Soalan:
humaira: kita tidak dilarang utk berjima' di mlm bln ramadhan, bgaimana dgn hukum utk mandi wajib bg laki2 dan prempuan? adakah sah utk berpuasa pada pagi nya?
Jawapan:
TIDAK MENGAPA mandi janabah/wajib di siang hari Ramadhan, kerana mandi wajib tidak membatalkan puasa. Demikian juga TAK MENGAPA kita melewatkan mandi wajib hingga selepas azan subuh. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada ibu kita 'Aisyah dan Ummu Salamah R.'anhuma yang berkata:
"أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يدركه الفجر في رمضان وهو جنب من غير حُلم، فيغتسل ويصوم"
Maksudnya: "Nabi S.A.W. pernah berada dlm waktu fajar ketika bulan Ramadhan sedangkan baginda berjunub yang bukan disebabkan mimpi, kemudian baginda mandi dan meneruskan puasanya."
wallahu a'lam.
o00 maknanya kalau terlepas subuh bulan ramadhan,selepas berjima' pd malamnya-puasa masih sah.
ReplyDeletePuasa sah, walaupun terlewat mandi janabah sehingga masuknya waktu subuh....
ReplyDeleteHarap statement ini jelas utk myza.