Tuesday, August 25, 2009

Hadith Tentang Teriakan Dalam Bulan Ramadhan


Soalan:

Minta pencerahan tentang hadith ini:

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Jawapan:

Hadith ini tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujjah. Di bawah ini saya terjemahkan fatwa dari lamanweb islamweb.net

"Hadith ini dikeluarkan oleh Nu’aim bin Hammad (نعيم بن حماد) di dalam kitab al-Fitan (الفتن) daripada Ibn Mas’ud R.A. Di dalam sanadnya ada Ibn Lahi’ah (ابن لهيعة), dan ia adalah seorang yang lemah/dhaif, di dalam sanadnya juga ada ‘Abd al-Wahhab bin Husain (عبد الواب بن حسين), dan ia seorang majhul seperti yang dinyatakan oleh al-Hakim dan Ibn Hajar. Ada juga di dalam sanadnya rawi bernama Muhammad bin Thabit al-Banani (محمد بن ثابت البناني), beliau tergolong dalam individu yang ditajrihkan dan dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn Ibn ‘Adiy (ابن عدي), di dalamnya juga ada al-Harith al-A’war al-Hamdaniy (الحارث الأعور الهمداني ) dia termasuk pendusta hadith seperti yang dijelaskan oleh al-Sya’biy, Abu Hatim dan Ibn al-Madiniy. Abu Zur’ah pula berkata: “Tidak dijadikan hujjah dengan hadithnya.”


Di sebelah ini pula screenshoot fatwa dari laman Islamonline.net tentang hadith ini.

Ringkasan kedudukan hadith:

1. Al-Hakim mengatakan hadith ini teksnya ganjil.
2. al-Zahabi berkata: (Hadith ini) PALSU.
3. Ibn al-Jauzi menyenaraikan hadith ini sebagai hadith palsu di dalam kitabnya al-Maudhuaat.



Disebelah ini pula fatwa dari al-Syeikh Salman Fahd al-'Audah tentang hadith ini. Beliau menyebut hadith ini samaada Terlalu Lemah ataupun Palsu.

Wallahu a’lam.
binsahak


Monday, August 24, 2009

Hukum Mandi Janabah Siang Ramadhan



Soalan:

humaira: kita tidak dilarang utk berjima' di mlm bln ramadhan, bgaimana dgn hukum utk mandi wajib bg laki2 dan prempuan? adakah sah utk berpuasa pada pagi nya?

Jawapan:

TIDAK MENGAPA mandi janabah/wajib di siang hari Ramadhan, kerana mandi wajib tidak membatalkan puasa. Demikian juga TAK MENGAPA kita melewatkan mandi wajib hingga selepas azan subuh. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada ibu kita 'Aisyah dan Ummu Salamah R.'anhuma yang berkata:

"أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يدركه الفجر في رمضان وهو جنب من غير حُلم، فيغتسل ويصوم"

Maksudnya: "Nabi S.A.W. pernah berada dlm waktu fajar ketika bulan Ramadhan sedangkan baginda berjunub yang bukan disebabkan mimpi, kemudian baginda mandi dan meneruskan puasanya."

wallahu a'lam.

Sunday, August 23, 2009

Hukum Pernafasan Menggunakan Alat Bantuan Oksigen Ketika Berpuasa



Sumber:Laman IslamQ&A
Terjemahan: bin sahak
Soalan:

Sebahagian pesakit yang mengalami kesukaran bernafas memerlukan bantuan oksigen, apakah perkara ini memberi kesan kepada puasanya?

Jawapan:


Gas oksigen yang diberikan kepada sebahagian pesakit yang memerlukannya TIDAK membatalkan puasa, ini kerana tidak ada sebarang bahan tambahan yang lain. Hukum menggunakan alat bantuan pernafahan oksigen ini adalah sama seperti bernafas seperti biasa. Inilah hukum yang diberikan oleh Jawatankuasa Fekah Islam yang ada dinyatakan:

“Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa adalah seperti berikut: ……. (salah satunya) gas oksigen” Sila lihat "Majalah Jawatankuasa Fekah Islam" (مجلة مجمع الفقه الإسلامي 10/2/96, 454), “Perkara-perkara yang membatalkan Puasa terkini” oleh Dr. Ahmad Khalil, m.s. 50.

Wallahu a’lam.

Friday, August 14, 2009

Hukum Bekerja Sebagai Penyelamat di Kolam Renang


Soalan:

Saya bekarja sebagai penyelamat (rescue) di kolam renang yang mewajibkan saya memerhati perenang-perenang di kolam renang, dimana dikalangan mereka ada wanita yang kebiasaannya memakai baju renang. Apakah harus saya melakukan kerja ini ataupun tidak?

Jawapan:

Oleh: Majlis Kajian dan Fatwa Eropah
Penterjemah: binsahak

“Tidak mengapa bekerja sebagai penyelamat di kolam renang dengan menjaga syarat-syaratnya termasuk tidak melihat aurat-aurat wanita ajnabiy, tidak bersendirian dengan mereka dan tidak ada percampuran (antara lelaki dan perempuan) dalam bentuk yang tidak dibenarkan.

Apa yang jelas dari soalan penyoal menunjukkan dia terdedah kepada perkara-perkara yang dilarang oleh syarak seperti melihat aurat wanita yang diharamkan oleh syarak. Maka perkara itu tidak dibenarkan, melainkan jika ada dharurat yang terpaksa yang tidak ada jalan mengelaknya. Maka kami menasihati penyoal untuk mencari kerja lain yang jauh dari terjebak ke dalam perkara yang dilarang oleh syarak. Dan kemungkinan tidak mengapa dia berterusan dengan kerja tersebut sehingga dia mendapati kerja yang lain."


wallahu a'lam (Fatwa: 11/17)
sumber: islamonline.net

Monday, August 10, 2009

Tangisan dan rendah diri al-Imam al-Qaradhawi





"Saudara-saudara sekelian, aku ingin nyatakan bahawa, pujian-pujian ini dan sanjungan-sanjungan yang aku dengar (diberikan kepadaku) tidak akan memperdaya ku, dan tidak akan menipuku akan hakikat diri aku yang sebenarnya. Demi Allah aku mengetahui tentang hakikat diri ku sebenarnya, yang lemah, yang lalai dan cuai. Ibn ‘Atoilah al-Sakandari di dalam kitab Hikamnya berkata:


الناس يمدحونك, لما يظنونه فيك, فكن أنت ذما لنفسك لما تستيقنه منها, العاقل لا يترك يقين ما عنده لظن ما عند الناس

“Manusia memuji engkau, terhadap apa yang mereka sangka sesuatu perkara terpuji yang ada pada engkau. Maka jadilah engkau seorang yang menghina diri sendiri, dengan apa yang engkau yakini apa yang ada pada dirimu. Seorang yang berakal sepatutnya tidak meninggalkan (melupakan) suatu yang pasti terhadap dirinya berdasarkan pengetahuannya tentang dirinya sendiri, kerana sangkaan orang lain terhadap dirinya.”

Sangkaan orang ramai tidak akan memperdaya ku, terhadap hakikat diri aku yang aku kenali, demi Allah. Aku juga mengetahu Allah telah menutup (keaibanku) dengan tutupan yang indah, kerana termasuk kurniaan Allah kepada kita, sepertimana yang dinyatakan oleh Abu al-‘Atahiyah (أبو العتاهية):

أحسن الله بنا أن الخطايا لا تفوح, فإذا المستور منا بين ثوبيه فضوح

“Allah telah berlaku baik kepada kita, dengan menjadikan kesalahan-kesalahan kita itu tidak berbau, jika yang tertutup itu berbau, ia satu keaiban.”

Allah tidak menjadikan kesalahan dosa itu berbau, sehingga boleh dihidu oleh orang ramai, sebagai menutup keaiban kita, maka Allah telah menutup (keaiban kita) dengan tutupan yang indah, dan aku berharap Allah akan menutup keaiban kita diakhirat, sepertimana Dia telah menutup keaiban kita di dunia.

Sesungguhnya kemuliaan-kemuliaan ini (yang diberikan kepadaku), pujian-pujian dan anuberah-anugerah , aku bimbang wahai saudara-saudara ku, dia akan menghilangkan pahala ku. Al-Imam Muslim telah meriwayatkan di dalam sahihnya:

ما من غازية تغزو في سبيل الله فيصيبون الغنيمة إلا تعجلوا ثلثي أجرهم من الآخرة ويبقى لهم الثلث وإن لم يصيبوا غنيمة تم لهم أجرهم

Maksudnya: “Tidak ada kumpulan yang berperang di jalan Allah, kemudian mereka memperolehi al-Ghanimah (harta rampasan perang) di dalam peperangan itu, bererti pahala mereka di akhirat telah disegerakan 2/3nya di dunia, dan tinggallah untuk mereka 1/3 (pahala di akhirat), jika mereka tidak memperolehi harta rampasan perang, pahala (jihad) mereka sempurna diberikan di akhirat.”


Maka aku bimbang wahai saudara-saudara ku, pujian-pujian ini (yang diberikan kepada ku), sanjungan-sanjungan dan ungkapan-ungkapan para sahabat dan pelajar-pelajar ku menghilangkan 2/3 pahala ku, ini (pujian dan sanjungan ini) merupakan ghanimah bagi seorang alim, orang ramai memuji dan memuliakannya, ia merupakan anugerah dan ghanimah kepadanya, ia menghilangkan 2/3 pahala. Maka jika kemuliaan-kemuliaan ini menghilangkan 2/3 daripada pahala ku, maka sesungguhnya aku telah rugi!, apatah lagi jika baki 1/3 yang tinggal itu ada pula kekurangan dan cacat-cela! Maka apakah yang tinggal utk seseorang itu?

Seminar ini adalah untuk para pelajar dan para sahabat. Saudara-saudara menyebut: “al-Imam al-Qaradhawi”, aku demi Allah bukan seorang pemimpin dan bukan pula seorang imam, aku sentiasa merasakan aku seorang pejuang, dan aku seorang pelajar!!! Dan aku akan terus menjadi seorang pelajar. Seorang alim yang sebenarnya, ialah yang sentiasa menjadi seorang pelajar sepanjang hayatnya. Dan aku sentiasa belajar, dan aku sedar bahawasanya banyak perkara yang aku tidak tahu.....

(terjemahan bersambung bila ada kelapangan insyaallah)