Saturday, May 23, 2009

Hukum Menggunakan Uri Janin Untuk Perubatan


Oleh al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin

Soalan:
ما حكم الاحتفاظ بالمشيمة لعلاج السرطان ولإزالة تجاعيد الوجه ؟
Maksud: Apakah hukumnya menggunakan uri untuk perubatan kancer dan untuk menghilangkan kedutan muka?

Jawapan:
الظاهر أنه لا بأس بها مادام أنه قد ثبت ذلك
Maksudnya; "Yang zahirnya, perbuatan itu tidak mengapa, selagi ia terbukti (boleh bertindak sebagai rawatan)."

Soalan:
هل تنطبق عليها قاعدة : ما قطع من حي فهو ميت ؟
Maksudnya: "Tidakkah dia termasuk di dalam kaedah: "Apa yang tercerai dari sesuatu yang hidup, maka ia di kira mayat (najis)?"

Jawapan:
الآدمي ميتته طاهرة
Maksudnya; "Anak adam itu, mayat mereka suci (tidak najis)."

Soalan:
وإذا لم يكن لها فائدة هل يجب دفنها ؟ أم تلقى في أي مكان ؟
Maksudnya: "Jika uri itu tidak ada sebarang faedah, apakah wajib menanamnya, atau boleh dibuang dimana-mana sahaja?"

Jawapan:
الظاهر أنها من جنس الأظافر والشعر . والله أعلم
Maksudnya: "Yang zahirnya, ia sejenis dengan kuku dan rambut (boleh ditanam atau dibuang kalau mahu), wallahu a'lam.

Penterjemah: Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak.
sumber: islam-qa.com

0 comments: