REKAAN SEPATUTNYA BERLAKU DALAM URUSAN DUNIA
Al-Bid’ah seperti yang telah kami jelaskan: “(Iaitulah) Satu jalan yang direka-cipta di dalam agama…” Lantaran itu, Islam mahukan dari penganut dan pemeluknya berpada dalam urusan agama dengan apa yang ada (dari nas-nasnya), dan meningkatkan keupayaan reka-cipta mereka untuk melakukan ciptaan dalam perkara-perkara dunia. Inilah yang dilakukan oleh generasi al-Salaf, keredhaan Allah untuk mereka semua.
Generasi al-Salaf, mereka berpada dengan batas yang ada di dalam urusan agama… iaitulah berdasarkan yang ma’thur di dalam al-Sunan (hadith-hadith). Sebaliknya mereka memberikan tumpuan keupayaan dan kesungguhan mereka dalam mereka-cipta untuk memperbaiki urusan kehidupan.
Anda akan dapati di dalam sejarah ‘Umar bin al-Khattab Radhiallahu ‘anh, banyak perkara yang dinamakan sebagai Awwaliyyat al-‘Umar (Perkara-perkara yang dimulakan oleh ‘Umar). Beliaulah orang pertama yang mula menubuhkan beberapa jabatan, orang pertama yang mula membuka beberapa
Sehingga ada beberapa buku yang dinamakan sebagai al-Awa-il (Perkara-perkara awal) iaitulah perkara-perkara awal yang mula direka-cipta oleh generasi al-Salaf.
Jesteru, para sahabat melakukan reka-cipta dalam banyak perkara (dalam urusan keduniaan) untuk maslahah umat Islam.
Maksud membuat reka-cipta di sini ialah suatu yang tidak ada asal di dalam agama. Dan asal kalimah Bid’ah diambil dari بدع dan ابتدع yang bermaksud mereka-cipta sesuatu tanpa ada contoh terdahulu. Kerana itu al-Quran menyebut tentang sifat Allah Jalla Jalaluh sebagai:
ßìÏt/ ÅVºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur ( ÇÊÊÐÈ
Maksudnya: “Allah jualah Yang menciptakan langit dan bumi;” (al-Baqarah: 117)
Iaitulah Allah Subhanahu wa Taala yang mula menciptakan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumnya.[1]
Maka melakukan Bid’ah (الابتداع) iailah mereka-cipta apa yang bukan dilakukan oleh Rasul Sallallahu ‘alaihi wasallam, para Khulafa’ baginda al-Rasyidin al-Mahdiyyin yang kita disuruh untuk mengikut sunnah mereka.
No comments:
Post a Comment