Wednesday, February 10, 2010

Bulan ini (Safar) dalam sejarah Nabi s.a.w.



1. Menggerakan operasi peperangan al-Abwa (الأبواء) atau dikenali juga sebagai Waddan (ودّان). Berlaku pada tahun ke-2 H. Ia merupakan peperangan pertama yang melibatkan Nabi s.a.w. Ia juga merupakan peperangan yang disertai oleh kaum Muhajiran sahaja, iaitu seramai 70 org. Bendera berwarna putih dibawa oleh Hamzah bin Abd al-Mutallib. Pemerintahan Madinah dipangku oleh Sa'ad Ibn Ubadah. Namun operasi ini tidak berlaku pertempuran. Sebaliknya berlaku perjanjian damai antara baginda dengan Makhsiyy ibn 'Amr al-Dhamriy (مخشي بن عمرو الضمري), iaitu pemimpin Bani Dhamrah (بني ضمرة). Kemudian baginda pulang, pemergian baginda dalam peristiwa ini selama 15 mlm.

0 comments: