Monday, July 20, 2015

Afdhal Melewatkan Puasa 6

Syarah Zaad al-Mustaqni’ oleh al-Syeikh Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti, Bab Saum al-Tatawwu’. Penterjemah: Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak http://bin-sahak.blogspot.com

------------------------

Perkara afdhal yang menenangkan hatiku ialah seseorang kekal bergembira dan berseronok pada hari-hari (awal) hari raya. Perkara ini telah thabit dalam hadis sahih dari Nabi SAW yang bersabda tentang hari-hari Mina (Hari-hari Tasyri):

أنها أيام أكل وشرب

Maksudnya: “Sesungguhnya hari-hari Mina (hari-hari Tasyriiq) itu adalah hari untuk makan dan minum.”
Demikian juga dalam hadis Abdullah bin Huzafah:

فلا تصوموها

Maksudnya: “Maka jangan kamu semua berpuasa pada hari-hari Mina.”  Apabila 3 hari Mina (hari-hari Tasriq) itu hampir dengan hari raya (Adha), maka dia mengambil hukum hari raya (Tidak boleh berpuasa). Maka sesungguhnya hari-hari (awal) Aidil al-Fitri juga tidak jauh, sebaliknya ia juga hampir. Kerana itu kamu akan dapati orang ramai berasa tidak selesa jika ada tetamu menziarahi mereka, apabila mereka menyediakan makanan, mereka suka tetamu itu menjamahnya, tetapi tiba-tiba tetamu itu menjawab: “Saya berpuasa.”

Sesungguhnya terdapat hadis dari Nabi SAW ketikamana seorang Ansar mempelawa baginda menjamah makanan yang disediakannya, baginda ketika itu bersama dengan beberapa orang sahabat, tiba-tiba salah seorang daripada mereka bangun dan mengasingkan diri seraya berkata: “Saya berpuasa (sunat).” Lalu Nabi SAW berabda:

أن أخاك قد تكلف لك، فأفطر وصم غيره

Maksudnya: “Sesungguhnya saudaraa kamu telah bersusah-payah untuk kamu, berbukalah dan gantikan puasa hari ini pada hari yang lain.”

Maka, ketikamana tetamu datang berziarah pada hari raya terutamanya pada hari raya kedua atau ketiga, maka seseorang akan berasa seronok dan selesa, jika dia dapati tetamuya menjamah makanan yang dihidang. Maka bersegera terus berpuasa pada hari keua atau ketiga (syawal) perlu dinilai semula. Yang afdhal dan yang lebih sempurna ialah, seseorang hendaklah menepati apa yang orang ramai rasa hendak dilakukan. Dimana kadangkala pada hari kedua dan ketiga (syawal) diadakan beberapa kenduri walimah, kadangkala pula tuan rumah yang membuat kenduri memiliki hak yang mesti ditunaikan seperti bapa saudara samada sebelah bapa atau ibu, kadangkala pula mereka ada tetamu, dan mereka suka seseorang menyertai dan menjamah hidangan berasma tetamu mereka. Maka situasi seperti ini yang termasuk dalam meraikan silaturrahim dan mendatangkan kegembiraan kepada ahli qarabah, tanpa diragukan lagi memiliki kelebihan yang lebih afdhal berbanding puasa sunat. Kaedah ada menyatakan:

أنه إذا تعارضت الفضيلتان المتساويتان وكانت إحداهما يمكن نداركها في وقت غير الوقت الذي تزاحم فيه الأخرى، أخرت التي يمكن تداركها.

Maksudnya: “bahawa apabla saling bertembung dua kelebihan yang saling menyamai, dimana salah-satunya boleh diperolehi pada waktu lain dari waktu yang bertembung itu, maka dilewatkan kelebihan yang boleh diperolehi pada waktu lain itu.”

Terutamanya apabila silaturrahim itu tanpa ragu lagi terdiri dari qurbah yang paling afdhal. Puasa 6 syawal pula telah diberikan keluasan oleh syara’ untuk melakukannya. Boleh dilakukan bila-bila dalam blan syawal selain pada 1 syawal.

Berdasarkan ini, maka tiada kewajaran seseorang mensia-siakan hubungan silaturrahim, dan dari memasukkan rasa gembira kepada ahli qarabah dan orang-orang yang menziarahinya pada hari raya. Maka lewatkanlah puasa sunat 6 syawal dari melakukannya pada hari-hari yang hampir dengan hari raya Ied al-Fitri. Ini kerana orag ramai memerlukan hari-hari tersebut untuk mendatangkan kegembiraan dan memuliakan tetamu. Tidak diragukan lagi bahawa meraikan hal ini, menjadikan seseorang itu memperolehi pahala yang kadang-kala lebih tinggi dari beberapa ketaatan yang lain tanpa tersembunyi lagi. - tamat terjemahan -

Wallahu a'lam, pandangan ini dapat dikuatkan antaranya dengan satu riwayat di dalam Musannaf 'Abdul Razzaq (Salah seorang guru al-Imam Ahmad bin Hambal): 


قال الإمام عبد الرزاق الصنعاني في «مصنفه»: «سألت معمرا عن صيام الست التي بعد يوم الفطر، وقالوا له: تصام بعد الفطر بيوم؟ فقال: معاذ الله إنما هي أيام عيد وأكل وشرب.. ». 
قال راوي المصنف: «وسألنا عبد الرزاق: عمن يصوم يوم الثاني؟ فكره ذلك، وأباه إباء شديدا»

Maksudnya: "Kata al-Imam 'Abd al-Razzaq al-San'ani di dalam Musannafnya: "Aku bertanya kepada Ma'mar tentang puasa 6 Syawal selepas hari raya fitri. mereka bertanya kepada beliau: "Apakah terus puasa 6 selepas sehari berhari raya fitri?" Beliah menjawab: "Ma'aza Allah, hari-hari itu (beberapa selepas 1 syawal) tidak lain adalah hari makan dan minum." Kata perawi al-Musannaf: "Kami bertanya kepada 'Abd al-Razzaq tentang orang yang berpuasa pada hari 2 syawal? dan beliau tidak menyukainya dan menafikannya dengan penafian yang berangatan."  

Di dalam Mukhtasar al-Fatawa al-Misriyyah li Ibn Taimiyyah oleh al-Ba'li dinyatakan: 

وكره بعضهم صوم الست من شوال عقب العيد مباشرة؛ لئلا يكون فطر يوم الثامن كأنه العيد، فينشأ عن ذلك أن يعده عوام الناس عيدا آخر».
Maksudnya: "Dan sebahagian mereka tidak menyukai puasa 6 syawal sebaik sahaja selepas hari raya fitri (1 syawal), agar tidak terjadi pada hari ke-8 syawal hari untuk makan seperti ia hari raya, sehingga menjadikan hari tersebut dianggap oleh orang awwam sebagai salah satu hari raya yang lain." 

Wallahu A'lam
  

0 comments: