Soalan:
Assalamu’alaikum Ustaz.
Ada beberapa kenalan saya yang selalu mengikuti majlis-majlis
selawat perdana dan seumpamanya mendakwa majlis mereka dihadiri oleh
Rasulullah. Kehadiran baginda disaksikan oleh sebahagian daripada mereka.
Mereka mendakwa baginda datang dalam rupa lembaga. Mohon penjelasan dari ustaz.
Jawapan:
Bagaimana mereka dapat pastikan lembaga yang datang itu adalah
lembaga Rasulullah SAW? Hairan sungguh hairan, mengapa dakwaan seumpama ini
tidak pernah dibuat oleh mana-mana ulama umat Islam seperti Imam Abu Hanifah,
Malik, al-Syafie dan Ahmad? Tak pernah ada juga dakwaan seperti ini dinukilkan
kepada kita dari zaman para sahabat RA? Ajaib sungguh ajaib, apakah majlis
mereka lebih mulia berbanding majlis ilmu yang diadakan oleh para Sahabat dan
para ulama rabbaniyyin?
Jika benar ada dakwaan seperti yang dinyatakan, kita bimbang, lembaga
yang didakwa hadir, sebenarnya adalah syaitan yang datang ke dalam majlis
mereka bagi tujuan memperdayakan mereka. Di bawah ini saya terjemahkan
perkataan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, mudah-mudahan boleh dijadikan sebagai bahan
penilaian. Beliau berkata:
ولما كانت الخوارق كثيرا ما تنقص بها درجة الرجل
كان كثير من الصالحين يتوب من مثل ذلك ويستغفر الله تعالى كما يتوب من الذنوب :
كالزنا والسرقة وتعرض على بعضهم فيسأل الله زوالها وكلهم يأمر المريد السالك أن لا
يقف عندها ولا يجعلها همته ولا يتبجح بها ; مع ظنهم أنها كرامات فكيف إذا كانت بالحقيقة من الشياطين تغويهم بها فإني أعرف من تخاطبه
النباتات بما فيها من المنافع وإنما يخاطبه الشيطان الذي دخل فيها وأعرف من
يخاطبهم الحجر والشجر وتقول : هنيئا لك يا ولي الله فيقرأ آية الكرسي فيذهب
ذلك.
وأعرف من يقصد صيد الطير فتخاطبه العصافير وغيرها وتقول : خذني حتى يأكلني الفقراء ويكون الشيطان قد دخل فيها كما يدخل في الإنس ويخاطبه بذلك ومنهم من يكون في البيت وهو مغلق فيرى نفسه خارجه وهو لم يفتح وبالعكس وكذلك في أبواب المدينة وتكون الجن قد أدخلته وأخرجته بسرعة أو تمر به أنوار أو تحضر عنده من يطلبه ويكون ذلك من الشياطين يتصورون بصورة صاحبه فإذا قرأ آية الكرسي مرة بعد مرة ذهب ذلك كله .وأعرف من يخاطبه مخاطب ويقول له أنا من أمر الله ويعده بأنه المهدي الذي بشر به النبي صلى الله عليه وسلم ويظهر له الخوارق [ ص: 301 ] مثل أن يخطر بقلبه تصرف في الطير والجراد في الهواء ; فإذا خطر بقلبه ذهاب الطير أو الجراد يمينا أو شمالا ذهب حيث أراد وإذا خطر بقلبه قيام بعض المواشي أو نومه أو ذهابه حصل له ما أراد من غير حركة منه في الظاهر وتحمله إلى مكة وتأتي به وتأتيه بأشخاص في صورة جميلة وتقول له هذه الملائكة الكروبيون أرادوا زيارتك فيقول في نفسه : كيف تصوروا بصورة المردان فيرفع رأسه فيجدهم بلحى ويقول له علامة إنك أنت المهدي إنك تنبت في جسدك شامة فتنبت ويراها وغير ذلك وكله من مكر الشيطان
وأعرف من يقصد صيد الطير فتخاطبه العصافير وغيرها وتقول : خذني حتى يأكلني الفقراء ويكون الشيطان قد دخل فيها كما يدخل في الإنس ويخاطبه بذلك ومنهم من يكون في البيت وهو مغلق فيرى نفسه خارجه وهو لم يفتح وبالعكس وكذلك في أبواب المدينة وتكون الجن قد أدخلته وأخرجته بسرعة أو تمر به أنوار أو تحضر عنده من يطلبه ويكون ذلك من الشياطين يتصورون بصورة صاحبه فإذا قرأ آية الكرسي مرة بعد مرة ذهب ذلك كله .وأعرف من يخاطبه مخاطب ويقول له أنا من أمر الله ويعده بأنه المهدي الذي بشر به النبي صلى الله عليه وسلم ويظهر له الخوارق [ ص: 301 ] مثل أن يخطر بقلبه تصرف في الطير والجراد في الهواء ; فإذا خطر بقلبه ذهاب الطير أو الجراد يمينا أو شمالا ذهب حيث أراد وإذا خطر بقلبه قيام بعض المواشي أو نومه أو ذهابه حصل له ما أراد من غير حركة منه في الظاهر وتحمله إلى مكة وتأتي به وتأتيه بأشخاص في صورة جميلة وتقول له هذه الملائكة الكروبيون أرادوا زيارتك فيقول في نفسه : كيف تصوروا بصورة المردان فيرفع رأسه فيجدهم بلحى ويقول له علامة إنك أنت المهدي إنك تنبت في جسدك شامة فتنبت ويراها وغير ذلك وكله من مكر الشيطان
Maksudnya: “Dan ketikamana perkara-perkara luar dari kebiasaan
kebanyakannya apa-apa yang boleh mengurangkan kedudukan seseorang. Kerana itu
ramai dari kalangan orang-orang soleh bertaubat dari perkara-perkara seperti
ini (perkara-perkara luar dari kebiasaan) dan beristighfar kepada Allah Taala
sepertimana seseorang bertaubat dari dosa seumpama zina dan mencuri. Mereka
meminta agar Allah menghilangkan perkara-perkara tersebut dari mereka. Mereka
juga meminta para murid al-Salik agar tidak memberi perhatian kepada
perkara-perkara luar dari kebiasaan itu dan jangan bermegah dengannya. Dalam
keadaan perkara-perkara luar biasa itu pada sangkaan mereka adalah berupa
karamah. Maka bagaimana jika perkara-perkara luar biasa itu pada hakikatnya
ialah tipu-daya syaitan. Daku mengetahui adanya orang yang mana tumbuh-tumbuhan
berbicara dengannya dalam perkara-perkara yang bermanfaat, sebaliknya yang
berbicara dengannya itu adalah syaitan yang telah masuk ke dalam
tumbuh-tumbuhan tersebut. Aku juga mengenali adanya orang yang batu dan pokok
berbicara dengannya dan berkata: “keberuntungan untukmu wahai wali Allah.” Lalu
orang itu membaca ayat al-Kursi, lalu suara itu lari daripadanya. aku juga
mengetahui adanya orang yang hendak memburu burung, lalu burung-burung kecil
dan lainnya berbicara dengannya dan berkata: “Ambillah (tangkaplah) aku, agar
orang-orang miskin dapat memakan daging aku.” Sedangkan syaitan telah memasuki
ke dalam burung tersebut sepertimana mereka memasuki tubuh-badan manusia dan
berbicara melalui lidah mereka. Demikian juga dari kalangan mereka ada pula ketika
berada di dalam rumah dalam keadaan pintu tertutup, dia melihat dirinya di luar
rumahnya sedangkan dia belum lagi membuka puntu rumah, berlaku juga hal yang
sebaliknya. Demikian juga di pintu-pintu bandar, terdapat jin yang masuk dan
keluar dengan cepat, atau mereka mendatangkan kepadanya orang yang dia minta,
semua itu adalah syaitan yang menyerupai rupa sahabatnya. Apabila dia membaca
ayat al-Kursiy beberapa kali, semua itu pergi daripadanya. aku juga mengetahui ada
orang yang berbicara dengannya seseorang yang berkata: “Aku datang dari
perintah Allah.” Lalu dia bersumpah kepada orang itu bahawa dia ialah imam
mahdi yang dikhabarkan oleh Nabi SAW, lalu dia menzahirkan beberapa perkara
luar biasa seperti membawa hatinya membayangkan sekumpulam burung dan belalang
berterbangan di udara. Apabila orang itu terlintas di hatinya agar burung dan
belalang itu bergerak ke arah kanan atau kiri, semuanya ikut berdasarkan apa
yang terlintas di dalam hatinya. Apabila terlintas di dalam hatinya sebahagian
binatang ternak berjaga, tidur atau pergi, maka semua berlaku apa yang
dikehendakinya tanpa perlu sebarang gerakan tindakan zahir darinya. Mereka (para
jin dan syaitan) membawanya ke Mekah, dan mereka juga mendatangkan kepadanya
beberapa individu dengan rupa yang cantik dan berkata kepadanya: “Ini adalah
para al-Malaikat al-Karubiyyun[1]
hendak menziarahinya. Lalu orang itu berkata di dalam hatinya: “Bagaimana
mereka boleh menyerupai rupa paras Amrad (lelaki-lelaki yang cantik dan tidak
memiliki janggut), lalu dia mengangkat kepalanya dan mendapati mereka semua mempunyai
janggut pula. Dan dikatakan kepadanya, engkau memiliki tanda yang engkau adalah
imam mahdi, iaitulah dengan tumbuhnya tahi lalat di jasad engkau, dan tahi lalat itu tumbuh di badannya dan dia dapat
melihat tahi lalat tersebut dan perkara-perkara lain lagi yang berlaku yang
semuanya adalah dari tipu-daya dan perancangan syaitan.”[2]
Wallahu a’lam.
[1]
Al-Karubiyyun ialah nama malaikat yang terdapat berbagai tafsiran para ulama.
Namun ia bukan bersumberkan hadis yang sahih. Sebaliknya disebut oleh beberapa
ulama tafsir di dalam kitab mereka antaranya al-Imam Ibn Kathir ketika
menafsirkan ayat 7 dari surah Ghafir:
Maksudnya: “malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat
Yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya;
serta mereka memohon ampun bagi orang-orang Yang beriman (dengan berdoa
merayu): "Wahai Tuhan kami! rahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya;
maka berilah ampun kepada orang-orang Yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan
peliharalah mereka dari azab neraka.”
Beliau berkata:
يخبر
تعالى عن الملائكة المقربين من حملة العرش الأربعة ، ومن حوله من الكروبيين ،
بأنهم يسبحون بحمد ربهم
Maksudnya: “Allah Taala menkhabarkan tentang para
malaikat al-Muqarrabin dari kalangan malaikat pemikul ‘Arasy yang empat, dan
malaikat sekitar ‘arasy dari kalangan al-Karubiyyin, bahawa mereka semua
bertasbih dan memuji tuhan mereka…” (lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim)
[2] Majmu’
al-Fatawa oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah 11/30
0 comments:
Post a Comment