Saturday, April 2, 2016

SDI 71: Jamak Qasar Selama Tempoh Belajar

Ust,.sya smbung belajaq,.tmpoh pngajian sya 2thn stgh..slama tmpoh itu bleh tak sya buat jamak qasar...jazakallah khairan.
Jawapan:
X boleh.

Soalan:

Kenapa tak boleh tuan

Jawapan:

 kerana dia bukan lagi seorg yg bermusafir, sbliknya dia dikira sbg seorg yg bermukim. Maka org bermukim x boleh qasar solat.

Soalan:
Macamana kalau p kursus selama sebulan

Jawapan:
Jika dia tahu, dan berniat berada dlm tempoh itu, maka dia bermuqim, bukan lagi bermusafir.

Soalan:
Adakah tempoh masa berapa lama bagi sholat jama dan qasar bagi org yg bermusafir atau seperti kes2 yg tersebut di atas.

Jawapan:
dalam bab ssorg musafir berhenti atau singgah d ssuatu tempat, pd Penilaian saya pandangan mazhab al-Syafie paling kuat. Iaitulah sesiapa yg berniat utk menetap d ssuatu tempat lebih dr 3 hari, x termasuk hari masuk dan keluar, maka dia dikira seorg yg bermukim.

Soalan:
, kalau sy dri kl ke perlis kerja seminggu, boleh ke jamak qasar. klu lihat pencerahan dr fathul bari boleh qasaq. boleh terangkan pada sy.

Jawapan:
klu anda mmg berniat berada d perlis seminggu (7 hari), maka bila sampai di perlis anda bukan lagi bermusafir, sebaliknya bermuqim. Tidak boleh qasar solat, namun anda masih boleh mengambil keringanan jamak, jika menghadapi kesempitan. WA

0 comments: