Bid’ah Adalah Dalam Urusan Agama
Berdasarkan pengertian ini ia menunjukkan, bid’ah adalah dalam urusan agama. Iaitulah sebarang jalan dalam agama yang direka-cipta. Buktinya adalah hadith Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:
مَنْ أَحْدَثَ فِيْ دِيْنِنَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Maksudnya: “Sesiapa yang mereka-cipta dalam agama kami, apa yang bukan darinya, maka perkara itu tertolak.”[1]
Dalam sebahagian riwayat yang lain dinyatakan:
مَنْ أحْدَثَ فِيْ أمْرِناَ مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Maksudsudnya: “Sesiapa yang mereka-cipta dalam urusan kami (urusan agama kami) yang bukan darinya, maka perkara itu tertolak.”[2]
Tertolak dengan maksud, ia dikembalikan kepada pelakunya, seperti wang palsu dikembalikan kepada pemiliknya.
Hadith ini termasuk di dalam hadith-hadith asas agama Islam, termasuk dalam salah satu dari hadith empat puluh yang disusun oleh al-Nawawi.
إنَّمَا الأعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
Maksudnya: “Hanya sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niatnya.”[3]
Dan satu lagi hadith yang juga penting, kerana ia merupakan neraca pertimbangan amalan zahir, iaitulah hadith:
مَنْ أحْدَثَ فِيْ أمْرِناَ مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Maksudnya: “Sesiapa yang mereka-cipta dalam urusan kami (urusan agama kami) yang bukan darinya, maka perkara itu tertolak.”[4]
Jesteru bagi diterima sesuatu amalan, ia hendaklah memiliki dua syarat ini:
1. Dilakukan bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah (Ikhlas)
2. Bentuk perlaksanaannya hendaklah seperti yang dikehendaki oleh Syarak (menepati sunnah).
Oleh kerana itu, ketika ditanya kepada al-Imam al-Fudhail bin ‘Iyadh, seorang yang mahir Fiqh dan seorang yang zahid, beliau juga adalah seorang yang sangat zahid dari kalangan para ulama Fiqh yang awal, tentang apakah maksud:
xuKtã ß`|¡ômr&
“ yang lebih baik amalannya” - dalam firman Allah:
Ï%©!$# t,n=y{ |NöqyJø9$# no4quptø:$#ur öNä.uqè=ö7uÏ9 ö/ä3r& ß`|¡ômr& WxuKtã 4 ÇËÈ
Maksudnya: “Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan, untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalanya.” (al-Mulk: 2)
Beliau menjawab: “Yang lebih ikhlas dan yang lebih benar.”
Ditanya lagi kepadanya: “Wahai Abu Ali, apakah maksudnya yang lebih ikhlas dan yang lebih benar itu?”
Beliau menjawab:
إنَّ العَمَلَ إِذَا كَانَ خَالِصًا، وَلَمْ يَكُنْ صَوَابًا، لَمْ يُقْبَلْ، وَإِذَا كَانَ صَوَابًا، وَلَمْ يَكُنْ خَالِصًا، لَمْ يُقْبَلْ حَتَّى يَكُوْنَ خَالِصًا صَوَابًا. وَالْخَالِصُ إِذَا كَانَ للهِ عَزَّ وَجَلّ، وَالصَّوَابُ إِذَا كَانَ عَلى السُّنَّةِ.
Maksudnya: “Sesungguhnya sesuatu amalan, jika dilakukan dengan ikhlas, akan tetapi belum benar, amalan itu tidak diterima oleh Allah. Sekiranya ia dilakukan dengan benar, akan tetapi belum ikhlas, amalan itu juga tidak diterima, sehinggalah sesuatu amalan itu dilakukan dalam keadaan ikhlas dan benar. Yang dikatakan ikhlas itu, apabila ia dilakukan kerana Allah, manakala yang dikatakan benar itu pula, apabila ia dilakukan berdasarkan sunnah”[5]
Melakukan sesuatu amalan mesti kerana Allah, diterangkan di dalam hadith:
إنَّمَا الأعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
Maksudnya: “Hanya sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niatnya.”[6]
Manakala melakukan sesuatu amalan mesti berdasarkan sunnah, diterangkan di dalam hadith:
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلى أمْرِناَ فَهُوَ رَدٌّ
Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan satu amalan yang bukan dari urusan kami, maka amalan itu tertolak.”
Maka, mengadakan bid’ah tidak terjadi melainkan dalam agama. Jesteru itu, adalah tersilap orang yang menyangka bid’ah itu juga berlaku dalam urusan adat (kebiasaan)… dalam urusan-urusan adat (kebiasaan) tidak masuk di dalamnya bid’ah, tidak boleh kita menganggap sesuatu urusan dari urusan-urusan (mengatur) kehidupan sebagai bid’ah hanya kerana generasi Salaf dari kalangan para Sahabat dan al-Tabi’ien tidak pernah melakukannya. Kadang-kadang sesuatu perkara itu baharu, akan tetapi ia tidak dianggap sebagai bid’ah dari sudut Syarak, jika tidak, sudah pasti kita akan menganggap banyak perkara lain lagi yang kita gunakan hari ini sebagai bid’ah. Penggunaan pembesar suara ini, permaidani yang kita gunakan, meja dan kerusi yang kita duduk, semuanya tidak dilakukan (digunakan) oleh masyarakat Islam yang awal dan tidak dilakukan oleh para Sahabat. Maka apakah perkara-perkara ini juga dikira sebagai bid’ah?!
Kerana itu, dalam persoalan ini, sebahagian orang telah tersilap sehingga – amat
Oleh kerana itu, amat penting sekali – wahai saudara sekelian – untuk kita mengetahui apakah al-Sunnah dan apakah pula al- Bid’ah.
Demikian juga berlaku kesilapan dalam nisbah perbuatan-perbuatan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Sebahagian orang menyangka, bahawa semua perkara yang dilakukan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam itu adalah sunnah, sedangkan para ulama berkata:
السُّنَّةُ مِنْهُ مَا ظَهَرَ فِيْهِ وَجْهُ اْلقُرْبَةِ
Maksudnya: “Yang dikatakan sunnah dari baginda ialah apa yang terzahir padanya bentuk al-Qurbah.”
Iaitulah apa yang dilakukan oleh baginda dalam bentuk mendekatkan diri kepada Allah Taala.[7]
Contoh dalam perkara ini. Baginda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam – kadang-kadang – selepas baginda menunaikan dua rakaat solat sunat sebelum Subuh, baginda akan berbaring di atas rusuk kanan baginda[8]. Maka sebahagian ulama – antaranya Ibn Hazm - ada yang memahami, seseorang yang selesai menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum Fajar mestilah berbaring di atas rusuk kanan. Sedangkan ‘A-isyah Radhiallahu ‘anha berkata:
إنَّ النَّبِيَّ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَضْطَجِعْ لِسُنَّةٍ، وَلكِنَّهُ كَانَ يَدْأَبُ لَيْلَتَهُ فَيَسْتَرِيْح
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak berbaring (di atas rusuk kanan) kerana ianya sunnah, akan tetapi baginda selalu tekun (bersungguh menunaikan solat) pada malamnya, oleh itu baginda mahu berehat (seketika)”[9]
Jesteru itu, suatu yang penting untuk diketahui dari sesuatu amalan apa yang dilakukan bertujuan menjadikannya sunnah dan apa yang dilakukan bukan tujuan sunnah.
Terdapat juga kecelaruan dalam banyak perkara, seperti dalam beberapa persoalan adab makan. Sebahagian orang berpandangan makan dengan menggunakan sudu dan garfu, atau duduk di atas meja dikelilingi kerusi adalah bid’ah. Ini termasuk suatu yang melampau. Sesungguhnya perkara ini termasuk dalam persoalan adat (kebiasaan) yang berbeza disebabkan berbezanya masyarakat, suasana dan hal keadaan.
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam selalunya makan berdasarkan kebiasaan kaumnya, terutamanya kebiasaan yang menepati tabiat baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam iaitulah tabiat memudahkan, tawadhu’ dan zuhud. Akan tetapi tidak boleh dianggap sesiapa yang makan di atas meja, atau makan menggunakan sudu bermakna dia telah melakukan bid’ah di dalam agama.
Berbeza dalam beberapa persoalan lain. Saya pernah berdailog dengan seorang penyelidik terkenal – dia seorang yang sering menulis di dalam beberapa majalah dan kadang-kadang menulis dalam majalah-majalah Islami – berkenaan makan dengan tangan kanan. Dia berkata: “Makan dengan tangan kanan ini, tidak termasuk di dalam sunnah, kerana ia termasuk dalam persoalan adat.” Saya katakan kepadanya: “Tidak benar. Kita berhenti pada persoalan makan dengan sudu dan garfu, di atas meja atau tanpa meja, iaitulah persoalan-persoalan yang berkaitan dengan perlakuan. Maka setiap orang melakukan berdasarkan perlakuan kaumnya, selama-mana tidak jelas pada perbuatan itu bentuk al-Qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) atau bentuk ia dilakukan bertujuankan sunnah. Adapun dalam persoalan makan dengan tangan kanan, jelas padanya ada tujuan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam (iaitu menjadikannya sunnah), kerana baginda pernah menyuruh seorang budak:
يَا غُلامُ سَمِّ اللهَ، وَكُلْ بِيَمِيْنِكَ، وَكُلْ مِمَّا يَلِيْكَ
Maksudnya: “Wahai budak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang berhampiran denganmu.”[10]
Baginda sering melarang makan dengan tidak menggunakan tangan kanan, bilamana baginda bersabda:
لا يَأْكُلَنَّ أَحَدُكُمْ بِشِمَالِهِ، وَلا يَشْرَبَنَّ بِهَا، فَإنَّ الشَيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِهَا
Maksudnya: “Jangan seseorang daripada kamu makan menggunakan tangan kirinya, kerana sesungguhnya syaitan makan dan minum menggunakan tangan kiri.”[11]
Oleh yang demikian sebahagian para ulama berkata: “Sesungguhnya ini menunjukkan hukum Haram (makan menggunakan tangan kiri), kerana baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam telah menyamakan pelakunya dengan Syaitan, dan baginda tidak akan menyamakan sesuatu dengan syaitan dalam perkara Makhruh.”
Ketikamana baginda (Sallallahu ‘alaihi wasallam) melihat sebahagian orang makan dengan tangan kiri, baginda berkata kepada orang itu: “Makanlah dengan tangan kananmu.” Orang itu menjawab: “Saya tidak mampu.” Baginda berkata: “Kamu tidak akan mampu (selama-lamanya).”[12] Lalu baginda mendoakan keburukan kepadanya, maka orang itu tidak mampu lagi untuk mengangkat tangan kanannya selepas dari peristiwa itu. Ini menunjukkan persoalan makan dengan tangan kanan ini adalah satu persoalan yang diberi penekanan.
Oleh itu wajib kita berada dalam perkara ini (mengenal pasti sesuatu itu sunnah atau tidak) berdasarkan batas yang ada. Dan kita mesti tahu perkara yang dilakukan oleh baginda bertujuan menjadikannya sunnah dan untuk mendekatkan diri kepada Allah, dan antara perkara yang baginda lakukan kerana memenuhi kebiasaan atau al-Jibillah (yang dilakukan kerana memenuhi tabiat kebiasaan).
Kadang-kala Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam melakukan sesuatu sama sepertimana yang dilakukan oleh kaum baginda. Baginda akan makan seperti apa yang mereka makan, baginda minum seperti apa yang mereka minum dan baginda berpakaian seperti apa yang mereka pakai.
Kadang-kala pula, disebabkan tabiat atau kebiasaan (al-Jibillah), seperti Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menyukai Labu, apakah dituntut pula dari setiap kita untuk menyukai Labu? Oleh itu persoalan ini berkait rapat dengan pergaulan manusia, watak, citarasa dan pembesaran mereka.
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam juga sukakan daging di bahagian lengan (kaki hadapan kambing). Maka apakah dituntut pula kepada setiap orang dari kita menyukai daging di bahagian lengan itu? Kadang-kala ada individu yang menyukai daging di bahagian lutut atau bahagian belakang dan bahagian peha… demikianlah seterusnya.
(Namun) Jika kesukaan anda sama dengan kesukaan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, ini adalah satu kebaikan dan keberkatan. Sekiranya seorang insan hendak mengikut setiap perbuatan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, sekalipun perbuatan itu dilakukan oleh baginda bukan bertujuankan mendekatkan diri kepada Allah, disebabkan kecintaannya yang penuh kepada baginda, dan kesungguhannya dalam mengikut setiap sesuatu daripada baginda, perkara ini adalah suatu yang dipuji, sekalipun dia tidak dituntut melakukannya.
Jika seseorang berkata: “Saya hendak mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh Rasul yang mulia (Sallallahu ‘alaihi wasallam), sekalipun perkara itu bukanlah memaksudkan untuk mendekatkan diri kepada Allah, saya suka makan tidak menggunakan meja, makan menggunakan tangan, sama seperti yang dilakukan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.” Kita katakan kepadanya: “Semoga Allah memberi balasan yang baik kepada anda.” Kita tidak perlu mengingkarinya dengan cara yang dia tempuh ini, barangkali dia diberi pahala dengan niatnya (yang murni).
Sesungguhnya Ibn ‘Umar, seorang yang bersangatan mengikut jejak langkah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, bersangatannya rasa cinta beliau kepada baginda, beliau akan mencontohi baginda (sekalipun) dalam perkara yang bukan dilakukan oleh baginda dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah, atau dituntut untuk diikuti.[13] Demikianlah dengan sebahagian sahabat yang lain.
Sebagai contoh, sebahagian sahabat pernah melihat Ibn ‘Umar menunaikan solat dalam keadaan terbuka butang tengkuk bajunya. Apabila ditanya oleh sebahagian sahabatnya, beliau menjawab: “Dia melihat Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam pernah solat sedikian rupa.”[14]
Barangkali Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam melakukan perkara itu ketika hari panas atau musim panas, lalu anda lakukan perkara itu ketika musim sejuk? Perkara ini hanya semata-mata pandangan Ibn ‘Umar.
Satu ketika dalam permusafiran, Beliau (Ibn ‘Umar) menyimpang dari jalan.. beliau bergerak ke sisi jalan, menyebabkan orang-orang yang bersama dengannya merasa hairan dengan perbuatannya itu. Lalu pembantunya (khadam) berkata: “Beliau melakukan demikian itu, kerana beliau pernah bersama dengan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam , apabila sampai di tempat ini, baginda menyimpang dari jalan yang ada sekarang ini.”[15]
Di dalam salah satu perjalanan Haji, Beliau (Ibn ‘Umar) mendudukkan tunggangannya. Lalu orang-orang yang bersama dengannya juga mendudukkan tunggangan mereka. Mereka bertanya: “Apa yang hendak anda lakukan?” Setiap kali beliau lakukan perkara itu, beliau akan pergi ke suatu tempat dan membuang hajatnya di situ. Apabila ditanya, beliau menjawab: “Sesunguhnya Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda (dalam perjalanan) menunaikan Haji, baginda datang ke tempat ini dan baginda akan menunaikan hajat di sini.[16]
Apakah perkara ini dituntut melakukannya kepada setiap muslim? (sudah tentu) ia bukan suatu yang dituntut. (Perlakuan Ibn ‘Umar ini) hanyalah bukti kecintaan yang penuh kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
Beliau juga suka meletakkan (mengikat) tunggangannya di tempat Nabi meletakkan tunggangan baginda.
Ikutan dalam kategori sebegini, kita tidak mencelanya, jika pelakunya tidak menuntut orang ramai melakukannya (sama seperti dia lakukan), kerana ia bukan suatu yang dituntut. Maka mesti diketahui, kategori sebegini bukan suatu yang dimestikan ke atas setiap orang, ia juga bukan suatu yang difardhukan ke atas mereka, bukan juga ia dilakukan bertujuan menjadikannya sebagai sunnah.
Sesiapa melakukannya, ia suatu yang baik. Akan tetapi adalah satu kesalahan, jika seseorang mahukan orang ramai melakukan perbuatan tersebut, atau dia membantah dan mencela orang yang tidak melakukannya, dan beranggapan perbuatan tersebut termasuk di dalam asas atau sebahagian dari agama atau beranggapan sesiapa yang meninggalkannya bermakna ia telah meninggalkan sunnah.
Oleh itu, termasuk dalam perkara yang penting – wahai saudara sekelian – untuk kita membezakan dalam situasi sebegini, iaitulah antara sunnah yang sebenarnya dengan bid’ah.
[1] Riwayat al-Bukhari dan Muslim
[2] Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah.
[3] Merupakan sebagian dari hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasa-ie.
[4] Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah.
[5] [Tambahan Penterjemah] Perkataan al-Fudhail ini dinukilkan juga oleh Ibn Rajab di dalam Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam hal: 20.
[6] Merupakan sebagian dari hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasa-ie.
[7] Sila rujuk perbincangan tentang perbuatan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam kitab Dr. al-Qaradhawi bertajuk al-Madkhal li Dirasah al-Sunnah al-Nabawiah hal: 24 – 32. Beliau juga telah mengadakan ceramah yang disampaikan di dalam kuliah Syariah di Universiti
[8] Daripada ‘A-isyah r.’anha yang berkata: “Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam apabila selesai solat dua rakaat sunat Fajr, baginda akan berbaring di atas rusuk kanan baginda.” Hadith disenaraikan oleh al-Bukhari di dalam kitab al-Tahajjud, bab: al-Dhaj’ah ‘ala al-Syaq al-Aiman Ba’d Rak’ataiy al-Fajr.
[9] Dikeluarkan oleh ‘Abd al-Razzaq, di dalam sanadnya ada periwayat yang tidak disebut namanya (Fath al-Bari), Kitab al-Tahajjud: Bab Man Tahaddatha Ba’d al-Rak’atain wa Lam Yathtoji’.
[10] Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada hadith ‘Umar bin Abi Salamah (Syarh al-Sunnah oleh al-Baghawi dengan Tahkik oleh al-Syawisy dan al-Arnaout: 11/275, hadith 2823)
[11] Riwayat Muslim, al-Tirmizi, Malik dan Abu Daud daripada hadith Ibn ‘Umar (al-Muntaqa min Kitab al-Targhib wa al-Tarhib: 2/598-599, hadith 1238)
[12] Riwayat Muslim di dalam Sahihnya daripada Iyas bin Salamah bin al-Akwa’, bahawa bapanya menceritakan kepadanya:
إن رجلا أكل عند رسول الله صلى الله عليه وسلم بشماله فقال: كل بيمينك، قال: لا أستطيع، قال: لا استطعت، ما منعه إلا الكبر، قال: فما رفعها إلى فيه
Maksudnya: “Seorang lelaki makan menggunakan tangan kirinya berhampiran dengan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam lalu baginda bersabda kepadanya: “Makanlah dengan tangan kananmu.” Jawab orang itu: “Saya tidak mampu.” Sabda baginda: “Kamu tidak akan mampu.” Tiada yang menghalang lelaki itu dari menggunakan tangan kanannya melainkan rasa takabburnya. Katanya: “(selepas itu) Orang itu tidak lagi mampu untuk mengangkat tangan kanannya ke mulut.” (Lihat Sahih Muslim, Kitab al-Asyribah, Bab Adab al-To’am wa al-Syarab wa Ahkamiha)
[13] Disebabkan perbuatannya ini, beliau dikenali dengan gelaran al-Sahabi al-Muta-assi kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam kerana bersangatan beliau dalam mengikut setiap perkataan dan perbuatan baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam
[14] Riwayat Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya dan al-Baihaqi di dalam Sunannya daripada Zaid bin Aslam:
رأيت ابن عمر يصلي محلول الأزرار، فسألته عن ذلك فقال: رأيت رسول الله - صلى الله عليه وسلم- يصلي كذالك
Maksudnya: “Saya melihat Ibn ‘Umar solat dalam keadaan terbuka butangnya (butang leher bajunya), saya bertanya kepada beliau tentang perkara itu, dan beliau menjawab: Saya pernah melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam solat seperti itu.”
[Tambahan dari penterjemah] Akan tetapi wajib mengenakan butang sekiranya leher baju besar. Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam al-Thamar al-Mustathab 1/295 berkata:
"...هذا ويجب على من صلى في قميص له جيب واسع وليس ثمة غيره أن يزره ولو بشوكة خشية أن يرى عورته منه . . . قال سلمة بن الأكوع : قلت : يا رسول الله إني أكون في الصيد فأصلي وليس علي إلا قميص واحد ؟ قال : ( فزره وإن لم تجد إلا شوكة ) . وفي لفظ : ( زره ولو بشوكة ) . أخرجه الإمام أحمد .
Maksudnya: “Wajib bagi sesiapa yang solat dengan baju yang lehernya besar dan tidak ada pakaian lain selainnya untuk dia mengenakan butang sekalipun dengan duri, kerana bimbang auratnya dilihat dari lubang leher bajunya… Salamah bin al-Akwa’ berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah ketika saya berburu, bolehkah saya solat dengan sehelai baju? Baginda menjawab: “Butangkan dia, jika kamu tidak ada, butangkan dia sekalipun dengan duri.” Di dalam lafaz yang lain: “Butangkan dia sekalipun dengan duri.” Diriwayatkan oleh Imam Ahmad.
[15] Mujahid berkata:
كنا مع ابن عمر رضي الله عنه في سفر، فمر بمكان، فحاد عنه، فسئل: لما فعلت ذلك؟ قال: "رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم فعل هذا ففعلت"
Maksudnya: “Kami pernah bersama dengan Ibn ‘Umar Radhiallahu ‘anh dalam satu permusafiran, apabila beliau melalui satu kawasan, beliau menyimpangi jalan, ditanya kepada beliau: “Mengapa anda melakukan perkara itu?” beliau menjawab: “Saya pernah melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya, maka saya juga melakukannya.” Riwayat Ahmad dan al-Bazzar dengan Sanad yang baik. Berkata al-Haithami: “Periwayatnya dipercayai” (al-Muntaqa min Kitab al-Targhib wa al-Tarhib 1/112, hadith 31)
[16] Daripada Ibn Sirin, katanya: “Kami pernah bersama Ibn ‘Umar Radhiallahu ‘anh di ‘Arafah, apabila tiba masanya, dia akan pergi, maka sayapun pergi bersamanya, sehinggalah datangnya imam, maka dia solat Zohor dan ‘Asar bersama dengan imam, selepas itu beliau akan berwukuf, demikian juga saya dan sahabat-sahabat saya sehinggalah imam melakukan Ifadah, maka kamipun akan melakukan Ifadah bersama-samanya, sehinggalah kami sampai ke al-Madhiq al-Ma’zimain (المضيق المأزمين), maka beliau akan mendudukkan tunggangan beliau, dan kamipun mendudukkan tunggangan kami, kami menyangka beliau hendak menunaikan solat, akan tetapi khadam yang memegang tunggangan beliau memberitahu: “Sesungguhnya beliau bukan hendak menunaikan Solat, akan tetapi beliau teringat Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam apabila sampai di tempat ini, baginda pernah menunaikan hajat baginda. Maka beliau suka menunaikan hajat beliau di sini.” Riwayat Ahmad dan periwayatnya adalah periwayat yang dijadikan hujjah di dalam al-Sahih.
No comments:
Post a Comment