Thursday, February 13, 2020

bin-sahak sekarang berpindah ke WEB binSahak.com

http://binsahak.com/index.php

Friday, November 1, 2019

SDI 120: tentang korban



Assalamu'alaikum, ustaz mohon pencerahan.

1. Jika saya berkorban denggan kambing umur setahun 5 bulan, sah tak?

2. Larangan mencabut or memotong kuku dan rambut kpd yang akan berkorban, bagaimana jika kes rambut gugur, kuku rapuh?

Jazakallaah khoyr ustaz.

Jawapan:

1) Sah.
2) Tak termasuk dlm larangan.

WA

SDI 119: Hukum Bulu Kucing D Baju


Salam ...mohon pencerahan...ustaz...bagaimana bulu seekor kucing boleh jatuh menjadi najis.

Jawapan: 

Sebahagian ulama ada yang berpandangan bulu kucing yang melekat pd badan atau pakaian tidak boleh dibawa solat kerana ia termasuk sesuatu ynag tidak boleh dimakan dan dikira najis. 

Namun pandangan ini AMAT LEMAH. Yang benarnya bulu kucing dan binatang2 lain yg tidak dimakan dagingnya adalah TIDAK NAJIS. Inilah pandangan majoriti ulama. (Lihat al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah) 

Ibn Qudamah juga menyatakan semua haiwan, hukum kulitnya, bulu, peluh dan air liurnya adalah sama dengan hukum lebihan air minumnya samada suci atau najis. 

Berdasarkan hadis Kabsyah binti Ka'ab bin Malik yg diriwayatkan oleh ABu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'ie dan Ibn Majah menunjukkan  lebihan air minuman kucing adlh TIDAK NAJIS. 

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dlam Majmu' al-Fatawa menyatakan: 

"Bulu/rambut (haiwan) hidupnya seperti tumbuh-tumbuhan, bukan dari jenis kehidupan haiwan tersebut. Ia (bulu) subur, ia mengambil makanan, memanjang sptmana tumbuhan, namun tidak memiliki deria rasa, tidak bergerak dengan kehendaknya sendiri, demikian juga hayat haiwan tidak terputus dengan berpisahnya bulu/rambut tersebut. justeru tiada sudut yang dapat dikatakan ia najis."

WA

Friday, May 3, 2019

SDI 118: Tahajjud Sebelum Tidur

Salam ustaz.
Solat tahajud wajib tidur dulu ke?
Jawapan:
Tak semestinya, Yg penting adlh berada dlm waktu mustajab iaitulah 1/3 akhir malam.
WA

soalan:
Kuliah buya yahya mengatakan bukan tahajud namanya kalau tak tidur sekejap. Hanya kiamulail saja dipanggil iaitu menghidupkan malam."
soalan: 
Saya musykil jawapan dr tuan Bin Sahak.. Setahu saya utk menunaikan solat tahajud kena tidur dulu sekejab.. Boleh tuan terangkan
jawapan: 
boleh dilakukan solat pd mlm hari samada di awalnya, pertengahan ataupun akhir malam. Semua ini dinamakan qiyamullail. Solat di awal mlm dlm bulan ramadhan dinamakan Tarawih, dan ia tergolong dlm qiyamullail. Kalau wajib tidur dahulu, maka tak bolehlah bertarawih melainkan kena tidur dahulu. Qiyamullail itu merangkumi solat, zikir, atau apa2 amalan lain. Jangan keliru ttg penamaan, yer mmg sbhgian ulama ada yg menamakan solat tahajjud itu merujuk kpd solat yg dilakukan slps tidur terlebih dahulu, bahkan ada perkataan shbat yg menyebutnya. Namun ia bukanlah bermakna wajib tidur terlebih dahulu baru boleh bertahajjud. Sebaliknya solat sunatlah pd mana2 bahagian malam, di awalnya, pertengahannya, dan akhirnya menurut kemampuan. Jika dilakukan solat diakhir malam dan slps tidur, maka itu yg paling afdhal dan ia dinamakan tahajjud. Namun ssiapa yg berjaga mlm dsebabkan kerja atau seumpamanya, bukan bermakna dia x blh solat kerana x tidur dulu. Bahkan dia boleh solat, berdoa dan seumpamanya, apatah lagi waktu itu adlh waktu mustajab. Harap2 jelas dan jgn keliru. WA

SDI 117: "Jangan Anggao Aku Suami" Cerai atau Tidak?

Assalamualaikum ustaz kalau ada suami cakap kpd isteri "jgn anggap aku suami" 2kali bila gaduh dan ckp "aku leraikan kau" hnya ckp je xde2 niat jatuh talak ke?
Jawapan:
TIDAK JATUH.
WA

SDI 116: Tentang Akikah Dan Tahnik

Assalamualaikum wrh ust. Semoga sihat sentiasa. Ustaz, saya mempunyai soalan unk ditanya. Saya pelajar di sebuah uni dan telah berkahwin. Tidak lama lg bkal menimang anak lelaki, insyaallah. Soalan nya ialah: 
1) Saya tidak mampu unk membuat aqiqah dgn seekor kambing? Jadi bolehkah dibuat penangguhan suatu masa nnti? Jikalau begitu, bgaimana dgn tahnik dan cukur kepala. Bolehkah ditangguhkan?
2) Sekiranya xperlu dgn seekor kambing krn x mampu, bolehkah ust terangkan bagaimana yg perlu dilakukan ketika hari-7? Adakah sekadar tahnik dgn cukur rambut
3) Bagaimana kaedah yang benar ketika tahnik dan bcukur rambut? Ditempat sy, biasanya bayi akan ditawaf beberapa pusingan smbil berselawat dan sdikit rambut akn dipotong. Mohon penjelasan ust. Trm Ksh
Jawapan:
1) akikah hukumnya SUNAT bg ssiapa yg mmpu. Tak mmpu x perlu buat. Lakukan apa yg mmpu spy tahnik dan cukur kepala.
2) Yer, sekadar tahnik dn cukur kepala.
3) tahnik org melayu sebut sbg belah mulut. Ia merujuk kpd perbuatan memasukkan sedikit manisan spt tamar ke dlm lelangit bayi sbg mengikut perbuatan nabi saw. Manakala bercukur yg disunnahkan ialah mencukur seluruh kpala bayi, dan sunat pula menimbang beratnya dan dikeluarkan sedekah mengikut harga perak. Tidak perlu bayi ditawaf dan diselawatkan.
WA

SDI 115: Heater Makanan Bercampur Antara Pekerja Muslim Dengan Non Muslim

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya.
Situasi: Saya bekerja kilang di pulau pinang. Tempat kerja campur2 melayu cina india. Jadi di rest room di kilang ada 1 heater makanan.
Soalan: Apakah hukum mencampur aduk bekas makanan di dalam heater?
Heater guna utk simpan bekas makanan. Jd bercampur la bekas mkanan semua org. Cuma takut pekerja bkn islam bwa mknan tidak halal.
Mohon penjelasan. Trima kasih ustaz.
Jawapan:
Jika bekas makanan itu tertutup, tidak berlaku percampuran makanan. Maka hukum meletakkan bekas makanan tersebut adlh harus.
WA