Thursday, May 27, 2010

Hukum Berdehem ketika Solat

Soalan:

Ustaz, ada sahabat bertanya ttg hukum berdehem ketika solat. Minta ustaz tolong huraikan..

Jawapan:

Berdehem atau dalam bahasa Arab disebut sebagai al-Tanahnuh (التنحنح) atau al-Nahnahah (النحنحة) di dalam solat ada perbezaan pendapat ulama dalam persoalan ini.

Huraian secara ringkas boleh didapati di dalam kitab al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah (Cetakan Dar al-Sofwah, Jilid: 27, hal: 122.)

Secara ringkas, jawapan yg diberikan oleh al-Syeikh Abdul 'Aziz Abdillah bin Baz ialah:... Lihat seterusnya..

TIDAK MENGAPA berdehem kerana keperluan seperti utk menghilangkan sesuatu yang ada pada kerongkong. Atau utk memberitahu yang kita sedang solat. Ini kerana terdapat hadith yg diriwayatkan dari 'Ali r.a. yang menceritakan apabila beliau hendak menemui Nabi s.a.w. dan baginda sedang solat, baginda akan berdehem. Ini menujukkan berdehem kerana ada keperluan tidak mengapa. Tetapi jangan banyak berdehem kerana jika banyak berdehem ia termasuk perbuatan yg boleh membatalkan solat.

wallahu a'lam.

Fatwa bin Baz (rakaman suara dan tulisan) boleh didapati di sini: http://www.binbaz.org.sa/mat/14862

Friday, May 14, 2010

Simpulan Islam yang dirungkaikan

Ustaz tlg huraikan maksud hadith ini:

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
لَيُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ


Jawapan:

Hadith ini bermaksud lebih kurang: Daripada Abi Umamah al-Bahiliy daripada Rasulullah s.a.w. yang bersabda:

“Pasti akan dileraikan ikatan/simpulan islam, satu persatu. Maka setiap kali terlerainya satu simpulan, manusia bergantung ke simpulan yang berikutnya, dan simpulan pertama yang dirungkaikan ialah al-Hukmu dan yang akhir sekali ialah Solat.”

Keterangan:

Hadith di atas diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad di dalam Musnadnya, al-Tabrani di dalam di dalam al-Mu'jam al-Kabir, Ibn Hibban di dalam kitab Sahihnya dengan sanad yang baik daripada Abi Umamah al-Bahiliy R.A.

Hadith ini menggambarkan keadaan agama Islam akhir zaman yang semakin menjadi asing di kalangan umat. Perkara ini seperti yg dinyatakan oleh Nabi s.a.w.

Mafhum: Islam itu bermula dalam keadaan ganjil, dan dia akan kembali dianggap asing dan bergembiralah orangorang yang dianggap asing.”

Lantaran itu wujudlah ramai org-orang yang menyalahi agama dan perungkai-perungkai ikatan-ikatan agama. yang dimaksudkan dgn ikatan/simpulan agama itu ialah kefardhuan-kefarduan dan arahan-arahan Allah s.w.t.

Perkataan Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Dan perkara terawal yang dirungkaikan ialah al-Hukmu” membawa maksud umat tidak berhukum dengan syariat Allah s.w.t. Dan ini merupakan reality yg berlaku dalam kebanyakan Negara yang dinisbahkan kepada Islam hari ini. Sedangkan umat islam sedia maklum, wajibnya berhukum dengan syariat Allah s.w.t. dalam semua perkara dan menjauhi dari berhukum dengan selain dari syariat Allah, seperti firman Allah s.w.t. dlm surah al-Nisa’: 65, al-Maidah: 44,45,47, 49-50.

Para ulama juga menjelaskan, wajib ke atas setiap pemimpin Islam untuk berhukum dengan syariat Allah dalam semua urusan umat Islam dan dalam setiap apa yang diperselisihkan di kalangan mereka, sebagai memperaktikkan ayat-ayat al-Quran di atas. Dan para ulama juga menjelaskan, berhukum dengan selain dari syariat Allah, dan menghalalkan perbuatan tersebut merupakan perbuatan kufur yg mengeluarkan seseirang daripada agama islam. adapun jika tidak menghalalkan perbuatan tersebut, sebaliknya dia berhukum dengan selain syariat Allah itu disebabkan ada kepentingan tertentu dalam masa yg sama dia beriman bahwa perbuatannya itu tidak boleh, dan yang wajibnya ialah berhukum dgn syariat Allah. Maka dalam keadaan ini dia termasuk dalam kufur kecil, kazaliman yg kecil dan kefasikan yg kecil.

Perkataan Nabi s.a.w. yg bermaksud: “Dan simpulan yang akhir sekali dirungkaikan ialah solat” membawa maksud ramainya orang yang meninggalkan solat. Perkara ini juga merupakan satu fenomena yang berlaku hari ini.

Wallahu a’lam.
Nukilan bebas dari Kitab Majmu’ Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah oleh Samahah al-Syeikh al-‘Allamah ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz r.h. Jld 9, hal: 205.