Wednesday, March 23, 2016

SDI 26: Saf Solat Jenazah Bilangan Ganjil

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya. Semasa Saya solat jenazah sedang semua berbaris dlm saf. Pernah 2 kejadian waktu dan tempat berlainan, imam tersebut ada menyebut supaya pastikan bilangan baris saf solat tu bilangan ganjil. Sepanjang pengetahuan Saya yg sedikit ini blm pernah saya dengar suruhan begitu, atau saya belum tahu. Soalan Saya adkah ini mengikut sunnah? Minta pencerahan Ustaz. Terima kasih.
Jawapan:
Yang aula (lebih utama) menjadikan saf solat janazah menjadi 3 saf berdasarkan hadis yg driwayatkan oleh Ahmad, altirmizi, abu Daud dan alhakim. Hadis ini dinilai Sahih oleh alhakim dan hasan oleh altirmizi d dlm sunannya.
Jika jemaah ada 4 org, memadai menjadikan 2 saf, dua org-dua org.
Wallahu a'lam

0 comments: