Soalan:
Saya telah menjual
rumah yang saya duduki untuk membeli rumah lain pada bulan Ramadhan yang lalu.
dalam bulan Syawal berikutnya saya membeli rumah yang saya idamkan dengan duit
jualan rumah tersebut. Soalan saya apakah wang yang saya perolehi dari menjual
rumah saya dalam bulan Ramadhan itu bagi tujuan memberi rumah yang lain wajib
dikeluarkan zakat?
Jawapan:
Wang yang anda
perolehi dari jualan rumah dalam bulan Ramadhan tersebut TIDAK WAJIB
dikeluarkan zakat kerana ia tidak cukup tempoh setahun.
Namun sekiranya wang yang anda perolehi hasil dari jualan rumah
dalam bulan Ramadhan tersebut cukup nisab dan anda memegangnya hingga sempurna setahun
qamariah maka wang tersebut wajib dikeluarkan zakat.
0 comments:
Post a Comment