Wednesday, March 19, 2008

Dr. Abdullah bin Umar al-Damijiy: Golongan Yang Memulakan Majlis Maulid

Oleh: Dr. Abdullah bin Umar al-Damijiy (Uni. Umm al-Qura)

Yang mula-mula sekali mereka-reka rekaan sambutan Maulid al-Nabawi ialah al-‘Ubaidiyyuh (العبيديون) dari keturunan ‘Ubaid al-Qaddah (بنو عبيد القداح) yang digelar sebagai al-Fatimiyyun,[1] pada awal kurun ke-4 Hijrah. Perkara ini dinyatakan oleh al-Maqriziy di dalam al-Khattat (1/490) dan Abu al-‘Abbas al-Qalqasyandi di dalam Subhu al-A’sya fi Syina’ah al-Insya’ (3/498-499) dan dari kalangan ulama kemudian yang menyatakan perkara yang sama ialah mufti Mesir al-‘Allamah Muhammad Bakhit al-Muti’iy (العلامة محمد بخيت المطيعي) demikian juga al-Syeikh ‘Ali Mahfuz dan al-Sayyid ‘Aliy Fikriy dan selain mereka dari kalangan ulama Islam.

Terdapat 6 sambutan maulid yang direka cipta oleh al-Fatimiyyin ini, Maulid Nabi saw, Maulid ‘Ali bin Abi Tolib, Maulid Fatimah binti Rasulullah, Maulid dua orang cucu Nabi saw al-Hasan dan al-Husain, dan Maulid al-Khalifah al-Hadir. Semua maulid-maulid ini adalah hasil pengaruh Tasyayyu’ (pengaruh Syiah).

Kemudian perayaan ini telah dihapuskan oleh al-Afdhal bin Amir al-Juyush (الأفضل بن أمير الجيوش), kemudian dihidupkan semula ketika khilafah al-Hakim bi Amrillah pada tahun 524 H, setelah umat islam hampir melupakannya. Mula-mula yang menzahirkannya ialah di Arbel, oleh al-Muzaffar Abu Sa’ied pada kurun ke-7, kemudian perayaan ini berterusan hingga ke hari ini di kebanyakan tempat. (http://www.islamtoday.net)

-------------------------------------------
[1] Mereka ialah Syiah Rafidhah dari penganut mazhab al-Isma’iliy al-‘Ubaidiy. Pengasas mazhab ini ialah Abdullah bin Maimun bin Di’aan al-Qaddah

0 comments: