Pergi ke Halaman Depan

Tuesday, August 9, 2011

Lafaz Niat Ketika Membayar Zakat

Soalan:


“Assalamualaikum, saya telah pergi untuk membayar zakat di sebuah negeri di pejabat yang berkaitan, semasa di kaunter tersebut, pegawai yang bertugas meminta saya untuk membaca lafaz zakat yang telah disediakan oleh pihak mereka. Soalan saya, adakah terdapat hukum tentang kena melafazkan semasa membayar zakat?Adakah diwajibkan di dalam hukum syarak? terima kasih...”

Jawapan:


Niat adalah kehendak atau kemahuan melakukan sesuatu, orang-orang ‘Arab apabila mereka menyebut: نَوَاكَ اللهُ بِخَيْرٍ ia bermaksud: “Allah menghendakkan kebaikan untukmu.” Oleh yang demikian, tempat niat adalah di dalam hati seperti yang telah disepakati oleh kesemua ulama (Ijmak Ulama).



Adapun berkaitan melafazkan niat dengan lidah, perkara ini tidak terdapat sebarang petunjuk dari Nabi SAW, para Sahabat dan para ulama al-Salaf al-Soleh seperti al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik bin Anas, al-Imam al-Syafie, al-Imam Ahmad dan selain mereka. Oleh yang demikian tidak perlu melafazkan niat untuk Solat, Puasa demikian juga ketika membayar Zakat. Tindakan pegawai yang bertugas meminta saudara membaca lafaz zakat adalah tidak wajar kerana ia akan menimbulkan salah faham seolah-olah lafaz itu sesuatu yang mesti dilakukan sedangkan hukum yang sebenarnya tidak begitu. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata:



نية الطهارة من وضوء أو غسل أو تيمم والصلاة والصيام والحج والزكاة والكفارات وغير ذلك من العبادات لا تفتقر إلى نطق اللسان باتفاق أئمة الإسلام . بل النية محلها القلب دون اللسان باتفاقهم فلو لفظ بلسانه غلطا بخلاف ما نوى في قلبه كان الاعتبار بما نوى لا بما لفظ ولم يذكر أحد في ذلك خلافا إلا أن بعض متأخري أصحاب الشافعي - رحمه الله - خرج وجها في ذلك وغلطه فيه أئمة أصحابه وكان سبب غلطه أن الشافعي قال : إن الصلاة لا بد من النطق في أولها . وأراد الشافعي بذلك : التكبير الواجب في أولها فظن هذا الغالط أن الشافعي أراد النطق بالنية فغلطه أصحاب الشافعي جميعهم،

ولكن تنازع العلماء : هل يستحب التلفظ بالنية سرا أم لا ؟ هذا فيه قولان معروفان للفقهاء .


فقال طائفة من أصحاب أبي حنيفة والشافعي وأحمد : يستحب التلفظ بها ; كونه أوكد . وقالت طائفة من أصحاب مالك وأحمد وغيرهما : لا يستحب التلفظ بها ; لأن ذلك بدعة لم تنقل عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا عن أصحابه ولا أمر النبي صلى الله عليه وسلم أحدا من أمته أن يتلفظ بالنية ولا علم ذلك أحدا من المسلمين ولو كان هذا مشهورا مشروعا لم يهمله النبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه مع أن الأمة مبتلاة به كل يوم وليلة .


وهذا القول أصح الأقوال . بل التلفظ بالنية نقص في العقل والدين . أما في الدين فلأنه بدعة . وأما في العقل فلأنه بمنزلة من يريد [ أن ] يأكل طعاما فيقول : نويت بوضع يدي في هذا الإناء أني أريد [ أن ] آخذ منه لقمة فأضعها في فمي فأمضغها ثم أبلعها لأشبع . مثل القائل الذي يقول : نويت أصلي فريضة هذه الصلاة المفروضة علي حاضر الوقت أربع ركعات في جماعة أداء لله تعالى . فهذا كله حمق وجهل وذلك أن النية بلاغ العلم فمتى علم العبد ما يفعله كان قد نواه ضرورة فلا يتصور مع وجود العلم بالعقل أن يفعل بلا نية ; ولا يمكن مع عدم العلم أن تحصل نية .


وقد اتفق الأئمة على أن الجهر بالنية وتكريرها ليس بمشروع بل من اعتاد ذلك فإنه ينبغي له أن يؤدب تأديبا يمنعه عن ذلك التعبد بالبدع وإيذاء الناس برفع صوته ; لأنه قد جاء الحديث : { أيها الناس كلكم يناجي ربه فلا يجهرن بعضكم على بعض بالقراءة } فكيف حال من يشوش على الناس بكلامه بغير قراءة ؟ بل يقول : نويت أصلي أصلي فريضة كذا وكذا في وقت كذا وكذا من الأفعال التي لم يشرعها رسول الله صلى الله عليه وسلم



Mafhumnya: “Niat bagi Wudhu, mandi (janabah), Tayammum, Solat, Puasa, Zakat, Kaffarah dan yang seumpamanya adalah termasuk ibadah. (akan tetapi) niat itu tidak memerlukan pengucapan lidah (melafazkannya) dengan kesepakatan para ulama Islam (Ijmak Ulama). Bahkan niat itu tempatnya adalah di dalam hati dengan kesepakatan para ulama juga. Seandainya seseorang melafazkan niat berbeza dengan apa yang ada di dalam hatinya kerana tersasul, maka yang dikira ialah apa yang ada di dalam hati bukan apa yang dilafazkan.



Tidak ada seorangpun para ulama yang berbeza dalam menyebut perkara ini, melainkan sebahagian Ashab<!--[if !supportFootnotes]-->[1]<!--[endif]--> Mutaakkhirin al-Syafie, yang mana mereka telah mengeluarkan satu wajah<!--[if !supportFootnotes]-->[2]<!--[endif]--> membolehkan lafaz niat, akan tetapi para Imam Ashab Mazhab al-Syafe mendakwa cara pengeluaran itu terkeliru. Sebab yang membawa kepada kekeliruan ini apabila al-Syafie berkata:



إنَّ الصَّلَاةَ لَا بُدَّ مِنْ النُّطْقِ فِي أَوَّلِهَا



(Maksudnya): “Sesungguhnya solat mestilah dengan penuturan (النُطْقُ) pada awalnya.” Yang dimaksudkan oleh al-Syafie dengan perkataannya ini ialah Takbir yang wajib dituturkan di awal solat, namun ada yang terkeliru menyangka al-Syafie memaksudkan dengan النُطْقُ itu ialah niat (iaitu melafazkan niat), oleh kerana itu kesemua Imam Ashab mazhab al-Syafie menyatakan ianya satu kekeliruan.



Akan tetapi para ulama berbeza pandangan, apakah disunatkan melafazkan niat secara perlahan ataupun tidak? Terdapat dua pandangan yang masyhur di sisi ulama fekah. Sekumpulan ulama mazhab Abu Hanifah, al-Syafie dan Ahmad berpandangan: Disunatkan melafazkan niat (secara perlahan) dan ianya suatu yang dituntut. Sekumpulan ulama dari mazhab Malik, Ahmad dan lainnya berpendapat: tidak disunatkan melafazkan niat, kerana perbuatan ini adalah bid’ah, ia tidak dinukilkan dari Rasulullah SAW, tidak juga dari para sahabat baginda. Baginda juga tidak pernah menyuruh seorangpun dari umat baginda untuk melafazkan niat, baginda juga tidak pernah mengajarkan lafaz niat kepada seorangpun dari kalangan umat Islam di zaman baginda. Sekiranya perkara ini suatu yang disyariatkan sudah tentu baginda tidak akan mengabaikannya demikian juga para sahabat baginda kerana perkara ini (niat) adalah perkara yang dilalui oleh umat Islam pada setiap hari dan malam.



Inilah pandangan yang lebih benar, bahkan melafazkan niat menunjukkan ada kekurangan pada akal dan agama. Kekurangan dari sudut agama kerana ia merupakan suatu bid’ah, adapun kekurangan dari sudut akal, ia sama seperti seseorang yang hendak makan, lalu dia berkata (melafazkan): Sahaja aku berniat dengan meletakkan tanganku ke dalam bekas makan ini bahawa aku hendak mengambil satu suap makanan darinya, kemudian aku meletakkannya di dalam mulutku, kemudian mengunyahnya dan seterusnya menelannya supaya aku kenyang.” Orang yang menyebut perkara ini sama dengan orang yang berkata: “Sahaja aku berniat untuk menunaikan solat yang difardhukan ke atas aku ini, di dalam waktunya, empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.” Hal ini semua menunjukkan kekurang akal dan kejahilan, ianya kerana niat adalah apabila telah sampai pengetahuan, maka apabila seseorang mengetahui apa yang akan dilakukannya, ini bermakna dia semestinya telah berniat, tidak dapat digambarkan bagaimana seseorang telah tahu untuk melakukan sesuatu amalan tetapi melakukannya tanpa niat? Sama halnya tidak mungkin seseorang yang tidak tahu (tidak mahu) melakukan sesuatu untuk dia ada niat melakukan perkara tersebut. Sesungguhnya telah sepakat semua para imam melafazkan niat dan mengulanginya bukanlah suatu yang disyariatkan, bahkan sesiapa yang terbiasa dengannya, ia sepatutnya diberi pengajaran yang dapat menghalangnya dari berterusan beribadah dengan perkara bid’ah dan menggangu orang lain dengan mengangkat suaranya, ini kerana hadis menyatakan: “Wahai sekelian manusia, semua kamu bermunajat kepada tuhannya, maka jangan sebahagian kamu menjelaskannya (melafazkan) beberapa bacaan.” Bagaimana pula keadaannya orang yang mengganggu orang ramai dengan perkataannya yang bukan merupakan bacaan (di dalam solat)? Sebaliknya ia hanya mengucapkan: “Sahaja aku solat, sahaja aku solat fardhu demikian demikian, waktu demikian demikian yang merupakan perbuatan yang tidak disyariatkan oleh Rasulullah SAW.” (Sila lihat Majmu’ Fatawa Ibn Taimiyyah)





Wallahu a’lam.



<!--[if !supportFootnotes]-->






<!--[endif]-->



<!--[if !supportFootnotes]-->[1]<!--[endif]--> Ashab berdasarkan Mustalahat Mazhab al-Syafie ialah para Fuqaha’ dari kalangan ulama mazhab Syafie yang telah sampai ke tahap ilmu yang tinggi, sehingga mereka memiliki ijtihad-ijtihad fekah tersendiri, yang mereka keluarkan berdasarkan usul-usul al-Imam al-Syafie, dan mereka melakukan istinbat melalui pengamalan dengan kaedah-kaedah beliau. Oleh itu dalam perkara ini mereka dinisbahkan kepada al-Imam al-Syafie dan mazhab beliau. Namun dalam persoalan melafazkan niat, ia hanya pandangan Ashab yang kemudian dan pandangan ini dibantah oleh para Imam Ashab mazhab al-Syafie. Wallahu a’lam.





<!--[if !supportFootnotes]-->[2]<!--[endif]--> Wajah (الوَجْهُ) berdasarkan Mustalahat Mazhab al-Syafie iaitulah pandangan pengikut mazhab al-Syafie, mereka mengeluarkannya dan mengistinbatkannya berdasarkan usul-usul dan kaedah-kaedah mazhab, terkadang juga mereka berijtihad dalam sebagaian wajah jika mereka tidak mengambil dari usulnya. (Sila lihat al-Majmu’, Mughniy al-Muhtaj dan Hasyiah Qalyubi)





No comments:

Post a Comment