Beliau ialah al-Syeikh 'Abd al-'Aziz bin 'Abd Allah bin 'Abd al-Rahman al-Rajihi, seorang ulama Saudi. Anak murid kepada beberapa ulama di sana, antaranya:
1. Samahah al-Syeikh Muhammad bin Ibrahim. Mantan Mufti Saudi sebelum Bin Baz.
2. Samahah al-Syeikh 'Abd al-'Aziz bin 'Abd Allah bin Baz, Mantan Mufti Saudi yang lalu dan beberapa ulama Saudi yang lainnya. Beliau banyak terkesan dengan al-Syeikh bin Baz, sehingga sebahagian orang ada yang menyebut: "Sesiapa yang tidak sempat bersama bin Baz, maka ikutilah al-Syeikh 'Abd al-'Aziz al-Rajihi."
Soalan:
هل نكفر سيد قطب بسبب أخطائه؟
"Apakah kita boleh mengkafirkan Syed Qutb disebabkan kesalahan-kesalahan beliau?"
Jawapan:
أستغفر الله العظيم، لماذا؟ هو عالم له مؤلفات، إذا كان له أخطاء فهناك من أخطأ، هناك غيره من المفسرين لهم أخطاء أكبر منه، الآن الزمخشري له أخطاء وغيره
"Astaghfirullah, mengapa (sampai begitu?), Beliau adalah seorang yang 'Alim (seorang yang berilmu), beliau memiliki beberapa penulisan, sekiranya beliau telah melakukan beberapa kesilapan, orang lain juga melakukan kesilapan, ada juga para penafsir al-Quran yang lainnya melakukan silapan yang lebih besar dari beliau (Syed Qutb), seperti al-Zamakhsyari dan selainnya..."
wassalam.
No comments:
Post a Comment