عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَجُلَيْنِ مِنْ بَلِيٍّ قَدِمَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ إِسْلَامُهُمَا جَمِيعًا فَكَانَ أَحَدُهُمَا أَشَدَّ اجْتِهَادًا مِنْ الْآخَرِ فَغَزَا الْمُجْتَهِدُ مِنْهُمَا فَاسْتُشْهِدَ ثُمَّ مَكَثَ الْآخَرُ بَعْدَهُ سَنَةً ثُمَّ تُوُفِّيَ قَالَ طَلْحَةُ: فَرَأَيْتُ فِي الْمَنَامِ بَيْنَا أَنَا عِنْدَ بَابِ الْجَنَّةِ إِذَا أَنَا بِهِمَا فَخَرَجَ خَارِجٌ مِنْ الْجَنَّةِ فَأَذِنَ لِلَّذِي تُوُفِّيَ الْآخِرَ مِنْهُمَا ثُمَّ خَرَجَ فَأَذِنَ لِلَّذِي اسْتُشْهِدَ ثُمَّ رَجَعَ إِلَيَّ فَقَالَ: ارْجِعْ فَإِنَّكَ لَمْ يَأْنِ لَكَ بَعْدُ فَأَصْبَحَ طَلْحَةُ يُحَدِّثُ بِهِ النَّاسَ فَعَجِبُوا لِذَلِكَ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدَّثُوهُ الْحَدِيثَ فَقَالَ: "مِنْ أَيِّ ذَلِكَ تَعْجَبُونَ؟" فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا كَانَ أَشَدَّ الرَّجُلَيْنِ اجْتِهَادًا ثُمَّ اسْتُشْهِدَ وَدَخَلَ هَذَا الْآخِرُ الْجَنَّةَ قَبْلَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أَلَيْسَ قَدْ مَكَثَ هَذَا بَعْدَهُ سَنَةً؟" قَالُوا: بَلَى، قَالَ: "وَأَدْرَكَ رَمَضَانَ فَصَامَ وَصَلَّى كَذَا وَكَذَا مِنْ سَجْدَةٍ فِي السَّنَةِ؟" قَالُوا: بَلَى، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "فَمَا بَيْنَهُمَا أَبْعَدُ مِمَّا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
Mafhumnya: Daripada Tolhah bin ‘Ubaidillah RA, bahawa ada dua orang lelaki dari Baliy (nama sebuah tempat) datang kepada Rasulullah SAW. Kedua-dua mereka memeluk Islam bersama. Salah seorang dari keduanya amat bersungguh untuk menyertai jihad berbanding seorang lagi, lalu dia menyertai jihad dan dia gugur sebagai syahid. Adapun yang seorang lagi terus dipanjangkan umur, dan dia meninggal dunia setelah setahun pemergian kawannya yang mati syahid tadi. Tolhah berkata: Suatu hari aku bermimpi, ketika aku berada berhampiran pintu Syurga, bersama dengan kedua-dua lelaki tadi, keluar seseorang dari Syurga, lalu mengizinkan lelaki yang meninggal dunia kemudian (yang bukan mati Syahid) untuk memasuki Syurga. Setelah itu (setelah beberapa ketika) keluar lagi orang itu dan mengizinkan lelaki yang mati syahid pula untuk memasuki Syurga, kemudian orang itu datang kepadaku dan berkata: Pulanglah, kerana sesungguhnya belum tiba giliran kamu lagi (untuk memasuki Syurga). Apabila pagi hari, Tolhah menceritakan apa yang dilihatnya di dalam mimpi kepada orang ramai menyebabkan orang ramai merasa hairan. Perkara tersebut sampai ke pengetahuan Rasulullah SAW, lalu orang ramai menceritakan kepada baginda tentang mimpi Tolhah tersebut. Setelah itu baginda bersabda: Apakah yang menyebabkan kamu semua merasa hairan? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah, lelaki yang mati Syahid itu lebih bersungguh untuk berjihad berbanding kawannya dan ternyata dia memperolehi syahid. Sebaliknya kawan dia yang memasuki syurga terlebih dahulu darinya. Sabda Nabi SAW: Bukankah kawannya itu terus hidup selepas kematiannya setahun? Para sahabat menjawab: Benar wahai Rasulullah. Baginda bersabda lagi: Bukankah dia juga sempat bertemu dengan Ramadhan, lalu dia berpuasa Ramadhan dan banyak menunaikan solat dalam tahun tersebut? Para sahabat menjawab: Benar wahai Rasulullah. Rasulullah SAW berikutnya bersabda: Kedudukan mereka berdua amat berbeza, lebih jauh dari perbezaan langit dan bumi.” (Hadis dikeluarkan oleh Ibn Majah 3925, Ibn Hibban 2466, al-Baihaqi di dalam al-Zuhd 2/73, Ahmad 1/161-163, Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya 310, al-Hakim 1/200 dan hadis ini dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah 6/176. Al-‘Allamah al-Sindiy di dalam Syarh Sunan Ibn Majah berkata: hadis ini menunjukkan adanya kelebihan dipanjangkan umur beserta banyak amalan baik.”
No comments:
Post a Comment