Monday, October 20, 2008

Hukum menggunakan alcohol dalam membasmi kuman pada luka dan percampurannya dengan sebahagian ubat.


Soalan: Apakah Hukum menggunakan alcohol dalam membasmi kuman pada luka dan percampurannya dengan sebahagian ubat.

Jawapan:
Fatwa: al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin
Penterjemah: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak (binsahak)



Tidak mengapa menggunakan alcohol untuk pembasmian kuman pada luka disebabkan keperluan terhadapnya. Dikatakan juga alcohol itu menghilangkan akal tetapi tidak memabukkan, kalau benar dakwaan ini, maka alcohol bukanlah arak, jika tidak benar dakwaan ini, dan alcohol itu memabukkan maka dia adalah arak, meminumnya adalah haram dengan nas dan ijma’.

Adapun penggunaannya tanpa meminum, suatu yang diperbahaskan, jika kita melihat kepada firman Allah (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenun nasib, adalah najis dari perbuatan syaitan, maka hendaklah kamu semua menjauhinya, mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan.” (al-Maidah:90), maka (berdasarkan ayat ini) penggunaannya bukan untuk minuman juga adalah haram berdasarkan keumuman firmanNya: “Maka hendaklah kamu semua menjauhinya.”



Namun) jika kita melihat kepada ayat yang berikutnya (bermaksud): “Hanyasanya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran meminum arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah (kamu semua dari mengerjakannya).” (al-Maidah:91), maka berdasarkan ayat ini, penggunaan arak bukan untuk minuman adalah harus, disebabkan ketidakbolehan mengenakan illah (sebab) ini ke atasnya.

Berdasarkan ini, kami berpandangan sebagai langkah berhati-hati, tidak menggunakannya (alkohol) untuk wangian. Adapun untuk pensterilan (membasmi kuman) ialah tidak mengapa disebabkan ada keperluan dan ketiadaan dalil yang jelas yang melarangnya.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata di dalam Majmu’ al-Fatawa m.s. 270, jld. 24 (maksudnya): “Berubat dengan memakan lemak babi adalah tidak boleh, adapun berubat dengan melumurkannya (lemak babi) kemudian membasuhnya selepas itu, maka ia dibina di atas keharusan menyentuh najis ketika tidak solat, tentang ini ada perbahasan yang masyhur, dan yang benarnya ianya adalah harus disebabkan keperluan. Dan apa yang harus untuk keperluan, maka harus untuk berubat dengannya.” (tamat nukilan dari Syeikah al-Islam Ibn Taimiyyah).

Syeikh al-Islam RH telah membezakan antara memakan dengan menggunakan sesuatu yang najis dengan cara lain (bukan memakan). Maka bagaimana pula dengan alcohol yang bukanlah suatu yang najis? Kerana jika alcohol itu bukan/belum menjadi arak maka kesuciannya adalah jelas dan jika ianya arak, maka (pandangan) yang benar, arak itu juga bukanlah najis dilihat dari dua sudut:

Pertama: Tidak ada dalil yang menunjukkan kenajisan arak. Jika tidak ada dalil, maka hukum asalnya ialah suci. Tidaklah semestinya pengharaman sesuatu itu menjadikan zat benda tersebut sebagai najis. (contohnya) Racun adalah suatu yang haram (dimakan/diminum), akan tetapi ia tidak pula dikira najis. Adapun firman Allah taala (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenun nasib itu adalah najis dari amalan syaitan..” Maka yang dimaksudkan dengan najis di sini adalah najis maknawi bukan hissi, ia merupakan sifat, kerana tidak mungkin berjudi, berhala dan bertenun nasib juga menjadi najis dari sudut hissi, maka ia dikira najis kerana termasuk dalam perbuatan syaitan, dan syaitan bertujuan menimbulkan permusuhan dan kebencian, perkara ini adalah pekerjaan najis dari sudut maknawi.

Kedua: al-Sunnah juga menunjukkan kesucian zat arak (hissinya). Di dalam sahih Muslim daripada Ibn ‘Abbas R’anhuma (menceritakan) seorang lelaki menghadiahkan kepada Rasulullah SAW satu uncang arak. Lalu Rasulullah (SAW) bertanya kepadanya: “Apakah kamu tahu bahawa Allah (SWT) telah mengharamkannya?” jawab lelaki itu: “Tidak.” Lalu lelaki itu berbisik kepada seseorang yang berdekatan dengannya. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya: “Apa yang kamu bisikkan kepadanya.” Lelaki itu menjawab: “Saya menyuruh dia menjual arak itu.” Lalu Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya (Allah) yang mengharamkan meminumnya, mengharamkan juga menjualnya.” Kata (Ibn ‘Abbas) “lalu lelaki itu membuka uncang tersebut dan membuang arak yang ada di dalamnya.”

Di dalam sahih al-Bukhari, daripada Anas bin Malik RA, dimana beliau di rumah Abu Talhah menghidang orang-orang yang ada di situ dengan minuman (khamar), lalu Nabi SAW menyuruh seseorang melaungkan bahawasanya arak telah diharamkan. Kata Anas bin Malik, Abu Talhah berkata kepadaku, pergilah kamu keluar dan buangkan ia, lalu aku keluar dan membuangnya, sehingga ia mengalir di jalan-jalan Madinah.”

Kalaulah arak itu najis, dalam bentuk najis hissi, sudah pasti Nabi SAW akan menyuruh orang yang menghadiahkan baginda uncang arak itu membasuh uncangnya, sepertimana ketika diharamkan daging keldai pada peperangan khaibar, dimana Nabi SAW bersabda: “Buangkan (daging kaldai yang ada di dalam bekas) dan pecahkan bekas itu.” Lalu seseorang berkata: “Atau kami buangkan (isinya) dan kami basuh bekasnya.” Jawab baginda: “atau membasuhnya.”

Kemudian kalaulah arak itu najis hissi, orang-orang Islam tidak akan membuangnya di jalan-jalan di Madinah, kerana tidak boleh membuangkan najis dijalan-jalan yang dilalui manusia.

Al-Syeikh Muhammad Rasyid Ridha berkata di dalam Majmu’ah Fatawa al-Manar, m.s. 1631, secara ringkasnya. “Alcohol adalah bahan yang suci, penting di dalam perubatan dan dalam banyak industry, penggunaannya dalam perubatan tidak terkira banyaknya, mengharamkan penggunaannya ke atas orang Islam menghalang perkembangan ilmu dan banyak perkara yang merupakan sebab utama eropah mendahului umat islam, seperti kimia, farmasi, perubatan dan pembuatan, dan jika diharamkan penggunaannya, ia akan menjadi sebab kematian ramai dikalangan pesakit dan orang-orang yang tercedera atau akan memanjangkan tempoh kesakitan mereka dan menambahkan kesakitan.” Ini adalah satu ungkapan yang baik dan kukuk dari (Muhammad Rasyid Redha) RH.

Adapun tentang sebahagian ubat yang bercampur dengan alcohol, sesungguhnya ia tidak menjadikan ubat itu haram, jika percampuran itu sedikit yang tidak menzahirkan kesannya, seperti yang nytakan oleh para ulama. (Ibn Qudamah) di dalam al-Mughniy berkata: “Tepung jika diuli bersama arak, dibakar menjadikannya roti dan di makan (orang itu) tidak dikenakan hukuman Had (kerana tidak dikira meminum/memakan arak), kerana api telah menghilangkan bahagian-bahagian arak, ia tidak ada lagi melainkan kesannya sahaja.” (al-Mughniy, m.s. 306, jld: 8).

Di dalam al-Iqna’, syarah kepada kitab al-Mughniy dinyatakan: “Walaupun dicampurkan – benda yang memabukkan itu (arak) – dengan air, kemudian air itu menghilangkannya, kemudian air itu diminum, orang yang meminumnya tidak di hukum had, kerana ia telah tiada di dalam air, dan dia tidak mengambil alih nama air itu, atau berubat lukanya dengan – benda yang memabukkan –, orang ini juga tidak dikenakan hukuman had, kerana dia tidak mengambil benda yang memabukkan itu sebagai minuman dan tidak juga yang semakna dengan minuman.” (al-Iqna’, m.s. 71, jld: 4) Inilah kesimpulan (kandungan) daripada athar dan penelitian.

Adapun keberadaan athar (sebagai hujjah dalam masaalah ini), telah diriwayatkan dari Nabi SAW yang bersabda: “Air itu tidak menajiskannya sesuatu, melainkan jika berubah bau, rasa dan warnanya dengan najis yang ada di dalamnya.” Bentuk petunjuknya, ialah jika terjatuh sesuatu najis di dalam air, dan air itu tidak berubah, maka air itu kekal kesuciannya, demikian juga arak, apabila bercampur dengan benda lain yang halal, dan arak itu tidak memberi kesan kepada benda yang halal tersebut, maka benda itu kekal kehalalannya.

Di dalam sahih al-Bukhari (athar) yang diriwayatkan secara ta’lik dinyatakan: Abu Darda’ membuat al-Murriy (sejenis makanan Arab) bersama ikan yang digaramkan, diletak (diperam) di dalam khamar kemudian dijemur di bawah matahari, sehingga bertukar rasa arak tersebut. Athar ini bermaksud; ikan yang ada garam tersebut dijemur di bawah matahari, menghilangkan arak tersebut dan ianya menjadi halal.

Fakta ini perlu diperhatikan, kerana arak hanya diharamkan disebabkan sifat yang ada padanya iaitulah memabukkan. Apabila sifat ini (memabukkan) telah tiada, tiadalah pengharamannya. Ini kerana hukum (sesuatu perkara) berlegar bersama illahnya (sebab hukum), kewujudan atau ketiadaannya. Sebahagian orang menyangka benda yang bercampur dengan arak menjadi haram secara mutlak, walaupun arak yang bercampur itu sedikit, dimana tidak timbul lagi kesannya, dan mereka menyangka inilah maksud hadith: “Apa yang memabukkan banyaknya, maka sedikitnyapun haram.” Mereka berpendapat, inilah hukum arak yang sedikit, banyaknya memabukkan, maka sedikitnyapun haram. yang lain pula berkata: “Arak yang sedikit telah hilang di dalam sesuatu yang lain, dan tidak ada lagi sifat (arak) dan hukumnya (juga tiada), maka hukumnya berdasarkan apa yang banyak sifatnya, adapun hadith: “Apa yang memabukkan banyaknya, maka sedikitnyapun adalah haram.” Maknanya ialah jika minuman itu banyak, ia memabukkan sipeminum, dan jika sedikitnya tidak memabukkan, maka yang sedikit ini juga tetap haram (kerana ianya arak dan kekal sifatnya sebagai arak), kerana pengambilan yang sedikit ini, sekalipun tidak memabukkan, menjadi haram sebagai menyekat dari mengambil yang banyak. Ini dijelaskan lagi di dalam hadith ‘A-isyah R’anha, SaBda Nabi SAW: “Setiap yang memabukkan itu haram dan apa yang memabukkan sebanyak 16 ritl, maka satu telapak tangan juga adalah haram.”

Makna hadith ini, jika terdapat minuman yang tidak memabukkan melainkan jika diambil sebanyak 16 ritl, maka satu tapak tangan juga adalah haram (walaupun tidak memabukkan). Inilah maksud sabdaan Nabi SAW: “Apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga adalah haram.”

Sumber: Fatwa wa Rasail al-Syeikh Muhammad Soleh al-‘Uthaimin, jilid 11, bab Izalah al-Najasah. (bs)

------------- teks asal fatwa --------------



ما حكم استعمال الكحول في تعقيم الجروح وخلط بعض الأدوية بشيء من الكحول؟
محمد بن صالح العثيمين
استعمال الكحول في تعقيم الجروح لا بأس به للحاجة لذلك، وقد قيل إن الكحول تذهب العقل بدون إسكار، فإن صح ذلك فليست خمراً، وإن لم يصح وكانت تسكر فهي خمر، وشربها حرام بالنص والإجماع.


وأما استعمالها في غير الشرب، فمحل نظر، فإن نظرنا إلى قوله تعالى: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ}، قلنا إن استعمالها في غير الشرب حرام، لعموم قوله: {فاجتنبوه}، وإن نظرنا إلى قوله تعالى في الآية التي تليها: {إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ}، قلنا: إن استعمالها في غير الشرب جائز، لعدم انطباق هذه العلة عليه.


وعلى هذا فإننا نرى أن الاحتياط عدم استعمالها في الروائح، وأما في التعقيم فلا بأس به لدعاء الحاجة إليه، وعدم الدليل البيّن على منعه، قال شيخ الإسلام ابن تيمية في الفتاوى ص 270 جـ 24 من مجموع الفتاوى: "التداوي بأكل شحم الخنزير لا يجوز، وأما التداوي بالتلطخ به ثم يغسله بعد ذلك فهذا مبني على جواز مباشرة النجاسة في غير الصلاة وفيه نزاع مشهور، والصحيح أنه يجوز للحاجة، وما أبيح للحاجة جاز التداوي به"أ.هـ. فقد فرّق شيخ الإسلام رحمه الله تعالى بين الأكل وغيره في ممارسة الشيء النجس، فكيف بالكحول التي ليست بنجسة؟ لأنها إن لم تكن خمراً فطهارتها ظاهرة، وإن كانت خمراً فالصواب عدم نجاسة الخمر وذلك من وجهين:


الأول: أنه لا دليل على نجاستها، وإذا لم يكن دليل على ذلك فالأصل الطهارة، ولا يلزم من تحريم الشيء أن تكون عينه نجسة، فهذا السم حرام وليس بنجس، وأما قوله تعالى: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ}، فالمراد الرجس المعنوي لا الحسي، لأنه جعل وصفا لما لا يمكن أن يكون رجسه حسيا كالميسر والأنصاب والأزلام، ولأنه وصف هذا الرجس بكونه من عمل الشيطان، وأن الشيطان يريد به إيقاع العداوة والبغضاء فهو رجس عملي معنوي.


الثاني: أن السنة تدل على طهارة الخمر طهارة حسية، ففي صحيح مسلم ص 1206ط الحلبي تحقيق محمد فؤاد عبد الباقي: عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً أهدى لرسول الله صلى الله عليه وسلم راوية خمر فقال له رسول الله: "هل علمت أن الله قد حرمها؟" قال: لا، فسارَّ إنساناً، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: "بم ساررته؟" قال: أمرته ببيعها، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: "إن الذي حرم شربها حرم بيعها"، قال ففتح المزادة حتى ذهب ما فيها، وفي صحيح البخاري ص 112 جـ 5 من الفتح ط السلفية: عن أنس بن مالك رضي الله عنه أنه كان ساقي القوم في منزل أبي طلحة (وهو زوج أمه) فأمر النبي صلى الله عليه وسلم منادياً ينادي ألا إن الخمر قد حرمت، قال: فقال لي أبو طلحة: اخرج فأهرقها، فخرجت فهرقتها، فجرت في سكك المدينة، ولو كانت الخمر نجسة نجاسة حسية لأمر النبي صلى الله عليه وسلم صاحب الراوية أن يغسل راويته، كما كانت الحال حين حرمت الحمر عام خبير، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: "أهريقوها واكسروها"، (يعني القدور) فقالوا: أوَنهريقها ونغسلها؟ فقال: "أوَ ذاك".


ثم لو كانت الخمر نجسة نجاسة حسية ما أراقها المسلمون في أسواق المدينة، لأنه لا يجوز إلقاء النجاسة في طرق المسلمين.


قال الشيخ محمد رشيد رضا في فتاواه ص1631 من مجموعة فتاوى المنار: وخلاصة القول، أن الكحول مادة طاهرة مطهرة، وركن من أركان الصيدلة والعلاج الطبي والصناعات الكثيرة، وتدخل فيما لا يُحصى من الأدوية، وإن تحريم استعمالها على المسلمين يحول دون إتقانهم لعلوم وفنون وأعمال كثيرة، هي من أعظم أسباب تفوق الإفرنج عليهم، كالكيمياء والصيدلة والطب والعلاج والصناعة، وإن تحريم استعمالها في ذلك، قد يكون سبباً لموت كثير من المرضى والمجروحين أو لطول مرضهم وزيادة آلامهم.أ.هـ. وهذا كلام جيد متينٌ رحمه الله تعالى.


وأما خلط بعض الأدوية بشيء من الكحول، فإنه لا يقتضي تحريمها، إذا كان الخلط يسيراً لا يظهر له أثر مع المخلوط، كما أن على ذلك أهل العلم، قال في المغني ص 306 جـ 8ط (أي بالخمر) النار: وإن عُجن به دقيقاً ثم خبزه وأكله لم يحد، لأن النار أكلت أجزاء الخمر فلم يبق إلا أثره.أ.هـ. وفي الإقناع وشرحه ص 71 جـ 4ط مقبل: ولو خلطه -أي المُسكر- بماءٍ فاستهلك المسكر فيه أي الماء، ثم شربه لم يُحدَّ، لأنه باستهلاكه في الماء لم يسلب اسم الماء عنه، أو داوى به -أي المسكر- جرحه لم يُحدَّ، لأنه لم يتناوله شرباً ولا في معناه.أ.هـ. وهذا هو مقتضى الأثر والنظر.


أما الأثر فقد روي عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: "الماء طهور لا ينجسه شيء إلا إن تغير ريحه أو طعمه أو لونه بناجسة تحدث فيه"، وهذا وإن كان الاستثناء فيه ضعيفاً إلا أن العلماء أجمعوا على القول بمقتضاه، ووجه الدلالة منه أنه إذا سقط فيه نجاسة لم تغيره فهو باقٍ على طهوريته، فكذلك الخمر إذا خلط بغيره من الحلال ولم يؤثر فيه فهو باقٍ على حله، وفي صحيح البخاري تعليقاً ص 64جـ 9ط السلفية من الفتح قال: أبو الدرداء في المري ذبح الخمر النينان والشمس جمع نون وهو الحوت، المري أكله تتخذ من السمك المملوح يوضع في الخمر ثم يلقى في الشمس فيتغير عن طعم الخمر، فمعنى الأثر أن الحوت بما فيه من الملح، ووضعه في الشمس أذهب الخمر فكان حلالاً.


وأما كون هذا مقتضى النظر: فلأن الخمر إنما حرمت من أجل الوصف الذي اشتملت عليه وهو الإسكار، فإذا انتفى هذا الوصف انتفى التحريم، لأن الحكم يدور مع علته وجودا وعدما إذا كانت العلة مقطوعاً بها بنص أو إجماع كما هنا. وقد توهم بعض الناس أن المخلوط بالخمر حرام مطلقاً ولو قلَّت نسبة الخمر فيه، بحيث لا يظهر له أثر في المخلوط، وظنوا أن هذا هو معنى حديث: "ما أسكر كثيره فقليله حرام"، فقالوا: هذا فيه قليل من الخمر الذي يسكر كثيره فيكون حراماً، فيقال هذا القليل من الخمر استهلك في غيره فلم يكن له أثر وصفي ولا حكمي، فبقي الحكم لما غلبه في الوصف، وأما حديث: "ما أسكر كثيره فقليله حرام"، فمعناه أنه إذا كان الشراب إن أكثر منه الشارب سكر، وإن قلل لم يسكر فإن القليل منه يكون حراماً؛ لأن تناول القليل وإن لم يُسكر ذريعة إلى تناول الكثير، ويوضح ذلك حديث عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "كل مسكر حرام وما أسكر الفرق منه فملء الكف منه حرام".


* الفرق: مكيال يسع ستة عشر رطلاً.

ومعنى الحديث أنه إذا وجد شراب لا يُسكر منه إلا الفرق، فإن ملء الكف منه حرام فهو معنى قوله صلى الله عليه وسلم: "ما أسكر كثيره فقليله حرام".

ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

مجموع فتاوى و رسائل الشيخ محمد صالح العثيمين المجلد الحادي عشر - باب إزالة النجاسة.

0 comments: