Thursday, October 3, 2013

Maksud Hadis Ummat Nabi Akan Berpecah Kepada 73 Golongan

Soalan:

Saya hendak mengetahui tentang kumpulan-kumpulan sesat, cabang-cabang dan keyakinan-keyakinan mereka dalam bentuk ringkas dan padat. Apakah buku-buku yang membicarakan persoalan ini? apakah banyaknya kumpulan dan jemaah Islamiyyah seperti al-Salafiyyah, al-Ikhwan dan lainnya merupakan suatu kebaikan kepada ummat Islam? Apakah pula jalan agar umat Islam tidak berpecah kepada 73 golongan? Mudah-mudahan soalan saya ini jelas, semoga Allah memberkati tuan.

Jawapan:
Fadhilah al-Syeikh Muhammad al-Hasan al-Daduu al-Syanqithiy.
Penterjemah: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

Hadis Iftiraaq al-Ummah (perpecahan umat Nabi SAW) datang melalui jalan-jalan riwayat yang banyak, tiada satupun yang sahih, namun sebahagian ulama telah mensahihkannya melalui jalan-jalan periwayat yang banyak itu, juga melalui Mutaba’aat (sokongan-sokongan) dan Syawahid (penguat-penguat), hal ini tidak mensahihkan setiap suatu yang dinyatakan, melainkan pensahihan itu mungkin hanya pada asalnya sahaja. Maka tidak sahih ungkapan: “Kesemua firqah itu di dalam neraka, melainkan satu.” atau: “Kesemua firqah itu di dalam syurga, melainkan satu.” atau: “Sesiapa yang sama seperti yang daku (Nabi SAW) dan para sahabat daku berada di atasnya.” Sekalipun sahih asas hadis ini, ia adalah perkhabaran ghaibiy (tentang perkara ghaib), tidak boleh berusaha mewujudkannya, dan yang dimaksudkan ialah kumpulan-kumpulan yang menyeleweng dari sudut I’tiqad dan suluk yang menyalahi keumuman manhaj nabawi, tidak termasuk di dalamnya mazhab-mazhab yang berbeza kerana ijtihad, kumpulan-kumpulan dakwah, madrasah-madrasah ilmu dan parti-parti politik. Tidak semestinya juga berbilang golongan dan perpecahan ini berlaku pada setiap waktu dalam sejarah umat Islam, bahkan yang dimaksudkan ialah dari pengutusan baginda sehinggalah sampai bilangan kumpulan-kumpulan yang menyeleweng itu ke jumlah tersebut di sepanjang sejarah umat Islam.” Wallahu a’lam.

Teks asal:

السؤال الثاني  :  هو  أنني أريد البحث في المذاهب الضالة وتفرعها ومعتقداتها بشكل مبسط وشامل فما الكتب التي تتحدث في ذلك ؟ وهل كثرة الأحزاب والجماعات الإسلامية ومنها السلفية والاخوان وغيرها خيرا للأمة ؟ وما السبيل حتى لا تفترق الأمة إلى ثلاث وسبعين فرقة ؟ أتمنى أن يكون سؤالي واضحا وبارك الله فيكم.

الجواب على السؤال الثاني:   حديث افتراق الأمة قد ورد من طرق متعددة لا تصح منها واحدة وقد صححه بعض أهل العلم بطرقه ومتابعاته وشواهده غير أن ذلك لا يصحح أطرافه وإنما يمكن به تصحيح الأصل فقط . فلا يصح ( كلها في النار إلا واحدة) أو ( كلها في الجنة إلا واحدة) أو ( من كان على مثل ما أنا عليه أنا وأصحابي) ، وعلى فرض صحة أصل الحديث فهو خبر عن أمر غيبي لا يلزم السعي لتحصيله والمقصود به فرق المنحرفين في اعتقادهم وسلوكهم المخالفين لعامة المنهج النبوي فلا يدخل في ذلك المذاهب الاجتهادية والجماعات الدعوية والمدارس العلمية والأحزاب السياسية، ولا يلزم أن يكون هذا التعدد والافتراق حاصلا في كل وقت من تاريخ الأمة بل المقصود أنه عند البعث يصل تعداد تلك الطوائف المنحرفة إلى هذا العدد الحاصل من الانحراف على طول تاريخ الأمة.
والله أعلم .

0 comments: