A. BERGEMBIRA KETIKA HARI RAYA
Disyariatkan untuk menzahirkan
kegembiraan dan keseronokan ketika hari raya dengan perkara-perkara yang harus.
Hal ini berdasarkan peristiwa yang berlaku di zaman Nabi SAW. ‘Aisyah RA
meriwayatkan:
أَنَّ أَبَا بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا جَارِيَتَانِ فِي أَيَّامِ مِنَى تُدَفِّفَانِ
وَتَضْرِبَانِ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَغَشٍّ
بِثَوْبِهِ فَانْتَهَرَهُمَا أَبُو بَكْرٍ فَكَشَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ وَجْهِهِ فَقَالَ دَعْهُمَا يَا أَبَا بَكْرٍ فَإِنَّهَا
أَيَّامُ عِيدٍ
Mafhumnya:
“Bahawa Abu Bakr RA pernah masuk menemui beliau (Aisyah), ketika itu
terdapat dua orang budak perempuan sedang memukul gendang pada hari-hari Mina
(hari raya al-Adha), sedang Nabi SAW berselubung dengan pakaian baginda, lalu
Abu Bakr menghalang mereka berdua, lalu Nabi SAW menyingkap pakaian yang
menutup wajah baginda dan bersabda: “Biarkan mereka berdua wahai Abu Bakr, kerana
sesungguhnya hari ini adalah hari raya.” (Hadis riwayat al-Bukhari di dalam
Sahihnya, Kitab al-‘Iedain)
B.
MANDI
SEBELUM KELUAR MENUNAIKAN SOLAT HARI RAYA.
Imam
Malik RH meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatto’ (الموطأ):
أَنَّ عَبْدَ
اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى
Maksudnya:
“Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum
beliau keluar ke tempat solat.”
C.
MAKAN
SEBELUM KELUAR MENUNAIKAN SOLAT HARI RAYA ‘AID AL-FITRI DAN SEBALIKNYA UNTUK
‘AID AL-ADHA
كَانَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا
Maksudnya:
“Adalah Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari raya al-Fitri,
sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda
memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (al-Bukhari: 953)
Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika memberi
komentar terhadap hadith ini berkata: “Demikian itu kerana untuk mengelakkan
(anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera
mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” (Fath
al-Bari: 2/446)
D.
BERTAKBIR
PADA HARI RAYA
Takbir Hari Raya adalah termasuk sunnah yang
agung berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah: 185)
Daripada al-Walid bin Muslim katanya:
سَأَلْتُ
اْلأَوْزَاعِي وَمَالِكَ بْنَ أَنَسٍ عَنْ إِظْهَارِ التَّكْبِيْرِ فِيْ
اْلعِيْدَيْنِ، قَالَا: نَعَمْ كَانَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ يُظْهِرُهُ فِيْ
يَوْمِ الْفِطْرِ حَتَّى يَخْرُجَ اْلإِمَامُ
Mafhumnya:
“Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan
takbir pada dua Hari Raya. Kata mereka berdua : “Ya, dahulunya ‘Abdullah bin
‘Umar menzahirkan takbir pada Hari Raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk
menunaikan solat raya).”
Ada juga riwayat yang Sahih daripada ‘Abdul
Rahman al-Salamiy katanya:
كَانُواْ
فِيْ الْفِطْرِ أَشَدُّ مِنْهُمْ فِيْ الْأَضْحَى
Mafhumnya:
“Adalah dahulunya mereka (para sahabat Nabi SAW) pada Hari Raya al-Fitri
lebih bersungguh berbanding Hari Raya al-Adha,” Waki’ berkata: “Yakni
(mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil :
3/122)
Al-Daraqutni dan selainnya pula meriwayatkan
bahawa Ibn ‘Umar apabila keluar pada pagi hari raya al-Fitri dan hari raya
al-Adha, beliau bersungguh-sungguh bertakbir sehinggalah sampai ke tempat
solat, kemudian dia bertakbir lagi sehinggalah Imam keluar (untuk mendirikan
solat).
Ibn Abi Syaibah pula meriwayatkan dengan sanad
yang sahih daripada al-Zuhriy katanya:
كَانَ
النَّاسُ يُكَبِّرُوْنَ فِيْ الْعِيْدِ حِيْنَ يَخْرُجُوْنَ مِنْ مَنَازِلِهِمْ
حَتَّى يَأْتُوا الْمُصَلَّى وَحَتَّى يَخْرُجَ اْلإِمَامُ فَإِذَا خَرَجَ
الْإِمَامُ سَكَتُوْا فَإِذَا كَبَّرَ كَبَّرُوْا
Mafhumnya:
“Orang ramai bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah sehinggalah
mereka sampai ke tempat menunaikan solat dan sehingga Imam keluar, apabila imam
keluar (untuk menunaikan solat), mereka semua senyap, apabila Imam bertakbir,
mereka juga bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil: 2/121)
Bertakbir pada pagi hari raya ketika keluar
dari rumah menuju ke tempat mendirikan solat dan sehingga keluarnya Imam adalah
suatu perkara yang benar-benar masyhur di sisi generasi Salaf, sekumpulan ulama
yang menulis seperti Ibn Abi Syaibah, ‘Abdul Razak dan al-Firyabi dalam
kitabnya Ahkam al-‘Iedain (Hukum-Hakam Dua Hari raya) menukilkan perkara
ini dari generasi Salaf, kerana itu Nafi’ bin Jubair sentiasa akan bertakbir
(pada pagi hari raya) dan beliau menganggap pelik orang-orang yang tidak
bertakbir (pada pagi hari raya) sambil berkata:
أَلَا
تُكَبِّرُوْنَ
Mafhumnya:
“Apakah kamu semua tidak bertakbir?”
E.
LAFAZ
TAKBIR HARI RAYA
Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah
dengan sanad yang Sahih daripada Ibn Mas’ud RA yang bertakbir pada hari Tasyrik
dengan lafaz:
اللهُ
أكْبَرُ، اللهُ أكْبَر، لَا إلهَ إلاَّ اللهُ وَاللهُ أكْبَرُ، اللهُ أكْبَرُ
وَلِلَّهِ الْحَمْد
Maksudnya:
“Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada ilah melainkan Allah dan Allah
yang maha besar, Allah yang masa besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
Ibn Abi Syaibah juga meriwayatkan dengan sanad
yang sama, dimana takbir (الله أكبر) itu diucapkan
sebanyak tiga kali.
Oleh yang demikian Ibn ‘Abd al-Barr berkata di
dalam al-Istizkar:
صَحَّ
عَنْ عُمَرَ وَعَلِيٍّ وَابْنِ
مَسْعُودٍ أَنَّهُمْ كَانُوا يُكَبِّرُونَ ثَلَاثًا
ثَلَاثًا: اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ
Mafhumnya:
“Telah Sahih dari ‘Umar, ‘Ali dan Ibn Mas’ud yang mana mereka bertakbir tiga
kali, tiga kali: Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.” (Nail
al-Awtor, Kitab al-‘Aidain. Oleh al-Imam al-Syaukani)
Al-Mahaamiliy (المحاملي) pula meriwayatkan dengan sanad yang sahih tentang lafaz takbir
Raya daripada Ibn Mas’ud RA:
اللهُ أكْبَرُ كَبِيْراً، اللهُ
أكْبَرُ كَبِيْراً، اللهُ أكْبَرُ وَأجَلّ، اللهُ أكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْد
Maksudnya:
“Allah yang maha besar sebesar-besarnya, Allah yang maha besar
sebesar-besarnya, Allah yang maha besar dan yang maha agung, Allah yang maha
besar dan bagi Allah segala pujian.” (Irwa’ al-Ghalil : 3/126)
Al-Syeikh
Mustafa al-‘Adawi di dalam risalahnya Ahkam al-‘Iedain berkata:
لَمْ يَرِدْ عَنِ النَّبِيِّ –عليه السلام- صِيْغَةً مَنْ صِيَغِ
التَّكْبِيْرِ, بَلْ تَعَدَّدَ فَعْلٌ ذَلِكَ مِنْ السَّلَفِ –رضوان الله عليهم-
مِمَّا عَلَيْهِ النَّاسُ اليَوْم, فَلَا إِلْزَامَ بِصِيْغَةٍ مُعَيّنَةٍ
Mafhumnya:
“Tidak terdapat dari Nabi SAW satu lafaz takbir tertentu, bahkan terdapat
banyak lafaz yang diucapkan oleh generasi Salaf, seperti apa yang dilakukan
oleh orang ramai pada hari ini, maka tiada kemestian untuk menetapkan sesuatu
lafaz tertentu.”
Kerana itu al-Imam al-Syafie berkata:
وَإِنْ زَادَ فَقَالَ:
Mafhumnya:
“Sekiranya ditambah (di dalam takbir raya):
اللَّهُ
أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً
وَأَصِيلًا اللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَه
الدَّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ
وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا
اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ: فَحَسَنٌ
Mafhumnya:
Allah Yang Maha Besar Sebesar-besarnya, dan segala pujian yang banyak adalah
milik Allah, Maha Suci Allah pada pagi dan petang, Allah Yang Maha Besar, kami
tidak menyembah melainkan Allah dalam keadaan ikhlas kepadanya, sekalipun tidak
disukai oleh orang-orang kafir, tidak ada tuhan melainkan Allah Yang Esa,
benarlah janjiNya, Dia menolong hambaNya, Dia menghancur tentera Ahzab, tidak
ada tuhan melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar: Adalah suatu (lafaz) yang
baik.” (al-Umm: 1/241)
Abu Ishak al-Syirazi berkata:
لِأَنَّ
النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ذَلِكَ عَلَى الصَّفَا
Mafhumnya:
“Ini kerana Nabi SAW telah mengucapkan lafaz ini ketika baginda berada di
atas bukit Safa.” (al-Muhazzab: 1/121)
Al-Son’ani berkata:
وَفِيْ
الشَّرْحِ صِفَاتٌ كَثِيْرَةٌ وَاسْتِحْسَانَاتٌ عَنْ عِدَّةٍ مِنَ الْأَئِمَّةِ،
وَهُوَ يَدُلُّ عَلَى التَّوَسُّعَةِ فِيْ اْلأَمْرِ وَإِطْلَاقِ الْآيَةِ
يَقْتَضِيْ ذَلِكَ
Mafhumnya:
“Di dalam al-Syarh terdapat berbagai sifat (takbir) yang banyak dan baik
dari beberapa orang para Imam (umat Islam), semua ini menunjukkan keluasan
perkara ini, dan keumuman ayat al-Quran menunjukkan perkara ini.” (Subul
al-Salam: 2/72)
Sahnun pula berkata:
قُلْتُ
لِابْنِ الْقَاسِمْ: فَهَلْ ذَكَرَ لَكُمْ مَالِكٌ التَّكْبِيْرَ كَيْفَ هُوَ؟
قَالَ: لَا، قَالَ: وَمَا كَانَ مَالِكٌ يَحُدّ فِيْ هَذِهِ الْأَشْيَاءَ حَدّاً
Mafhumnya:
“Saya bertanya kepada Ibn al-Qasim: Apakah (Imam) Malik ada menyebut kepada
kamu semua tentang takbir (hari raya) bagaimana lafaznya? Dia menjawab: Tidak,
dan Imam Malik tidak pernah menetapkan sesuatupun (tentang takbir raya).” (al-Mudawwanah:
1/245)
Dari nukilan-nukilan ini menunjukkan
Nabi SAW tidak pernah menetapkan sebarang lafaz takbir raya yang tertentu. Oleh
yang demikian perkara takbir raya ini termasuk dalam perkara yang diberi
keluasan di dalam agama. Perkara ini seperti yang dinyatakan oleh Ibn ‘Abd
al-Barr di dalam al-Istizkar:
وَأَمَّا كَيْفِيَّةُ
التَّكْبِيرِ، فَالَّذِي صَحَّ عَنْ عُمَرَ، وَابْنِ
عُمَر، وَعَلِيٍّ، وَابْنِ
مَسْعُودٍ أَنَّهُ ثَلَاثٌ ثَلَاثٌ: اللَّهُ أَكْبَرُ .
. . اللَّهُ أَكْبَرُ . . . اللَّهُ أَكْبَرُ، وَقَدْ ذَكَرْنَا اخْتِلَافَ الْفُقَهَاءِ فِي
ذَلِكَ أَيْضًا ، وَكُلُّ ذَلِكَ وَاسِعٌ
Mafhumnya:
“Dan adapun tentang kaifiat takbir, maka yang telah Sahih dari ‘Umar, Ibn
‘Umar, ‘Ali dan Ibn Mas’ud, ia dilakukan tiga kali, tiga kali: Allahu Akbar,
Allahu Akbar, Allahu Akbar. Kami juga telah sebutkan perbezaan para fuqaha
dalam perkara ini, kesemua ini menunjukkan ianya perkara yang ada keluasan.” (al-Istizkar
al-Jami’ li Mazahib Fuqaha’ al-Ahsor: 4/338)
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah
berkata:
ومن
الناس من يثلثه أول مرة ويشفعه ثاني مرة وطائفة من الناس تعمل بهذا، وقاعدتنا في
هذا الباب أصح القواعد أن جميع صفات العبادات من الأقوال والأفعال إذا كانت مأثورة
أثرا يصح التمسك به لم يكره شيء من ذلك بل يشرع ذلك كله كما قلنا في أنواع صلاة
الخوف وفي نوعي الأذان الترجيع وتركه
Mafhumnya: “Di kalangan orang
ramai ada yang menjadikan lafaz takbir tiga kali pada kali pertama, dan
menjadikan lafaz takbir dua kali pada kali kedua, dan kaedah kami dalam bab
ini, sebaik-baik kaedah ialah kesemua sifat-sifat ibadah yang terdiri dari
perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan, jika kesemuanya diambil dari athar
yang boleh berpegang dengannya, tidak dimakruhkan sesuatupun bahkan disyariatkan
kesemuanya, sepertimana kami katakan dalam persoalan jenis-jenis solat al-Khauf
dan dalam dua jenis azan sama ada hendak
al-Tarji’ atau tidak perlu…” (Majmu’ al-Fatawa Ibn Taimiyyah)
Takbir hari raya juga diucapkan dengan
diangkat suara bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata
tempat termasuk di masjid, di rumah dan di pasa-pasar.
F.
SOLAT
HARI RAYA
Dilakukan secara
berjemaah sebanyak dua rakaat. ‘Umar bin al-Khattab RA berkata:
صلاة الفطر ركعتان وصلاة الأضحى ركعتان تمام غيرُ قصر على لسان نبيكم وقد
خاب من افترى
Maksudnya: “Solat
hari raya fitri itu adalah dua rakaat dan solat hari raya adha itu juga dua
rakaat secara sempurna bukan qasar berdasarkan percakapan Nabi kamu semua,
sesungguhnya
G.
UCAPAN
TAHNIAH PADA HARI RAYA
Termasuk daripada adab Berhari Raya ialah
dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik
seperti ucapan :
1. تَقَبَّلَ اللهُ
مِنَّا وَمِنْكُمْ
- Semoga Allah menerima (amalan) dari
kami dan anda semua)
2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) Hari Raya yang diberkati.
Atau ucapan yang seumpama dengan
di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan. Jubair bin
Nufair berkata: “Para sahabat Nabi SAW apabila mereka bertemu sesama mereka
pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ, Ibn Hajar berkata: “Isnad
(riwayat ini ) Hasan.” (Fath al-Bari : 2/446)
H.
BERCANTIK
DAN BERHIAS DI HARI RAYA
Daripada Jabir RA katanya:
كَانَ
لِلنَّبِيِّ صِلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جُبَّة يَلْبِسُهَا لِلْعِيْدَيْنِ وَيَوْمِ
اْلجُمُعَةِ
Mafhumnya:
“Nabi SAW ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya
dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah: 1765)
Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan
sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya
seindah-indah pakaiannya.
Memakai pakaian cantik dan berhias pada hari
raya ini adalah untuk kaum lelaki, dan tidaklah disyaratkan pakaian yang baru.
Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa seperti
sabda Nabi SAW:
وَلْيَخْرُجْنَ تَفِلَاتٍ
Maksudnya:
“Dan hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan tidak berwangi-wangian.”
(Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Larangan ini termasuk juga berhias dan
bercantik yang melampau yang mampu menarik minat kaum lelaki. Sudah tentu
keadaan seperti ini akan menimbulkan keburukan.
I.
KELUAR
DAN PULANG DARI SOLAT MELALUI JALAN YANG BERLAINAN
Daripada
Jabir bin Abdillah RA katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya: “Nabi SAW, ketika hari raya baginda membezakan jalan
(pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari: 986)
Terdapat beberapa hikmah dalam
perbuatan ini, antaranya:
i.
Dua
jalan yang berbeza tersebut akan menjadi saksi di hadapan Allah pada hari
kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang
dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii.
Untuk
menzahirkan syiar-syiar Islam.
iii.
Untuk
menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka
dengan ramainya umat Islam.
iv.
Untuk
mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau
untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silatur rahim.
1 comments:
alhamdulillah salam eid mubarak..
Post a Comment