Pergi ke Halaman Depan

Saturday, April 2, 2016

SDI 67: Angkat Tangan Ketika Doa Dalam Khutbah Kedua

assalam ustaz saya nk tanya skit kemuskilan..ada sesetengah masjid apabila di bca doa semasa khutbah kdua.ada yang tadah tangan dan ada yang xtadah tangan.mcm ner pandangan ustaz.
Jawapan:
Tak perlu tadah tangan kerana imam yg berkhutbahpun x tadah tangan ketika berdoa sbg mengikut perbuatan nabi saw.
Wallahu a'lam

Soalan:
Ada sesetengah Masjid Pak Imam sekali angkat tangan sebelah untuk berdoa sebagai tauladan kepada para makmum.

Jawapan:

Perlu diberi teguran kpd imam spt itu. Imam Muslim ada meriwayatkan satu hadis dimana 'Umarah bin Ruaibah pernah melihat Bisyr bin Marwan angkat menadah tangan ketika berdoa di dlm khutbah, kata beliau: "semoga Allah mmburukkan kedua belah tangan tersebut, aku telah melihat nabi saw tidak melakukannya melainkan baginda mmbuat isyarat dgn jari telunjuk shj." 

Dr hadis ini, al-imam al-nawawi menyatakan: "pada hadis ini, bahawa sunnah itu ialah tidak ditadah tangan di dlm khutbah. Inilah mazhab Malik, para sahabat kami (mazhab syafie) dan selain mereka."

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment