Monday, June 27, 2011

Doa Menziarahi Orang Meninggal Dunia


عَنْ
أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرَهُ فَأَغْمَضَهُ فَصَيَّحَ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ فَقَالَ لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ ثُمَّ قَالَ


Mafhumnya: “daripada umm salamah katanya: rasulullah saw masuk menziarahi abu salamah yang meninggal dunia, dalam keadaan matanya terbuka, lalu baginda menutupkannya. beberapa orang dari kalangan keluarganya menangis dengan meninggikan suara, lalu baginda bersabda: jangan kamu semua menyebut perkara yang tidak baik terhadap diri kamu sendiri[1], kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu semua katakan, kemudian baginda berdoa:


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَة،َ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ


Mafhumnya: “Ya Allah berikan keampunan kepada Abu Salamah, tinggikan darjatnya bersama dengan orang-orang yang mendapat petunjuk, (Ya Allah) jadilah penggantinya selepas ketiadaannya, memerhatikan kebajikan ahli keluarganya yang masih hidup, ampunilah kami dan dia wahai Tuhan Sekelian ‘Alam, Ya Allah luaskanlah kuburnya dan berikan cahaya untuknya di alam Barzakh.” (Hadis riwayat Muslim)



[1] Seperti menyebut: Celakalah aku, binasalah aku, habislah masa depan aku, tiada orang lagi yang sudi mengambil tahu kebajikan ku… dan ungkapan-ungkapan yang seumpamanya.

0 comments: