1. Bersungguh-sungguh melakukan Isytinsyaq[1] ketika berwudhu
Dalilnya hadith Nabi SAW:
أسبغ الوضوء، وخلل بين الأصابع، وبالغ في الاستنشاق إلا أن تكون صائماً
Mafhumnya: “Sempurnakanlah Wudhu’, dan celah-celahkanlah jari-jemari, dan bersungguh-sungguhlah ketika berisytinsyaq melainkan ketika anda berpuasa.”
al-Imam al-Son’ani berkata di dalam Subul al-Salam (1/47): “Hadith ini menjadi bukti keperluan bersungguh-sungguh ketika berisytinsyaq bagi yang tidak berpuasa.”
2. Berkumur-kumur dan berisytinsyaq dengan menggunakan satu tapak tangan diulangi sebanyak tiga kali.
Daripada ‘Abdullah bin Zaid RA, ketika mensifatkan wudhu Nabi SAW:
أنه أفرغ من الإناء على يديه فغسلهما ثم غسل أو مضمض واستنشق من كف واحدة ففعل ذلك ثلاثاً... ثم قال: هكذا وضوء رسول الله - صلى الله عليه وسلم
Mafhum: “Beliau menuangkan air ke dua-dua tangan dan membasuhnya, kemudian beliau membasuh atau berkumur dan berisytinsyaq dengan menggunakan satu tapak tangan, dan melakukannya sebanyak tiga kali… kemudian beliau berkata: Seperti inilah wudhu Rasulullah SAW.” (HR al-Bukhari 191)
3. Sunat (digalakkan) berwudhu sebelum mandi junub, dan cara mandi junub baginda SAW.
Daripada ‘A-isyah R’anha katanya:
كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - إذا اغتسل من الجنابة غسل يديه ثم توضأ وضوءه للصلاة ثم يغتسل ...
Mafhumnya: “Dahulunya Rasulullah SAW, apabila hendak mandi janabah, baginda akan memulakan dengan membasuh kedua-dua tangan, kemudian baginda berwudhu seperti wudhu untuk menunaikan solat, kemudian baru baginda mandi…”(HR al-Bukhari 272)
al-Hafidz Ibn Daqiq al-‘Ied berkata: “(dan baginda berwudhu seperti wudhu untuk menunaikan solat) menunjukkan sunat mendahulukan basuhan anggota wudhu pada permulaan mandi (janabah), dan ia merupakan suatu yang tidak diragukan lagi.” (Ihkam al-Ahkam Syarh ‘Umdah al-Ahkam 1/92)
4. Sunat berwudhu bagi orang berjunub jika dia hendak makan atau tidur
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bin al-Khattab RA katanya:
يا رسول الله أير قد أحدنا وهو جنب؟ قال: «نعم، إذا توضأ أحدكم فلير قد وهو جنب
Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, apakah boleh seseorang daripada kami tidur dalam keadaan berjunub? Baginda menjawab: “Boleh, jika dia berwudhu terlebih dahulu, setelah itu dia tidur dalam keadaan berjunub.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
5. Berwudhu bagi yang mahu mengulangi persetubuhan
Daripada Abi Sa’id al-Khudri katanya:
قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - «إذا أتى أحدكم أهله ثم أراد أن يعود فليتوضأ
Mafhumnya: “Rasulullah SAW bersabda: “Jika seseorang daripada kamu telah bersetubuh dengan isterinya, kemudian dia mahu mengulangi persetubuhan, maka hendaklah dia berwudhu.” (HR Muslim)
al-Imam al-Nawawi telah menjadikan satu bab untuk hadith no 4 & 5 ini dengan katanya: “Bab Jawaz Naum al-Junub wa Istihbab al-Wudhu lahu wa Ghasl al-Farj Iza Arada An Ya’kula au yasyrab au yanam au yujami’ (Bab keharusan seseorang tidur dalam keadaan berjunub dan sunat berwudhu baginya, dan membasuh kemaluan jika dia hendak makan atau minum atau tidur atau mengulangi jima’)”
6. Memelihara dan memberi perhatian terhadap siwak
i. Daripada Ibn ‘Umar RA katanya:
كان رسول الله لا ينام إلا والسواك عنده، فإذا استيقظ بدأ بالسواك
Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW tidak tidur melainkan siwak berada di sisinya, apabila baginda bangun dari tidur, baginda memulakan dengan bersiwak.” (HR al-Bukhari)
ii. Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
لو لا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة
Mafhumnya: “Sekiranya tidak menjadi keberatan ke atas umatku, sudah pasti aku akan mengarahkan mereka bersiwak ketika setiap kali hendak menunaikan solat.” (HR al-Bukhari)
al-Imam al-Nawawi RH berkata di dalam kitab Syarh Sahih Muslim (2/146): “Sesungguhnya bersiwak adalah suatu yang digalakkan (disunatkan) di setiap waktu, ,akan tetapi ia menjadi lebih digalakkan (disunatkan) di dalam lima waktu, yang pertama: Ketika hendak menunaikan solat, kedua: ketika berwudhu, ketiga: ketika hendak membaca al-Quran, keempat: ketika bangun dari tidur, kelima: ketika berubah bau mulut, dan bau mulut itu berubah dengan beberapa sebab, antaranya kerana tidak makan dan minum, memakan makanan yang berbau busuk, lama tidak berkata-kata, dan kerana banyak bercakap.”
7. Sunat bersiwak ketika baru pulang ke rumah.
Daripada Miqdam bin Syuraih daripada bapanya yang berkata:
سألت عائشة - رضي الله عنها - قلت: بأي شيء كان يبدأ النبي - صلى الله عليه وسلم - إذا دخل بيته؟ قالت بالسواك.
Mafhumnya: “Saya bertanya kepada ‘A-isyah R’anha: “Apakah yang mula-mula dilakukan oleh Nabi SAW, ketika baginda masuk ke dalam rumah?” beliau menjawab: “dengan bersiwak.” (HR Muslim)
8. Menjawab Azan dan Iqamat
Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda:
إذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقول المؤذن
Mafhumnya: “Apabila kamu mendengar seruan azan, maka jawablah sepertimana seruan yang dilaungkan oleh tukan azan.” (al-Mughni 2/87)
9. Berselawat ke atas Nabi SAW dan memohon Wasilah untuk baginda
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash RA, dimana beliau mendengar Nabi SAW bersaba:
إذا سمعتم المؤذن فقولوا مثل ما يقول، ثم صلَّوا عليَّ، فإنه من صلَّى عليَّ صلاة صلى الله عليه بها عشراً، ثم سلوا الله لي الوسيلة، فإنها منزلة في الجنة لا تنبغي إلا لعبد من عباد الله، وأرجو أن أكون أنا، فمن سأل لي الوسلة حلَّت لـه الشفاعة
Mafhumnya: “Apabila kamu semua mendengar muazzin (melaungkan azan), maka jawablah sama seperti laungannya, setelah itu berselawatlah kepadaku, kerana sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atas aku dengan satu selawat, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali selawat, kemudian pohonlah kepada Allah untuk mengurniakan kepadaku al-Wasilah[2], kerana sesungguhnya al-Wasilah itu adalah satu kedudukan di dalam syurga yang tidak layak melainkan untuk seorang hamba dari kalangan hamba Allah, dan aku berharapkan hamba itu (yang dikurniakan al-Wasilah) adalah aku, maka sesiapa yang memohon al-Wasilah untukku, dia layak mendapat syafaatku.” (HR Muslim)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA, Nabi SAW bersabda:
من قال حين يسمع النداء: اللهم رب هذه الدعوة التامة، والصلاة القائمة، آت محمداً الوسيلة والفضيلة، وابعثه مقاماً محموداً الذي وعدته، حلت لـه شفاعتي يوم القيامة
Mafhumnya: “Sesiapa yang mendengar seruan azan, setelah itu dia membaca (mafhumnya): “Ya Allah, tuhan kepada seruan yang sempurna ini (azan), dan sembahyang yang akan didirikan, (Ya Allah) kurniakan kepada Nabi Muhammad SAW al-Wasilah dan kelebihan, dan kurniakanlah kepada baginda kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan,” layak untuk dia memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (HR al-Bukhari 614 dan Abu Daud)
10. Mengucapkan رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا ورسولا
Daripada Sa’id bin Abi Waqqas RA, daripada Rasulullah SAW yang bersabda:
من قال حين يسمع المؤذن أشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك لـه، وأن محمداً عبده ورسوله. رضيت بالله رباً،وبمحمدٍ رسولاً، وبالإسلام ديناً، غفر لـه ذنبه
Mafhumnya: “Sesiapa yang membaca: رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا ورسولا (mafhumnya): “Telah aku reda, Allah itu sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad itu sebagai rasul dan nabi,” akan diampunkan dosanya.” (HR Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
Persoalan: Bilakah dibaca doa ini?
Jawapan:
Ada dua pandangan:
Pandangan Pertama: Dibaca di pertengahan azan. Inilah yang diisyaratkan oleh perkataan al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim. Sekalipun tidak dinyatakannya dengan jelas. (2/322, cetakan Dar al-Hadith)
[1] Menyedut air ke dalam hidung ketika berwudhu’, manakala menghembuskan air keluar dari hidung dinamaka al-Istinthar.
[2] Al-Imam Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah menyebut satu riwayat dari Imam Ahmad: “Menceritakan kepadaku Musa bin Daud, menceritakan kepadaku Abi lahi’ah, daripada Musa bin Wirdan, Aku mendengar Abu Sa’id al-Khudri berkata: Nabi SAW bersabda: al-Wasilah adalah satu darjat di sisi Allah, yang tidak ada lagi darjat yang lain di atasnya, maka pohonlah kamu semua kepada Allah untuk mengurniakan kepadaku al-Wasilah.” (Pent.)
[3] Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin RH berpandangan bacaan ini dibaca selepas mendengar tukang azan melaungkan dua syahadah, dan sebelum tukang azan melaunkan Hayya ‘alas Solah. Sila lihat al-Syarh al-Mummti’ dan Liqa al-Bab al-Maftuh oleh al-‘Uthaimin untuk penjelasan yang lebih terperinci. Al-Syeikh Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti pula berkata: Sekumpulan ulama berkata: Yang Sunnahnya diucapkan رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا ورسولا selepas selesai dilaungkan azan. Ini kerana Nabi SAW menjadikan orang yang mendengar azan sibuk untuk menjawab azan sama seperti lafaz azan yang dilaungkan, mereka berdalilkan dengan hadith di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim dari hadith Abu Musa al-Asy’ari RA, Nabi SAW bersabda: “Jika kamu semua mendengar azan, maka jawablah sama seperti laungannya.” Maka ulama kumpulan ini berkata hadith ini menjadi bukti, berdasarkan sunnah hendaklah dijawab azan sama seperti laungan tukang azan ketika melaungkan azan, dan tidak perlu sibuk dengan bacaan yang lain. Manakala sekumpulan ulama yang lain pula berkata: Bacaan ini dibaca selepas tukang azan selesai melaungkan dua syahadah. Ini kerana Nabi SAW bersabda: من قال حين يسمع المؤذن يتشهد mafhumnya: “Sesiapa yang ketika mendengar tukang azan mengucapkan syahadah, lalu membaca (doa tersebut)” iaitulah selepas selesai tukang azan mengucapkan dua kalimah syahadah. Inilah pandangan yang Asah (lebih benar) diantara dua pandangan ini. (Siri kuliah Syarh Sunan al-Tirmizi Muhammad al-Mukhatar al-Syanqiti) – Pent.
No comments:
Post a Comment