Soalan:
humaira: kita tidak dilarang utk berjima' di mlm bln ramadhan, bgaimana dgn hukum utk mandi wajib bg laki2 dan prempuan? adakah sah utk berpuasa pada pagi nya?
Jawapan:
TIDAK MENGAPA mandi janabah/wajib di siang hari Ramadhan, kerana mandi wajib tidak membatalkan puasa. Demikian juga TAK MENGAPA kita melewatkan mandi wajib hingga selepas azan subuh. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada ibu kita 'Aisyah dan Ummu Salamah R.'anhuma yang berkata:
"أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يدركه الفجر في رمضان وهو جنب من غير حُلم، فيغتسل ويصوم"
Maksudnya: "Nabi S.A.W. pernah berada dlm waktu fajar ketika bulan Ramadhan sedangkan baginda berjunub yang bukan disebabkan mimpi, kemudian baginda mandi dan meneruskan puasanya."
wallahu a'lam.
2 comments:
o00 maknanya kalau terlepas subuh bulan ramadhan,selepas berjima' pd malamnya-puasa masih sah.
Puasa sah, walaupun terlewat mandi janabah sehingga masuknya waktu subuh....
Harap statement ini jelas utk myza.
Post a Comment