Thursday, September 16, 2010

Hadith PALSU Tentang Azab Wanita didakwa dari al-Bukhari dan Muslim

Soalan:

Assalamu'alaikum..

Benarkah hadith ni riwayat Bukhari Muslim? Ada yg kata bukan. Saya tgk kat internet hampir bnyk yg quote kan riwayat bukhari dan muslim.. Minta jasa baik ustaz untuk tolong periksa..

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Jawapan:

Hasil pemeriksaan saya. Di dapati hadith ini merupakan keratan dari hadith yang panjang didakwa dari Sayyidina 'Ali bin Abi Tolib r.a. dan Fatimah r.a.. Hadith tersebut ialah:

عن الإمام علي بن أبي طالب قال: دخلت أنا وفاطمة على رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فوجدته يبكي بكاء شديدا فقلت: فداك أبي وأمي يا رسول الله ما الذي أبكاك؟ فقال صلى الله عليه وآله وسلم: يا علي ليلة أسري بي إلى السماء رأيت نساء من أمتي في عذاب شديد واذكرت شأنهن لما رأيت من شدة عذابهن

رأيت امرأة معلقة بشعرها يغلي دماغ رأسها، ورأيت امرأة معلقة بلسانها والحميم يصب في حلقها، ورأيت امرأة معلقة بثديها، ورأيت امرأة تأكل لحم جسدها والنار توقد من تحتها، ورأيت امرأة قد شد رجلاها إلى يداها وقد سلط عليها الحيات والعقارب، ورأيت امرأة عمياء في تابوت من النار يخرج دماغ رأسها من فخذيها وبدنها يتقطع من الجذاع والبرص، ورأيت امرأة معلقة برجليها في النار، ورأيت امرأة تقطع لحم جسدها في مقدمها ومؤخرها بمقارض من نار، ورأيت امرأة تحرق وجهها ويدها وهي تأكل امعاءها، ورأيت امرأة رأسها رأس خنزير وبدنها بدن حمار وعليها ألف ألف لون من بدنها، ورأيت امرأة على صورة الكلب والنار تدخل من دبرها وتخرج من فمها والملائكة يضربون على رأسها وبدنها بمقاطع من النار، فقالت فاطمة: حسبي وقرة عيني أخبرني ما كان عملهن وسيرهن حتى و ضع الله عليه هذا العذاب فقال صلى الله عليه وآله وسلم: يا بنيتي أما المعلقة بشعرها فإنها كانت لا تغطي شعرها من الرجال، أما المعلقة بلسانها كانت تؤذي زوجها،

أما المعلقة بثديها فإنها كانت تمتنع عن فراش زوجها، أما المعلقة برجلها فإنها كانت تخرج من بيتها بغير أذن زوجها، أما التي تأكل لحم جسمها فإنها كانت تزين بدنها للناس، أما التي شد رجلاها إلى يداها وسلط عليها الحيات والعقارب فإنها كانت قليلة الوضوء قذرة اللعاب وكانت لا تغتسل من الجنابة والحيض ولا تنظف وكانت تستهين بالصلاة، أما العمياء والصماء والخرساء فإنها كانت تلد من الزنا فتعلقه بأعنق زوجها، أما التي كانت تقرض لحمها بالمقارض فإنها كانت قوادة، أما التي رأسها رأس خنزير وبدنها بدن حمار فإنها كانت نمامة كذابة، أما التي على صورة الكلب والنار تدخل من دبرها وتخرج من فمها فإنها كانت معلية نواحه، ثم قال صلى الله عليه وآله و سلم: و يل لامرأة أغضبت زوجها وطوبى لامرأة رضى عنها زوجها ...

Potongan yang saya garis dan hitamkan itu adalah potongan yang diterjemahkan dan didakwa diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Hadith ini TIDAK SAHIH ia adalah satu PENDUSTAAN, ia juga bukan dari hadith al-Bukhari mahupun Muslim. Sebaliknya hadith ini disebarkan oleh beberapa kitab Syiah yang sememangnya terkenal suka melakukan pembohongan atas nama Nabi s.a.w., seperti kitab 'Uyun Akhbar al-Ridha (عيون أخبار الرضا), Bihar al-Anwar (بحار الأنوار) oleh al-Majlisi (المجلسي) dengan sanad yang dipenuhi dengan para pendusta dan individu yang tidak dikenali. Di bawah ini kami datangkan beberapa fatwa dari para ulama:

1. Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi. Jilid:17. Hal:165.

ترى اللجنة أن هذه النشرة – يعني التي فيها الحديث - مكذوبة على رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وعلى من نسبت إليهم روايتها عنه ، يستحق من اختلقها أو روَّجها الوعيد الثابت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، بقوله : ( من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار ) متفق على صحته

Maksudnya: "Pihak Jawatankuasa Fatwa melihat penyebaran hadith ini adalah satu PENDUSTAAN ke atas Nabi s.a.w., dan ke atas sesiapa yang dinisbahkan kepada mereka periwayatannya. Sesiapa yang mereka-reka dan menyebarkannya ia layak mendapat ancaman dari Nabi s.a.w. dengan sabda baginda: "Sesiapa yang berbohong ke atas ku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat tinggalnya di dalam neraka." hadith ini telah disepakati kesahihannya."

2. al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin 'Abdillah bin Baz di dalam Majmu' al-Fatawa. Jilid:8. Hal:305, berkata:

هذا الخبر معروف ، يتداوله كثير من الناس ، وهو باطل ومكذوب على النبي صلى الله عليه وسلم ، وليس له أصل ، وهو من الموضوعات المكذوبة على النبي صلى الله عليه وسلم ، وعلى علي وفاطمة رضي الله عنهما ، وما أكثر ما يكذبه بعض الشيعة على علي رضي الله عنه ، فينبغي لمن وقع في يده شيء من هذا أن يتلفه ، ويخبر من حوله بأنه كذب ، والله المستعان

Maksudnya: "Hadith ini diketahui ramai, disebarkan oleh ramai orang, ia adalah hadith yang BATIL dan DUSTA ke atas Nabi s.a.w. Ia tidak ada asalnya, termasuk di dalam hadith-hadith PALSU yang didustakan ke atas Nabi s.a.w, ke atas 'Ali dan Fatimah r.a. Teramat banyak perkara yang telah didustakan oleh sebahagian Syiah ke atas 'Ali r.a. Maka hendaklah sesiapa yang sampai kepadanya hadith ini, untuk dia menghapuskannya dan memberitahu tahu kepada orang lain yang hadith ini adalah satu PENDUSTAAN. Allahlah tempat meminta pertolongan."

Pesanan: "Berhati-hati menerima maklumat dari Internet."
wallahu a'lam. bs

Wednesday, September 15, 2010

Muhasabah Selepas Ramadhan

"Apakah kita akan kembali ke belakang setelah sebulan kita ke hadapan menuju keredhaan Allah s.w.t.???"

Kata 'Ali bin Abi Tolib r.a.: "Jadilah anda sekelian orang yang lebih bersangatan memberi perhatian tentang diterimanya amalan dalam beramal. Tidakkah kalian mendengar Allah berfirman: "Hanya sesungguhnya yang akan diterima amalannya oleh Allah adalah dari orang-orang yang bertaqwa." (al-Maidah: 27)

Kembali kepada keadaan asal sebelum Ramadhan berupa tanda jiwa yang belum benar-benar hidup dengan iman, belum juga benar-benar disuluh dengan cahaya al-Quran. Jiwa itu... belum merasai kemanisan ketaatan dan lazatnya munajat kepada Allah. Iman yang ada di dalam jiwa itu masih lemah, kebergantungan kepada Allah masih rapuh... Apakah kita akan kembali seperti sebelum Ramadhan???

Allah s.w.t. berfirman: "...Dan jangan kamu sekelian kembali ke belakang, nanti kamu akan kembali menjadi orang-orang yang rugi." (al-Maidah: 21)

اللهم يا مقلب القلوب ثبّت قلبي على دينك وطاعتك
اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك

Wednesday, September 8, 2010

Salam 'Ied al-Fitri

Dikesempatan ini, kepada pengunjung blog bin-sahak, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya 'Ied al-Fitri.

تقبل الله منا ومنكم

"Semoga ALlah menerima semua ibadah yang kita lakukan."

Wassalam

Thursday, September 2, 2010

Khutbah Nabi Sebelum Ramadhan

Soalan:

Assalamualaikum ya ustaz,

Mohon jasabaik ustaz untuk mengesahkan status/tingkatan hadith ini berkaitan "Khutbah Rasulullah Menyambut Ramadhan" yang dapat dipetik dari laman-laman web umum.

Sekian, terima kasih.

"Khutbah Rasulullah Menyambut Ramadhan"

Selain memerintah shaum, dalam menyambut menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah selalu memberikan beberapa nasehat dan pesan-pesan. Inilah ‘azimat’ Nabi tatkala memasuki Ramadhan.

Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah! Allah ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al-alamin.

Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. (Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.”

Rasulullah meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.”

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kai-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin k.w. berkata: “Aku berdiri dan berkata: “Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi: “Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.

Wahai manusia! sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu’.”

“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain.”

“Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan ( syahrul muwasah ) dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukmin di dalamnya.”

“Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang.”

Para sahabat berkata, “Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah saw, “Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu.”

“Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.”

“Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya.”

“Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka.”

“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga.”

Jawapan:

al-Syeikh 'Abdul Rahman al-Suhaim ada membuat ulasan ringkas tentang hadith ini, antaranya:

- Hadith ini diambil dari kitab-kitab Syiah Rafidhah. Dan Syiah Rafidhah adalah golongan manusia yang paling kuat berbohong.

- Bercampur aduk antara hadith yang sahih dan daief di dalam petikan yang dikatakan khutbah Nabi ini. Antara yang sahih itu:

Hadith yang menyebut pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dengan kehadiran Ramadhan, berdasarkan hadith di dalam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.

- Adapun hadith yang mendakwa sesiapa yang melakukan amalan sunat di dalam ramadhan sama seperti melakukan amalan wajib hingga keseterusnya adalah hadith yang lemah. Di dhoiefkan (dilemahkan) oleh Ibn Hajar dan al-ALbani.

-----------------

ما صحة حديث خطبة النبي قبل رمضان


السؤال:

أرجوا ارشادنا عن الحديث ادناه رعاكم الله وسدد خطاكم فقد نشر ببعض المنتديات ولم اجد

لها مصدر في اي من البحوث في كتب اهل السنه والاحاديث ...بارك الله فيكم

عن اميرالمؤمنين علي عليه السلام قال:ان رسول الله(ص)خطبناذات يوم

فقال :ايها الناس انه اقبل اليكم شهرالله بالبركة والرحمة والمغفرة

شهرهوعندالله افضل الشهوروايامه افضل الايام ولياليه افضل الليالي

وساعاته افضل الساعات هوشهردعيتم فيه الى ضيافة الله وجعلتم فيه من

اهل كرامة الله انفاسكم فيه تسبيح ونومكم فيه عبادة وعملكم فيه مقبول

ودعاؤكم فيه مستجاب فسلوا الله ربكم بنيات صادقة وقلوب طاهرة ان

يوفقكم لصيامه وتلاوة كتابه فان الشقي من حرم غفران الله في هذا

الشهرالعظيم واذكروا بجوعكم وعطشكم فيه جوع يوم القيامة وعطشه

وتصدقوا على فقرائكم ومساكينكم ووقروا كباركم وارحموا صغاركم

وصلواارحامكم واحفظواالسنتكم وغضواعمالايحل النظراليه ابصاركم

وعمالايحل الاستماع اليه اسماعكم وتحننواعلى ايتام الناس يتحنن على

ايتامكم وتوبوااليه من ذنوبكم وارفعوااليه ايديكم بالدعاءفي اوقات

صلواتكم فانهاافضل الساعات ينظرالله عزوجل فيهابالرحمة الى عباده

يجيبهم اذاناجوه ويلبيهم اذا نادوه ويستجيب لهم اذا دعوه0 ايها الناس ان

انفسكم مرهونة باعمالكم ففكوهاباستغفاركم وظهوركم ثقيلة من اوزاركم

فخخفواعنهابطول سجودكم واعلمواان الله تعالى ذكره اقسم بعزته ان

لايعذب المصلين والساجدين وان لا يروعهم بالناريوم يقوم الناس لرب

العالمين0 ايهاالناس من(أ)فطرمنكم صائمامؤمنافي هذاالشهركان له بذلك

عندالله عتق رقبة ومغفرة لمامضى من ذنوبه0قيل يارسول الله:وليس

كلنايقدرعلى ذلك فقال:اتقواالنارولوبشق تمرة اتقواالنارولوبشربة من

ماءفان الله تعالى يهب ذلك الاجرلمن عمل هذااليسيراذالم يقدرعلى

اكثرمنه0ياايهاالناس من حسن منكم في هذاالشهرخلقه كان له جوازعلى

الصراط يوم تزل فيه الاقدام ومن خفف في هذاالشهرعما ملكت يمينه

خفف الله عليه حسابه ومن كف فيه شره كف الله عنه غضبه يوم يلقاه

ومن اكرم فيه يتيمااكرمه الله يوم يلقاه ومن وصل فيه رحمه وصله الله

برحمته يوم يلقاه ومن قطع فيه رحمه قطع الله عنه رحمته يوم يلقاه

ومن تطوع فيه بصلاة كتب الله لهبراءةمن النارومن ادى فيه فرضاكان له

ثواب من ادى سبعين فريضة فيما سواه من الشهور ومن اكثرفيه من

الصلاة علي ثقل الله ميزانه يوم تخف الموازين ومن تلافيه آية من

القرآن كان له مثل اجرمن ختم القرآن في غيره من الشهور0ايهاالناس

ان ابواب الجنان في هذاالشهرمفتحة فسلواربكم ان لايغلقهاعليكم وابواب

النيران مغلقة فسلواربكم ان لا يفتحهاعليكم والشياطين مغلولة

فسلواربكم ان لايسلطها عليكم


الجواب :

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
وحفظك الله ورعاك .

هذا النص مأخوذ من كُتُب الرافضة ، والرافضة أكذب الناس !

وجاء في بعض كُتُب السنة بعض ما في هذا الحديث ، وبعضها صحيح ، والبعض الآخر ضعيف .

فمما صحّ ما يتعلّق بفتح أبواب الجنة وإغلاق أبواب النار ، وهو مُخرّج في الصحيحين من حديث أبي هريرة رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا دخل شهر رمضان فتحت أبواب السماء ، وغلقت أبواب جهنم ، وسلسلت الشياطين .

وحديث " مَن فَطّر صائما كتب له مثل أجره ، إلا أنه لا ينقص من أجر الصائم شيء " رواه الإمام أحمد والترمذي وابن ماجه ، وقال شعيب الأرنؤوط : حسن بشواهده .

ومما ضُعِّف حديث سلمان رضي الله عنه قال : خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في آخر يوم من شعبان فقال : يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم مبارك شهر فيه ليلة خير من ألف شهر ، جعل الله تعالى صيامه فريضة وقيام ليله تطوعا ، من تَقَرّب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه ، ومن أدى فريضة فيه كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه ، وهو شهر الصبر ، والصبر ثوابه الجنة ، وشهر المواساة ، وشهر يزداد فيه رزق المؤمن ، مَن فَطّر فيه صائما كان له مغفرة لذنوبه ، وعتق رقبته من النار ، وكان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيء . قلنا : يا رسول الله ليس كلنا يجد ما نفطر به الصائم . فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على مذقة لبن أو تمرة أو شربة من ماء ، ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة ، وهو شهر أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار ، ومن خفف عن مملوكه فيه غفر الله له وأعتقه من النار . رواه البيهقي . وضعّفه ابن حجر في " التلخيص الحبير " وضعّفه الألباني .

والله أعلم .

الشيخ عبد الرحمن السحيم

Hadith Unta Menjadi Hakim

Soalan:

assalamu'alaikum..

Minta jasa baik takhrij hadith ni..

~~UNTA MENJADI HAKIM~~

Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Rasulullah s.a.w. lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. melalui seekor unta yang menghakimkannya.

Jawapan:

Wallahu a'lam.

Dari hasil carian, saya tidak menemui cerita yang dimaksudkan dari hadith Nabi s.a.w. Bahkan cerita ini kelihatan direka oleh individu yang tidak tahu hukum-hakam fiqh terutamanya dalam bab hudud. Ini kerana saksi yang diperlukan dalam kes kecurian (jika hendak dithabitkan melalui penyaksian) hanyalah 2 orang bukan 4 orang seperti yang dinyatakan.

Kami menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat-maklumat agama dari sumber-sumber yang boleh dipercayai dan menjauhi dari sumber yang meragukan.

wallahu a'lam.bs

Wednesday, September 1, 2010

Dua IMAM berkata tentang Boikot Barangan Musuh Umat Islam

الشيخ محمد بن صالح العثيمين .. دعوة ولاة الأمر لمقاطعة كل من يحارب المسلمين .. المسلمون لو قاطعوا لكان له أثر كبير ولعرفوا أن المسلمين قوة

الشيخ محمد بن صالح... العثيمين

موقفنا من إخواننا المسلمين في يوغسلافيا فالواجب علينا أن نبذل ما نقدر عليه من الدعاء لهم بالنصر، وأن يكبت الله أعداءهم، وأن يهدي الله ولاة أمور المسلمين حتى يقاطعوا كل من أعان من يقاتلهم على قتالهم ، المسلمون لو قاطعوا كل أمة من النصارى تساعد الذين يحاربون إخواننا لكان له أثر كبير ولعرف النصارى وغير النصارى أن المسلمين قوة، وأنهم يد واحدة، فموقفنا نحن كشعب من الشعوب أن ندعوا الله لهم بالنصر، وأن يذل أعداءهم وأن نبذل من أموالنا ما ينفعهم، لكن بشرط أن نتأكد من وصوله إليهم لأن هذه المشكلة هى التى تقف عقبة أمام الناس، من يوصل هذه الدراهم إليهم، وهل يمكن أن تصل إليهم، فإذا وجدنا يدا أمينة توصل المال إليهم فإن بذل المال إليهم سواء من الزكاة أو غير الزكاة لا بأس به، أقول لا بأس به بمعنى أنه ليس حراما بل هو مطلوب لأن نصرة المسلمين في أي مكان في الأرض
يعتبرنصرة للإسلام



Maksudnya: "Pendirian kami terhadap saudara-saudara kami di Yugoslavia adalah wajib ke atas kita menumpukan segala kemampuan memohon pertolongan untuk mereka, semoga Allah menghinakan musuh-musuhNya, semoga Allah memberi hidayah kepada para pemimpin umat Islam agar mereka memboikot setiap yang membantu memerangi Umat Islam. Umat Islam sekiranya mereka memboikot setiap umat kristian yang membantu orang-orang yang memerangi saudara seislam kita, sudah tentu perkara itu memberi kesan yang besar dan agar Kristian dan umat lainnya mengetahui, bahawa Umas Islam adalah kuat, dan mereka semuanya bersatu-padu. Pendirian kami sama seperti umat Islam lainnya dengan berdoa kepada Allah untuk diberi kemenangan kepada mereka, dan menghinakan musuh-musuh umat Islam, dan dengan mencurahkan harta kita kepada mereka, akan tetapi dengan syarat hendaklah dipastikan bantuan itu sampai kepada mereka, kerana ada kemusykilan yang berlegar di kalangan orang ramai, siapakah yang menyampaikan bantuan-bantuan berupa wang ringgit ini kepada mereka, apakah benar bantuan itu sampai kepada mereka. Sekiranya sememangnya ada tangan yang amanah yang menyampaikan harta-harta sumbangan ini kepada mereka (Umat Islam yang ditindas), maka mencurahkan bantuan berbentuk harta kepada mereka samada yg berupa zakat dan selainnya adalah tidak mengapa. Aku katakan tidak mengapa dengan maksud dibenarkan bahkan suatu yang dituntut, kerana membatu umat Islam di mana sahaja di muka bumi ini dikira juga sebagai membantu Islam."

-------------

الشيخ محمد بن صالح العثيمين

وأنا لا يحزنني أن يموت رجل من الشيشان أو امرأة من الشيشان أو طفل من الشيشان لأنهم إن شاء الله شهداء ، لكن الذي يحزنني كثيرا والله سكوت الدول الإسلامية عن هذا ، ولكان الواجب أن تقطع العلاقات ...بين روسيا من كل وجه ولو فعلوا ذلك لوقفت روسيا عند حدها ، ولن يضرهم شيئا ولكن مع الأسف أن الدول الإسلامية وأعني بذلك رؤوس الدول الإسلامية ، دعنا من الشعوب ، الشعوب قد يكون عنده حماس وغيره لكن ماتستطيع ، ساكتة ولم تتكلم بشئ .. هذا والله الذي يحزنني ، جمهورية مسلمة فتية حديثة يفعل بها هذه الأفاعيل ونسكت

-------------

السائل: شيخنا بما أن الحرب قائمة بيننا وبين اليهود ، فهل يجوز الشراء من اليهود ، والعمل عندهم في بلد أوروبا؟

الشيخ الألباني: الشراء من اليهود؟
...
السائل: نعم ، والعمل عندهم في بلد أوروبا يعني؟

الشيخ الألباني: نحن لا نفرق بين اليهود والنصارى من حيث التعامل معهم في تلك البلاد ، مع الكفار والمشركين إذا كانوا ذميين - أهل ذمة - يستوطنون بلاد الإسلام فهو أمر معروف جوازه.
وكذلك إذا كانوا مسالمين ، غير محاربين أيضاً حكمه هو هو ، أما إذا كانوا محاربين ، فلا يجوز التعامل معهم ، سواء كانوا في الأرض التي احتلوها كاليهود في فلسطين ، أو كانوا في أرضهم ، ما داموا أنهم لنا من المحاربين ، فلا يجوز التعامل معهم إطلاقاً .
أما من كان مسالماً كما قلنا ، فهو على الأصل جائز

المصدر / شريط الفتاوي الجزائرية الكويتية

-------------------

قلت آنفا لبعض إخواننا سألني وكثيرا مانسئل ، يسألون الناس إلى اليوم عن اللحم البلغاري ، وأنا حقيقة أتعجب من الناس اللحم ...البلغاري بلينا به منذ سنين طويلة كل هذه السنين ماآن للمسلمين أن يفهموا شو حكم هذا اللحم البلغاري ؟ أمر عجيب ! فأنا أقول لابد أنكم سمعتم إذا كنتم في شك و في ريب من أن هذه الذبائح تذبح على الطريقة الإسلامية أو لا تذبح على الطريقة الإسلامية فلستم في شك بأنهم يذبحون إخواننا المسلمين هناك الأتراك المقيمين منذ زمن طويل يذبحونهم ذبح النعاج ، فلو كان البلغاريون يذبحون هذه الذبائح التي نستوردها منهم ذبحا شرعيا حقيقة أنا أقول لايجوز لنا أن تستورده منهم بل يجب علينا نقاطعهم حتى يتراجعوا عن سفك دماء إخواننا المسلمين هناك ، فسبحان الله مات شعور الإخوة التي وصفها الرسول عليه السلام بأنها كالجسد الواحد (( مثل المؤمنين في تواددهم وتراحمهم كمثل الجسد الواحد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالحمى والسهر )) لم يعد المسلمون يحسون بآلام إخوانهم فانقطعت الصلات الإسلامية بينهم ولذلك همهم السؤال أيجوز أكل اللحم البلغاري !
لك ياأخي إنت عرفت إن البلغار يذبحون المسلمين هناك ولافرق بين مسلم عربي ومسلم تركي ومسلم أفغاني إلى آخره ، والأمر كما قال عليه السلام إنما المؤمنون إخوة ، فإذا كنا إخوانا فيجب أن يغار بعضنا على بعض و يحزن بعضنا لبعض ، ولايهتم بمأكله ومشربه فقط .
فلو فرضنا أن إنسانا ماقتنع بعد بأن اللحم البلغاري فطيسة .. حكمها فطيسة لأنها تقتل ولاتذبح ، لانستطيع أن نقنع الناس بكل رأي لأن الناس لايزالون مختلفين إلا من رحم ربك كما جاء في القرآن الكريم ، فإذا كنا لانستطيع أن نقنع الناس بأن هذه اللحوم التي تأتينا من البلغار هي حكمها كالميتة ، لكن ألا يعلمون أن هؤلاء البلغار يذبحون إخواننا المسلمين هناك أما يكفي هذا الطغيان وهذا الاعتداء الأليم على إخواننا من المسلمين هناك أن يصرفنا عن اللحم البلغاري ولو كان حلالا هذا يكفي وهذه ذكرى والذكرى تنفع المؤمنين .

----------

سلسلة الهدى والنور .. الشريط رقم 190 الدقيقة 25 إلى 29 .. للشيخ المحدث محمد بن ناصر الدين الألباني

Saya terjemahkan secara kasar rangkap2 penting fatwa al-Albani yang ada kaitan:

"Aku nyatakan sebentar tadi kepada sebahagian saudara kita yang bertanya, dan yang paling banyak kami ditanya iaitulah tentang hukum Daging dari Bulgaria. Aku pada hakikatnya merasa hairan dengan orang ramai… Aku katakan, dan kamu semua mesti dengar, sekiranya kamu semua berasa ragu apakah daging-daging dari Bulgaria itu disembelih secara syarie atau tidak, akan tetapi kamu tidak ragu bahawa mereka (Bulgaria) membunuh saudara-saudara muslim kita orang-orang Turki sejak lama dahulu. Kalaulah orang-orang Bulgaria menyembelih daging-daging yang kita import dari mereka secara syarie, aku katakan TIDAK BOLEH kita mengimport daging-daging itu dari mereka, BAHKAN WAJIB KITA MEMBOIKOT mereka sehinggalah mereka berhenti dari membunuh saudara-saudara muslim kita di sana. Maha suci Allah, telah mati rasa persaudaraan Islam yang Baginda s.a.w. sifatkan mereka (umat Islam) seperti badan yang satu…. Tidakkah umat Islam tahu, bahawa mereka orang-orang Bulgaria membunuh saudara-saudara muslim kita, TIDAKKAH CUKUP KEMELAMPAUAN DAN PERMUSUHAN MEREKA KEPADA SAUDARA KITA DISANA UNTUK MEMALINGKAN KITA (MEMBOIKOT) dari DAGING KELUARAN MEREKA SEKALIPUN IANYA HALAL? Cukuplah sekadar ini, dan ini merupakan peringatan dan peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman." -tamat-

wassalam