Saturday, October 4, 2008

Salafiah Yang SEBENARNYA

al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin berkata:


"Salafiah itu ialah mengikut Nabi SAW dan para sahabat baginda, kerana merekalah yang telah mendahului kita, orang yang mengikut mereka, dialah salafiah. Adapun bagi orang yang menjadikan salafiah sebagai satu manhaj kepuakan, tidak diragukan lagi, perkara ini menyalahi al-Salafiah, sesungguhnya generasi salaf, semua mereka menyeru kepada kesatuan dan berpegang dengan sunnah Rasul SAW, mereka tidak menyesatkan sesiapa yang berbeza dengan mereka, melainkan dalam persoalan akidah (asas akidah), dimana mereka berpandangan orang yang berbeza itu tersesat. Adapun dalam masaalah amaliah, mereka banyak meringankannya.

Akan tetapi sebagian orang yang mengikut salafiah pada masa ini suka menyesatkan orang yang berbeza dengan mereka, mereka menjadikannya sebagai satu manhaj kepuakan/kepartian, sama seperti puak-puak/parti-parti yang lain yang dinisbahkan kepada agama Islam, perkara ini sepatutnya diingkari dan tidak boleh dipersetujui. Lihatlah kepada mazhab al-Salaf al-Soleh, apakah yang mereka lakukan? lihatlah kepada jalan yang mereka tempoh, berlapang dada dalam persoalan-persoalann khilaf yang dibenarkan berijtihad, sehingga mereka telah berbeza dalam persoalan-persoalan yang besar, dalam masaalah akidah dan amaliah. Kamu akan dapati, umpamanya, sebahagian mereka berpendapat Nabi SAW tidak melihat Allah SWT (pada malam Mikraj), sebahagian yang lain berpendapat baginda melihat. Dalam masaalah lain, sebagian mereka berpendapat yang ditimbang di akhirat kelak ialah amalan-amalan manusia, sedangkan sebahagian yang lain berpandangan yang ditimbang itu ialah buku-buku catatan amalan. Kamu juga akan dapati, dalam persoalan-persoalan fiqh, mereka banyak berbeza berpendapat, dalam persoalan pernikahan, faraid, jual-beli dan selainnya sedangkan mereka tidak menyesatkan sebahagian dengan sebahagian yang lain.

Maka salafiah dalam erti kata ia menjadi satu puak/parti tertentu yang memiliki ciri-cirinya yang tersendiri, mereka menyesatkan orang yang selain mereka, maka mereka ini bukanlah salafiah sama-sekali. Sebaliknya salafiah ialah yang mengikut manhaj al-Salaf dalam persoalan akidah, perkataan, perbuatan, bersatu hati, berbeza pendapat, kesepakatan dan sayang menyayangi, sepertimana sabda Nabi SAW:



مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم كمثل الجسد الواحد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالحمى والسهر



Maksudnya: "Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dalam kecintaan, kelembutan dan kasih sayang di antara mereka ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota sakit, maka seluruh anggota turut merasakannya dengan tetap berjaga dan demam." Inilah Salafiah yang sebenarnya." (al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin RH. Liqa-aat al-Bab al-Maftuh 3/246)

Wallahu a'lam.
penterjemah: binsahak

--------- Teks asal -----------


"السلفية: هي اتباع منهج النبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه؛ لأنهم هم الذين سلفونا وتقدموا علينا، فاتباعهم هو السلفية.
وأما اتخاذ السلفية كمنهج خاص ينفرد به الإنسان ويضلل من خالفه من المسلمين ولو كانوا على حق، واتخاذ السلفية كمنهجٍ حزبي فلا شك أن هذا خلاف السلفية ، فالسلف كلهم يدعون إلى الاتفاق والالتئام حول سنة الرسول صلى الله عليه وسلم ولا يضللون من خالفهم عن تأويل، اللهم إلا في العقائد، فإنهم يرون أن من خالفهم فيها فهو ضال، أما في المسائل العملية فإنهم يخففون فيها كثيراً.
لكن بعض من انتهج السلفية في عصرنا هذا صار يضلل كل من خالفه ولو كان الحق معه، واتخذها بعضهم منهجاً حزبياً كمنهج الأحزاب الأخرى التي تنتسب إلى دين الإسلام، وهذا هو الذي يُنكر ولا يمكن إقراره، ويقال: انظروا إلى مذهب السلف الصالح ماذا كانوا يفعلون؟ انظروا طريقتهم وفي سعة صدورهم في الخلاف الذي يُسوغ فيه الاجتهاد، حتى إنهم كانوا يختلفون في مسائل كبيرة، وفي مسائل عقدية، وعملية، فتجد بعضهم مثلاً يُنكر أن الرسول صلى الله عليه وسلم رأى ربه، وبعضهم يقول: بلى، وترى بعضهم يقول: إن التي توزن يوم القيامة هي الأعمال، وبعضهم يرى أن صحائف الأعمال هي التي توزن، وتراهم أيضاً في مسائل الفقه يختلفون كثيراً، في النكاح، والفرائض، والبيوع، وغيرها، ومع ذلك لا يضلل بعضهم بعضاً.
فالسلفية بمعنى أن تكون حزباً خاصاً له مميزاته ويضلل أفراده من سواهم فهؤلاء ليسوا من السلفية في شيء. وأما السلفية التي هي اتباع منهج السلف عقيدة وقولاً وعملاً وائتلافاً واختلافاً واتفاقاً وتراحماً وتواداً، كما قال النبي صلى الله عليه وسلم: (مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم كمثل الجسد الواحد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالحمى والسهر) فهذه هي السلفية الحقة" انتهى .
فضيلة الشيخ محمد بن عثيمين رحمه الله .
"لقاءات الباب المفتوح" (3/246) .


0 comments: