Sesungguhnya persoalan memelihara lidah adalah satu persoalan besar yang sering diabaikan oleh kebanyakan orang. Ramai yang boleh memelihara diri dari terjebak ke lembah arak dan zina umpamanya. Namun amat kurang yang berjaya memelihara lidah dengan baik. Ramai yang berasa gerun untuk melakukan dosa dan maksiat yang lain, namun amat kurang orang yang berasa gerun apabila dia tidak memelihara lidahnya.
Sedarkah kita, lidah yang tidak dipelihara dengan baik boleh menjadi sebab kita dimurkai oleh Allah swt, dan dengan lidah itu juga kita boleh memperoleh redha daripadaNya. Oleh yang demikian, memelihara lidah mesti dijadikan antara perkara utama yang perlu diberi perhatian. Entah betapa banyak perkelahian, pertelingkahan dan suasana yang porak peranda di dalam masyarakat berpunca daripada lidah yang tidak dipelihara. Kerana itu di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam kitabnya al-Muwatto’ Nabi saw bersabda:
Sedarkah kita, lidah yang tidak dipelihara dengan baik boleh menjadi sebab kita dimurkai oleh Allah swt, dan dengan lidah itu juga kita boleh memperoleh redha daripadaNya. Oleh yang demikian, memelihara lidah mesti dijadikan antara perkara utama yang perlu diberi perhatian. Entah betapa banyak perkelahian, pertelingkahan dan suasana yang porak peranda di dalam masyarakat berpunca daripada lidah yang tidak dipelihara. Kerana itu di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam kitabnya al-Muwatto’ Nabi saw bersabda:
إن الرجل ليتكلم بالكلمة من رضوان الله تعالى، ما يظن أن تبلغ ما بلغت يكتب الله عز وجل له من رضوانه إلى يوم يلقاه، وإن الرجل ليتكلم بالكلمة من سخط الله تعالى ما يظن أن تبلغ ما بلغت، يكتب الله تعالى عليه بها سخطه إلى يوم يلقاه
Maksudnya: “Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Alah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.”[1]
Demikian betapa pentingnya memelihara lidah. Namun begitu ramai di kalangan kita yang mengabaikannya. Ramai di kalangan kita yang tidak jemu mengingatkan anak-anaknya dengan keburukan mencuri dan seumpamanya, perasankah kita, bahawasanya kita masih di peringkat tidak bersungguh mengingatkan anak-anak kita untuk memelihara lidah. Barangkali hakikat ini boleh dijadikan petanda aras yang kita masih belum cukup bagus memelihara lidah kita sendiri, kerana bagaimana mungkin seekor itik boleh mengajar anaknya berjalan betul? Kita memohon kepada Allah swt untuk menjadikan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang menjaga lidah mereka.
Berjanji Tetapi Tidak Melaksanakannya
Salah satu musibah yang sering menimpa lidah kebanyakan orang apabila dia mengatakan sesuatu sedang dia tidak melaksanakannya. Perkara ini sering berlaku terutamanya di dalam kempen-kempen pilihanraya. Tambahan pula pada tempoh ini, iaitu selepas berlansungnya hari penamaan calon pada 24 febuari yang lalu, semua parti dan calon yang bertanding akan berkempen untuk memperoleh sokongan ramai.
Terkadang di dalam kempen pilihanraya, ramai yang sengaja menabur janji itu dan ini sedangkan dia tidak melaksanakannya। Apatah lagi sememangnya dia tahu yang dia tidak dapat melaksanakannya tetapi ditaburkan juga janji untuk mengaburi mata orang ramai. Di dalam al-Quran Allah swt berfirman:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya ” (al-Saff : 2-3)
Al-Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini berkata: “(Ayat ini berupa) pengingkaran terhadap sesiapa yang melakukan sesuatu janji atau mengucapkan sesuatu tetapi tidak menunaikannya.”[2] Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim pula Nabi saw bersabda:
آيَة الْمُنَافِق ثَلَاث إِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا اُؤْتُمِنَ خَانَ
Maksudnya: “Tanda orang munafik itu ada tiga, apabila dia berjanji dia tidak melaksanakannya, apabila dia berkata dia berbohong, apabila dia diberi amanah dia khianat.”
Bahaya al-Ghibah Dan al-Namimah
Al-Ghibah (الغيبة) ialah: menyebut tentang seseorang apa yang tidak disukainya. Manakala al-Naminah (النميمة) pula ialah: memindahkan percakapan sebahagian orang tentang sebahagian orang yang lain dalam bentuk memberi keburukan.
Hukum kedua-dua jenayah lidah ini adalah haram dengan kesepakatan semua para ulama disebabkan banyak dan jelasnya dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadith yang mengharamkannya, antaranya:
Allah swt berfirman:
وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ
Maksudnya: “Dan jangan sebahagian kamu mengata sebahagian yang lain, sukakah salah seorang daripada kamu, memakan daging saudaranya yang sudah mati?, maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang।” (al-Hujuraat: 12)
Demikian buruknya perbuatan mengata dan mengumpat sehingga Allah swt mengumpamakannya dengan memakan daging saudara kita sendiri yang telah mati. Di dalam firmanNya yang lain, Allah swt menempelak pengumpat dan pencela dengan kecelakaan:
وَيْلٌ لِكُلّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
Maksudnya: “Dan kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela.” (al-Humazah:1)
Dari Abu Hurairah ra. Nabi saw bersabda:
"أتَدْرُونَ ما الغِيْبَةُ؟" قالوا: اللَّهُ ورسولُه أعلمُ، قال: "ذِكْرُكَ أخاكَ بِمَا يَكْرَهُ" قيل: أفرأيتَ إنْ كانَ في أخي ما أقولُ؟ قال: "إنْ كانَ فِيهِ ما تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ، وَإنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ ما تَقُولُ فَقَدْ بَهَتَّهُ"
Maksudnya: “Apakah kamu semua ketahui apa itu al-Ghibah?”: Para sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Kamu menyebut tentang saudara kamu apa yang dia tidak sukai.” Lalu ditanya kepada Nabi saw: “Bagaimana kalau apa yang disebut itu ada padanya?” Jawab baginda: “Kalau apa yang kamu sebut itu ada padanya, maka itulah kamu telah melakukan ghibah kepadanya, jika apa yang kamu sebut itu tidak ada padanya, maka kamu telah mendustainya.”[3]
Menjelang pilihanraya ke-12 ini, umat Islam perlu lebih memerhatikan lidah mereka, supaya mereka tidak terjebak dalam melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan di dalam agama seperti membuat janji kosong, mengata dan mengaibkan orang, mengadu domba, dan seumpamanya। Mudah-mudahan kita memperoleh rahmat dari Ilahi, insyaallah.
0 comments:
Post a Comment