Soalan
Saya memiliki
sejumlah wang yang disimpan di Bank yang patuh Syariah. Soalan saya berapa
banyakkah wang simpanan yang wajib dikeluarkan zakat dan bagaimana pula zakat
hasil faedah yang saya terima. Terima kasih.
Jawapan:
Nasab wajib zakat
bagi wang simpanan ialah apabila ia menyamai nilai 85g emas atau 599g Perak.
Jika cukup nilai ini dan telah sempurna setahun qamariah (cukup Haul), maka
wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. Haul dikira bermula anda memiliki wang
tersebut, bukan bermula anda memasukkannya ke bank.
Jika anda
menerima keuntungan sepanjang simpanan anda tersebut, maka anda wajib membayar
zakat ke atas wang pokok beserta dengan keuntungan yang diperolehi pada waktu
anda mengeluarkan zakat wang pokok, sekalipun katakan sebahagian keuntungan
yang anda perolehi itu belum cukup satu tahun qamariah. Namun wang pokok telah
sampai haulnya, maka wajib anda mengeluarkan zakat ke atas semua jumlah wang
yang anda miliki. Hal ini kerana wang hasil keuntungan mengikut haul wang
pokok.
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment