan Ibadat Haji.” (al-Baqarah: 197)

Bahkan sebahagian ulama berpendapat: Sesungguhnya maksiat yang dilakukan ketika haji, merosakkan ibadat haji tersebut, kerana ia (perkara maksiat tersebut) dilarang melakukannya ketika haji, akan tetapi kebanyakan ulama berdasarkan kaedah mereka yang ma'ruf (menyebut): Perkara yang haram jika bukan khusus kepada sesuatu ibadah, sesungguhnya ia (maksiat atau perkara haram tersebut) tidak membatalkannya (tidak membatalkan ibadah tersebut), maka perkara maksiat tidaklah khusus (diharamkan) ketika ihram sahaja, sebaliknya perkara maksiat itu diharamkan ketika ihram dan diluar ihram. Inilah pandangan yang benar, maka maksiat ini tidak membatalkan haji akan tetapi mengurangkan (pahala) haji.” (Fatawa Arkan al-Islam: 59)

Walahu a’lam.

0 comments: