al-Syeikh 'Athiah Saqr - Ketua Badan Fatwa al-Azhar yang lalu - berkata:
أكل لحم الخيل حلال لحديث البخاري ومسلم عن جابر قال :"نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خيبر عن لحوم الحمر الأهلية وأرخص في الخيل" ، ووردت عدة أحاديث صحيحة تدل على أن الصحابة كانوا يأكلون لحوم الخيل ، منها حديث أسماء بنت أبى بكر رضي الله عنهما، في البخاري ومسلم ، قالت : نحرنا فرسا على عهد رسول اللّه صلى الله عليه وسلم فأكلناها . وفى رواية : ونحن بالمدينة
Maksudnya: "Halal memakan daging kuda berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Jabir bin Abdillah yang berkata: "Pada hari Khaibar, Rasulullah S.A.W. melarang kami dari memakan daging kaldai kampung, dan meringankan (mengharuskan) memakan daging kuda." Selain itu terdapat beberapa hadith sahih yang lain menunjukkan para sahabat pernah memakan daging kuda, antaranya hadith yang diriwayatkan daripada Asma' binti Abu Bakr r.'anha oleh al-Bukhari dan Muslim, katanya: "Kami menyembelih dan memakan daging kuda di zaman Rasulullah S.A.W." di dalam riwayat yang lain disebut: "(ketika itu) kami di Madinah."
Berdasarkan hadith ini beberapa ulama menghalalkan daging kuda, mereka terdiri daripada Syuraih al-Qadhi, al-Hasan al-Basri, 'Ato, Said bin Jubair, al-Laith bin Saad, Sufyan al-Thauriy, Abu Yusuf, Muhammad bin al-Hasan, Abu Thur dan lain-lainnya.
Namun terdapat segelintir kecil dari kalangan ulama yang menganggap makruh memakan daging kuda, mereka ialah Imam Abu Hanifah, Imam al-Auza'ie, Imam Malik dan selainnya. Dalil mereka ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Nasaie, Ibnu Majah yang menyatakan Nabi S.A.W. pernah melarang memakan daging kuda, Baghal (kacukan kudan dan kaldai) dan keldai, kerana firman Allah S.W.T.:
وَالْخَيْلَ وَالْبِغَالَ وَالْحَمِيرَ لِتَرْكَبُوهَا وَزِينَةً
Maksudnya: "Dan kuda, baghal, dan kaldai itu agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan..." (al-Nahl: 8)
Namun al-Imam al-Syafie dan ulama lain yang bersependapat dengannya berpendapat, ayat al-Quran ini bukan membicarakan tentang pengharaman dan penghalalan, sebaliknya Allah S.W.T. hendak memperkenalkan kepada hamba-hambaNya nikmat-nikmat yang dikurniakannya kepada mereka. Disamping itu Allah S.W.T. mahu memperingatkan mereka akan kesempurnaan kehendak dan kebijaksanaannya.
Manakala hadith yang dijadikan sandaran oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan ulama yang bersependapat dengan mereka adalah hadith- hadith yang tidak sahih. Imam Ahmad berkata:
ليس له إسناد جيد وفيه رجلان لا يعرفان ، ولا ندع الأحاديث الصحيحة لهذا الحديث
Maksudnya: "Tidak ada bagi hadith ini (larangan memakan daging kuda) sanad yang baik, padanya juga ada dua lelaki yang tidak dikenali, lalu kita tidak boleh meninggalkan hadith-hadith yang sahih kerana ada hadith ini (yang tidak sahih)."
Kesimpulan: HALAL memakan daging kuda, dan inilah pandangan kebanyakan mazhab.
Wallahu a'lam.
--------------
Sumber fatwa: islamonline.net
Terjemahan dan olahan: binsahak
4 comments:
Assalamualaikum wa rahamtullah,
Ana pernah rasa daging kuda. Ada kawan dari Kazakhstan bawa dari sana. Tak ingat dah rasa dia camana.
Ana biasa jugk mkn, tp x perasan bezanya psl budak2 lg.. kuda t.guru abd hadi
baru saya tau.daging kuda boleh dimakan.
terima kasih
kirain daging kuda gk bisa di makan ternyata bisa ya gan,,,
Post a Comment